Aveeno Daily Moisturizing Lotion Dapat Membantu Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Mood bekerja lagi ke tu atau dah sibuk fikir nak jalan jalan mana weekend ni? Heheh. Alang alang dah sebut pasal jalan jalan ni kan, nak tahu jugak, kalau orang kalau keluar jalan jalan atau pun pergi bercuti apa benda barang yang korang tak akan tinggal? Kalau Nani, haruslah skincare & jugak lotion tangan. Dua benda ni wajib bawa sekali dalam beg, tak kira lah jalan jalan shopping mall ke atau pun pergi bercuti. Cuma kalau bab lotion ni Nani memilih sikit orangnya. Hahah! Iye lah, kita yang nak pakai kan, mesti lah memilih. Setiap kali nak beli lotion Nani akan cari lotion yang jenis tak melekit dan cepat serap. Kalau yang jenis melekit ni selalunya lepas pakai tu mesti rasa nak basuh semula sebab tak selesa. Setakat ni cuma ada beberapa jenis lotion aje yang 'serasi' dengan Nani. Cuma itu lah, bila pakai yang sama aje ni bosan jugak kan. So, kali ni Nani try pulak guna lotion keluaran Aveeno ni hah.Actually ni first time Nani nak try lotion keluaran Aveeno, baca feedback orang lain ramai jugak yang cakap best sebab lotion ni menggunakan ramuan semula jadi yang bermutu tinggi. Menarik kan? 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion.
Paling best sekali lotion ni sebab dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dalam masa 24 jam. Bukan itu aje tau, kita jugak boleh nampak peningkatan kulit yang ketara dalam tempoh dua minggu. Nani lagi lah suka produk yang bagi kesan cepat macam ni, tambah pulak lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi, confident nak guna kan. Untuk pengetahuan korang jugak, moisturizing lotion Aveeno ni jenis yang tidak berminyak dan bebas pewangi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Nani suka lotion yang jenis picit macam ni sebab senang dan Nani rasa sebotol ni boleh tahan dua bulan macam tu tak pun lebih lagi. Heheh. Pengalaman Nani sendiri bila guna lotion Aveeno ni memang dapat rasa lah kulit jadi lebih lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi. Memang puas hati lah guna lotion ni, surely akan repurchase bila dah habis nanti. Nani kalau dah 'jatuh cinta' dengan produk macam ni memang akan beli lagi even kalau harga dia agak pricey. Tak salah pun melabur sikit duit untuk produk yang bagus macam Aveeno ni. Heheh. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Macam yang Nani cakap tadi, moisturizing lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi yang bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering, rengsa dan gatal. Produk ni jugak selamat untuk kulit bayi tau, memang berbaloi beli sebab satu family boleh guna. Korang boleh tengok dekat bawah ni tiga ramuan unik yang terdapat dalam produk Aveeno untuk memberikan sehinggan 9x kuasa anti oksida. 
💜 Colloidal Oatmeal - Mengekalkan kelembapan. 
💜 Avenanthramides - Melegakan dan meredakan rengsa kulit. 
💜 Minyak Oat - Mengkukuhkan lapisan kelembapan semula jadi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion (RM 44.25)
Banyak kan kelebihan moisturizing lotion Aveeno ni, Nani memang recommend lah untuk korang guna jugak. Produk jenama Aveeno ni berasal dari Kanada, jadi susah sikit nak cari kalau dekat kedai atau pasaraya biasa, tapi korang boleh dapatkan di AEON Wellness, Caring Pharmacy, Guardian tak pun Watsons. Heheh. Kulit tangan dan badan pun kena jaga jugak okay, bukan muka aje so kena lah cari produk yang bagus jugak baru lah kulit lembut aje sentiasa. Jangan lupa okay dapatkan Aveeno Daily Moisturizing Lotion ni! Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh check it out laman web Aneeno dan jugak Facebook Aveeno Malaysia dekat bawah ni. Have a great long weekend again peeps! 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni sana sini orang share gambar cempedak goreng, memang tengah musim kan. Setiap kali tengok cempedak goreng ni mesti terliur jugak walaupun baru aje lagi makan. Hahah! Cempedak ni memang fav betul, makan hari hari pun boleh. Nani paling suka kalau dapat cempedak yang isi tu banyak dan buah pun besar besar, puas hati sangat goreng. Tapi itu lah setiap kali beli bukan boleh tengok pun dalam tu banyak mana isi nya kan, ikut rezeki lah. Selalunya kalau buah yang kecil & tak banyak mana pun isi nya Nani makan macam gitu aje. Tak berbaloi rasa nak goreng sebab sikit sangat. Hahah! Goreng cempedak sendiri jugak yang rasa puas hati makan, bila beli tu kadang kadang tepung aje yang tebal, mahal pulak tu. Nani pernah share dulu dekat pasar malam area PJ tu seringgit seulas okay cempedak yang dah siap goreng macam ni. Kemain lagi harga, baik lah beli sebiji betul buah cempedak ni lepas tu goreng dekat rumah sendiri, ye tak?
Cempedak Goreng
Ini lah rupa cempedak goreng Nani hari tu. Tengok gambar ni pun rasa nak cari lagi cempedak. Hahaha! Tapi tu lah, mana entah nak beli kalau dekat area KL ni kalau tak pergi pasar. Ibu Nani dia 'bising' bila tengok Nani hidang cempedak sekali dengan penapis minyak tu. Dia kata orang dulu dulu aje buat macam ni. Hahah! Alah, kita terpengaruh tengok orang yang masak dekat Instagram tu selalu buat macam ni bila ambil gambar. Nak jugak buat benda yang sama. Hahahah! 
Cempedak Goreng
Nani punya versi cempedak goreng ni senang sangat nak buat, guna tepung gandum, garam, pewarna kuning sikit dengan air. Campur aje semua sekali, bancuhan tu cair cair aje lepas tu goreng lah dalam minyak panas. Kalau tak nak letak pewarna kuning, guna lah serbuk kunyit tu. Kalau tak nak jugak, tak payah letak. Hahah! Banyak jugak okay versi nak buat cempedak goreng ni hah, ada yang campur tepung jagung lah apa lah, ikut suka masing masing kan. Asal menjadi cempedak goreng tu dan sedap dimakan settle lah. Cempedak goreng ni makan time petang memang layan sangat, sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang asyik mendung & hujan tu. Perut pun kejap kejap kang lapar aje kerjanya. Hahah! Korang minat tak cempedak goreng macam ni? 

Boat Noodle di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam mana dengan long weekend baru ni? Nani sampai naik bosan tak tahu nak buat apa. Hahah! Banyak sangat cuti yang bersambung macam ni tak syok jugak bila tak tahu nak pergi mana. Cuti empat hari, ada sehari tu aje Nani keluar jalan jalan pergi KLCC sebab kawan ajak tengok Munafik 2. Tak tahu lah macam mana aku boleh setuju nak tengok cerita hantu ni. Hahah! Nani memang bukan jenis yang layan sangat horror movie ni, lagi lagi tengok dekat wayang kan dengan sound system dia yang boleh tahan kuat tu memang rasa 'menyesal' jugak lah sikit. Dasar penakut! So jangan lah korang tanya macam mana jalan cerita dia apa semua sebab banyak scene yang Nani tak tengok. Hahaha! Siapp tutup muka dengan tudung okay sepanjang layan movie tu, dah nak dekat hujung hujung tu baru berani sikit sebab dah tak ada scene rasuk apa semua. Kahkah. Taubat tak nak dah tengok horror movie macam ni. Bila dah keluar tengok wayang semua ni, wajib lah ada makan makan sekali. Macam biasa kalau pergi KLCC tak banyak sangat pilihan tempat makan yang sesuai untuk rakyat marhaen macam Nani ni. Hahaha! Boat Noodle aje lah yang mampu masuk. 
Boat Noodle
Roselle Tea & Blue Butterfly (RM 5.20)
 Kali ni try dia orang punya punya air yang ni pulak, selalunya pilih Green Tea tak pun Taro Milk Tea tu. Plus, hari tu Nani makan nasi, kalau minum air yang jenis ada susu ni cepat kenyang. Heheh. Not bad jugak lah rasa air yang ni, sedap! Dulu Nani pernah try Mango Smoothie Boat Noodle ni tapi biasa biasa aje rasa dia, tak ada lah wow sangat. Tapi yang ni sedap!

Boat Noodle
Kra - Pow Chicken Rice (RM 12.20)
Kawan Nani order yang ni, macam biasa lah tak pernah mengecewakan rasa dia. Heheh. Dulu Nani rasa dia orang macam ada menu nasi dengan ayam kari hijau & kari seafood (ye kot ni nama dia hahah) tapi sekarang dah tak ada pulak. Banyak jugak menu menu baru yang ada & Nani tak pernah try lagi. Next time mungkin. Hiks.

Boat Noodle
 Kaw Pad Super (RM 13.10)
First time Nani try menu Boat Noodle yang ni, nasi goreng versi Thai gitu. Ada udang dalam empat ke lima ekor dalam nasi goreng ni dengan telur mata tu. Sedap, memang mengikut citarasa Nani lah cuma nya tak pedas sangat. Heheh. Tambah lah cili flakes sendiri, memang berasap lah telinga lepas tu. Hahah! Nampak aje macam sikitnya nasi dia tapi banyak okay.

Boat Noodle
Sangkaya (RM 7.10)
All time fav dekat Boat Noodle ni. Setiap kali makan dekat sini memang wajib order Sangkaya. Dulu pernah jugak lah berangan nak buat sendiri dekat rumah Sangkaya ni, siap minta resepi dengan kawan lagi. Tapi itu lah, sampai ke sudah simpan resepi tu dalam phone aje. Hahah! Dah makan nasi, makan sangkaya lagi fuhh kenyang sampai ke petang hari tu. Kita orang ada jugak redeem ayam goreng apa entah namanya tapi terlupa nak ambil gambar. Hahah! Ayam tu sampai last sekali hari tu, terus lupa. Macam biasa lah, Boat Noodle ni tak pernah mengecewakan. Dah banyak outlets dia orang, Nani suka pergi yang dekat Avenue K ni (sebab paling dekat). Heheh. Apa menu fav korang kalau makan dekat Boat Noodle ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page