Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni nak share lah dengan korang kisah yang pernah terjadi dekat diri Nani sendiri. Macam yang kita selalu tahu, kuasa doa ni memang lain macam. Kadang kadang kita doa hari ni, esok terus dimakbulkan, tapi ada jugak yang dah bertahun kita doa tapi belum lagi dapat. Tipu kalau cakap tak pernah langsung terdetik dekat hati kenapa doa aku ni tak dimakbulkan lagi oleh Allah. Nani dulu dulu pernah lah jugak mengeluh bila apa yang Nani nak tu tak dapat. Bila makin besar, dah makin banyak belajar, baru lah faham konsep doa tu. Nani sekarang pegang pada satu ayat Al Quran ni, boleh jadi kau membenci satu perkara itu tetapi ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara padahal ia amat buruk bagi kamu. Lagi pun siapa lah kita kan nak tentukan mana yang baik, mana yang buruk, cuma Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba hambaNya. Doa aje setiap masa, sampai satu masa inshaAllah akan dimakbulkan jugak. Kalau tak sekarang, mungkin akan datang. Siapa tahu kan.
Kredit : Google
Macam Nani sendiri hari tu, dua hari sebelum exam final, boleh pulak demam sekali dengan pakej selsema dan batuk. Bayangkan seharian tu memang Nani terbaring atas katil. Bangun pun untuk makan dengan solat lepas tu sambung tidur semula. Bila demam memang badan akan jadi penat, satu apa pun nak buat tak boleh. Nak baca buku pun, antara masuk dengan tak masuk aje. Esoknya tu dah tahan sikit demam, tapi still rasa sakit sakit kepala apa semua. Tapi gagahkan jugak bangun, iye lah ada lebih kurang 24 jam aje nak habiskan chapter yang belum habis Nani study. Time tengah study tu ada jugaklah yang Nani baca tapi masuk tak masuk. Mamai agaknya sebab telan ubat selsema. Bila masuk hall exam pulak, ada yang Nani ingat samar samar aje jawapan. Dalam hati terus terdetik 'ya Allah, aku dah usaha sebaik mungkin, kau permudahkan lah segala urusan aku.' Walaupun ada yang ingat tak ingat, tapi alhamdulillah dua jam dalam hall tu memang boleh jawab semua soalan.
Bila keluar aje dari hall exam, balik tu Nani sambung lagi tidur. Hahah! Serius masa tu rasa nak tumbang pun ada, dengan keadaan cuaca pulak tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas membahang, memang mencabar sangat rasa. Tapi Nani tak putus doa doa supaya Allah lembutkan hati lecturer yang tanda paper Nani tu. Ada satu doa Nani belajar dekat sekolah dulu, doa Nabi Daud. Korang pun boleh amalkan jugak, ni doa untuk lembutkan hati. Setiap kali solat Nani akan doa 'Ya Allah lembutkan hati para pensyarah yang memeriksa kertas peperiksaan ku seperti mana engkau telah lembutkan besi di tangan Nabi Daud.' Tup tup bila keluar result exam, alhamdulillah Nani dapat A untuk subjek tu. Nampak tak betapa besarnya kuasa doa ni? Kalau nak ikutkan Nani yang tak sihat time tu, memang target B+ aje dah. Tapi Allah tolong jugak. Rasa nak sujud syukur berkali kali.
Semoga perkongsian Nani yang tak seberapa ni memberikan manfaat untuk korang jugak. Jangan berhenti berdoa, sebab setiap doa kita tu didengar oleh Allah dan akan dilepaskan satu per satu bila tiba masanya. InshaAllah satu hari nanti, kita akan dapat jugak apa yang kita impikan. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan. Dalam kita merancang, Dia jugak sedang merancang dan sebaik baik perancang tentulah Allah S.W.T. Sebab tu lah kita jangan pernah berhenti berdoa. Nani pernah baca dekat Twitter, kalau ada yang kita teringin sangat nak dapat tapi masih belum dapat sampai sekarang, mintaklah mak ayah yang doakan. Doa mak ayah ni lagi lagi mak tak ada hijab inshaAllah akan diangkat terus ke langit. Kalau masih ada mak ayah tu, selalu lah minta dia orang doakan kita. Kalau tak minta pun rasanya mak ayah sentiasa doakan anak anak mereka. Jom doa banyak banyak, hari Jumaat ni banyak waktu yang doa kita mudah dimakbulkan 😊






















