KFC Golden Egg Chicken

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Minggu lepas busy settle kan hal hal laptop sampai tak sempat nak update satu entry pun. Tambah pulak cuti bersambung sambung kan, lagi lah kelaut nak menghadap blog. Hahah! Korang yang cuti panjang tu, syok eh masing masing berjalan, jeles tengok. Eh? πŸ˜† Kisahnya KFC kan ada menu baru sekarang lepas tu hari hari tengok iklan yang sama sampai Nani pun terjebak sekali nak pergi beli. Actually jarang jugak Nani ni beli menu menu baru kalau dekat KFC, sebabnya yang biasa jugak paling sedap dekat tekak. Tapi baru ni dah kawan ajak try, jom lah kita pergi menghabiskan duit dekat KFC. Mula mula ingat nak makan KFC Chizza tu, tapi takut tak kenyang pergi order KFC Golden Egg Chicken ni. Hahah! Lama dah rasanya Chizza tu keluar, tapi still ada lagi dekat KFC and sampai ke sudah tak beli. Mungkin sebab baca review ramai yang kata biasa biasa aje, itu yang Nani pun tak ada rasa sangat nak try. Heheh. Since Nani pergi time weekdays, so tak ramai sangat orang dekat KFC ni hah, servis pun laju. KFC Golden Egg Chicken ni satu set dalam RM 14.50 lebih kurang set yang biasa tu jugak cuma yang beza nya tak ada bun dan semestinya rasa kelainan pada ayam goreng tu.
KFC Golden Egg Chicken
 Pada Nani okay lah kalau nak rasa KFC Golden Egg Chicken ni, tapi kalau nak repeat untuk kali kedua dan seterusnya tu memang tak lah. Rasa ayam tu agak manis (sebab ada sweet basil) so dia macam spoil sikit dekat situ. Korang boleh bayang tak makan ayam goreng tiba tiba ada rasa manis? Haa sangatlah tak berapa nak kena dengan tekak Nani. Huhuh. Cuma rasa manis tu aje lah yang Nani tak berapa suka, lain lain okay aje. Ada rasa pedas, rempah ratus dan sangat rangup. Mula mula Nani pelik jugak apehal ayam ni manis semacam. Hahah! Lepas tu dah tengok iklan, baru perasan dia orang ada letak sweet basil. Selama ni tak perasan pulak part yang tu. 
KFC Golden Egg Chicken
Close up sikit gambar. Heheh. Kalau korang memang peminat KFC, tak salah pun nak cuba. Mana tahu sedap kan bagi korang. Tekak dan selera masing masing kan. Heheh. Nani lagi prefer yang biasa tu aje, cuma sebab ada yang baru ni saja mengada nak try. Lagipun dah lama tak beli menu baru yang dekat KFC, sebab tu lah tebal keinginan nak beli tu. Kahkah! Mula mula Nani ingatkan ada rasa masin tau ayam ni, sebab telur masin kan, sekali lain daripada yang Nani jangka. Hahah! 'Plot twist' pulak dengan yang dalam iklan. Nani lagi suka kalau dia orang kekalkan rasa rempah dengan pedas pedas tu, mesti ngam dengan selera. Heheh. Kemain sibuk nak tukar resepi orang kan πŸ˜†πŸ˜Korang pulak dah pernah cuba ke belum KFC Golden Egg Chicken ni? 

Lepak di Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya dah hari Jumaat, ni pun dah penghujung bulan Januari. Phew! Setakat ni semuanya baik baik aje and hopefully sampai ke penghujung tahun lah macam ni. Heheh. Kisahnya baru ni sempat buat 'meet up session' dengan kawan baik dari sekolah rendah. Punya lah dah lama berkawan dengan dia orang ni hah sampai family masing masing pun kenal each other. Bila dah selesa sangat berkawan macam ni, gurau kasar pun tak ada hal. Perangai annoying pun layankan aje. Hahah! Bila jumpa macam ni, memang kerjanya berborak & makan makan aje lah. Kali ni lepak dekat Domino's pulak lagipun time weekdays tak ramai sangat orang.  
Breakfast sekali dengan lunch terus. Heheh. Bila jumpa kawan macam ni, tak ada nya sekejap, mesti lama sampai berjam. Time semua free ni aje lah ada masa jumpa, kalau busy tu memang tak ada nya nak jumpa ke apa. Thru whatsapp aje lah kalau nak bergosip pun. Hahahah!  
Nani rasa ni first time kot order garlic bread dia orang, selalu makan yang dekat Pizza Hut aje. Rasa macam garlic bread Domino's lagi sedap pulak sebab crunchy & besar. Hehehe. Next time boleh lah order lagi. Eh eh? 
Pizza Beef Pepperoni
Mula Nani ingat nak order pizza yang buy 1 free 1 tu rupanya tu untuk VIP member aje. Ingat nak buat kad tapi RM 50 pulak untuk satu kad, so bye bye aje lah jawabnya. Hahah! Nanti lah bila bila ada duit kita buat membership Domnino's pulak okay πŸ˜‚ Bila jumpa kawan kawan ni selalu fast food lah yang jadi pilihan utama sebab selesa sikit kan tempat dia. Heheh. Korang selalu tak lepak makan dekat Domino's ni? 

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh
klik SINI untuk join. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page