Keluarga Ceria

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa makan malam Family Day ada banyak lah aktiviti yang diorang buat. Macam biasa kalau ada cabutan bertuah, nama abah jarang jarang bertuah walaupun sekecil kecil hadiah. Hahah! Kiterang satu family mengharap gila dapat cabutan bertuah set sofa takpun Iphone tapi tak naik pulak nama abah ๐Ÿ˜†Biasalah kalau terlalu berharap memang jarang jarang dapat. Ekekeke. Tema malam tu pink & purple, ofcourse lah I choose purple kan instead of pink. Tapiii abah Nani pakai pink wuu. I was like seriously abah nak pakai pink? Hahahah! Sebab abah memang tak pernah langsung ada koleksi baju warna pink ni okeh. Demi makan malam Family Day ni hah sanggup abah beli kemeja pink baru. Semangat kan. Abah saya memang macam tu ๐Ÿ˜†

Tengah syok syok berborak tetiba speaker announce nama abah untuk ambil hadiah keluarga ceria. Lepas tu Nani pandang ibu, ibu pandang abah sebab memasing tak nak naik stage ambil hamper. Hahaha! Nani pun gelak gelak aje sebab macam tak percaya boleh dapat hadiah kategori keluarga ceria. Sekali spekaer cakap satu family kena naik atas stage ambil gambar. Phew! Malu berganda ganda Nani ni hah. Even tak dapat hadiah cabutan bertuah tapi untung jugaklah dapat hamper keluarga ceria ni hah. Boleh lah buat stok makan untuk sebulan. Gitu. 
Tak tahu siapa yang pilih family kiterang untuk dapat hamper ni. Tahun lepas pun dapat hamper jugak sempena keluarga ceria. Haaa memang terbuktilah keluarga saya ni ceria ceria orangnya. Awak tu janganlah risau sangat nak jadi sebahagian dari keluarga saya sebab semua ceria okeh. Hahahaha! 
My pillar of strength. Abah dengan ibu yang selalu jadi kekuatan, tulang belakang Nani selama ni. Kadang kadang sebab homesick atau rindu sangat, pernah okeh nangis nagis sebelum tido. Hahah! Dasaar cengeng sangat. Bila duduk jauh memang macam tu, benda benda simple pun kadang kadang boleh menangis. Pernah dulu, lepas cakap dengan abah tiba tiba air mata mengalir. Kau dah kenapa Nani? Hehehee. Selagi abah dengan ibu ada, hargailah kan sebab masih ada lagi orang yang akan doakan kita di atas muka bumi ni. Doa abah dengan ibu ni insha Allah antara doa yang tak ada hijab dan akan dimakbulkan Dia. Hargai mereka selagi ada ๐Ÿ˜Š

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!
klik SINI untuk join

Suria Resort & Hotel di Cherating

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat tangguh cerita pasal Family Day hari tu sampai dah berganti bulan pun. Hahah. Kali ni Family Day buat di Suria Resorts & Hotels dekat Cherating. Dah lama tak bercuti dekat kawasan pantai macam ni so teruja sangat okeh. Sampai sana dalam pukul satu macam tu, sempat lah rehat sekejap sebelum buat aktiviti sukaneka petang tu. Memula Nani ingat cuaca hujan, sebab masa tu memang area Terengganu dengan Kuantan hujan lebat tapi alhamdulillah cuaca elok sangat. Tak panas langsung sebab kawasan buat aktiviti sukaneka tu terlindung dengan pokok. So buat aktiviti sukaneka dalam keadaan redup sangatlah best. Sambil sambil tu dapat rasa sekali angin pantai. Syoknya lahai, rasa nak duduk sana terus pun ada. Ehehe ๐Ÿ˜†Tapi kali ni skip dulu cerita pasal sukaneka, jom tengok penginapan sepanjang dua hari Nani dekat sana. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Dapat aje kunci terus lelaju cari bilik. Haa teruja dia lain maciam sangat kann. Eheheh ๐Ÿ˜
Suria Resort & Hotel di Cherating
Lagi teruja bilik check in tengok bilik menghadap pantai. Syoknya bergganda ganda oi. Buka aje tingkap menderu mederu angin pantai masuk. Tak payah pasang aircond pun tak apa dah. Rasa seronok gila dapat view macam ni dari bilik. Kalau hari hari macam ni memang nikmat. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tv dekat sini siap ada Astro lagi, I loikeee. Boleh lah jugak layan cerita yang best best kan, tak ada lah macam satu tempat hari tu Nani pergi hari tu, tv ada tapi siaran nan hado. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Bilik Nani ni tak luas mana pun cuma boleh lah memuatkan dua orang dalam satu bilik. So kalau travel dengan geng geng bujang boleh lah menginap dekat sini. Ada ruang pun kecil je muatlah untuk solat. Kalau datang dengan family boleh pilih bilik yang lebih luas. Ada jugak family room cuma tak berapa banyak, dalam 20 buah macam tu lah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Towel dengan toiletries semua ada, tapi macam biasa guna yang sendiri jugak. Heheh. 
Suria Resort & Hotel di Cherating

Suria Resort & Hotel di Cherating
Dah penat jenjalan tepi pantai boleh lah lepak dekat tepi kolam ni hah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tengok bebudak mandi kolam, rasa nak terjun sama. Hahah! Overall Nani puas hati dengan servis dekat sini. So kalau korang ke Cherating boleh lah menginap dekat Suria Resort ni hah, cumanya hotel ni agak ke dalam. Kalau nak senang gunalah Waze kan. Heheh. Dari hotel ni nak ke Kemaman dah tak jauh sangat so boleh lah kalau nak terus ke Terengganu pulak lepas tu kan. Gituu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page