Restoran Asam Pedas Selera Kampung Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Wuhuuuu! Dah sampai ke Melaka tak lengkaplah kalau tak pekena asam pedas Melaka kan. Sebelum balik sempat lah kiterang singgah Pahlawan Walk Market dengan niat nak cari ole ole gitu. Dah masuk dalam tu, macam macam beli okeh dengan belacan, baju eh banyak lah lagi. Hahah! Sekali keluar ikut tepi kedai kedai orang dekat situ terus nampak Asam Pedas Selera Kampung. Memang ingat nak cari jugak asam pedas, tak kira lah kedai mana - mana pun sekali dah nampak yang ni apa lagi terus lah terjah. Tak sempat nak fikir tiga empat kali dah. Hahah! Tambah pulak bila terang tang tang dia tulis dekat situ Pilihan Jalan Jalan Cari Makan. Kalau dah jadi Pilihan JJCM, haruslah jadi pilihan kiterang jugak. 
Memang full house restoran ni, dekat 20 minit jugak nak tunggu ada meja kosong. Gigih sangaat kan? Demi asam pedas ku sanggup tunggu. Restoran ni ada bahagian yang ada aircond, tunggu lah dekat bahagian tu (baru lah tak berpeluh dan panas masa nak tunggu meja tu kosong. Eh!) Taaapiiiii itu lah walupun bersungguh nak tunggu meja yang dekat bahagian ada aircond tu kosong, sekali pekerja diorang suruh kitorang duduk dekat meja luar. Hahah! Dah ada meja kosong dekat luar tu duduk aje lah, takkan nak tambah lagi doploh minit tunggu, kang tak balik pulak. Ehehe. 
Asam Pedas Selera Kampung MelakaRestoran Asam Pedas Selera Kampung ni dekat dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari. Kalau pergi Melaka, cari restoran ni okeh. Memanggg terbaik. Semua jenis asam pedas diorang dah letak dalam pinggan, korang tinggal pilih aje nak asam pedas jenis apa.
Asam Pedas Selera Kampung Melaka
Hari tu Nani pilih asam pedas ikan parang. Kenapaaa yang sedap sedap ni semua jauh jauh? Hahaha! Harga pulak ikut jenis asam pedas yang kita ambil. Macam yang Nani ambil ni dalam RM10.00 seketul. Total makan hari tu RM 13.00 termasuk air. Heheh. 
Asam Pedas Selera Kampung Melaka
Kasi zoom sikit asam pedas ikan parang ni. Selain daripada ikan parang ada jugak asam pedas ikan pari, telur ikan, ikan kembung dan daging tetel. Tak nak makan asam pedas boleh tengok menu lain macam ayam kampung, gulai lemak siput sedut dan banyaaaaak sangatlah. Sebab tu restoran ni jadi tumpuan ramai, banyak sangat pilihan makanan yang sampai tak tahu nak pilih. Restoran memang full house setiap masa tapi jangan risau asam pedas ni sentiasa ada. Macam Nani hari tu dah pukul tiga petang kot kitorang pergi makan tapi lauk semua full lagi.
Puas hati sangat dapat makan asap pedas tip top kebabooom ni. Heheh! Asam pedas dekat sini yang lainnya sebab letak daun limau purut. Selalu yang Nani biasa makan jumpa daun kesom aje, jarang jarang jumpa yang ada daun limau purut. Rahsia rahsia ramuan lain tak tahu lah pulak. So, engkorang kalau ke Melaka jangan lupa cari Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni tau! Waze aje alamat dekat bawah, mesti jumpa punya. 
Asam Pedas Selera Kampung
No. G2, Jalam PM3, Mahkota Square,
Bandar Hilir, Melaka.
No.Telefon : +06 288 1799
Waktu Operasi : 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. 

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berkesempatan ikut kawan kawan blogger yang lain ke Melaka. Ini kiranya short trip ke Melaka lah dengan diorang. Memang short trip betul sebab cuma semalaman aje di Melaka. Hehe. Walaupun semalaman tapi meriah sangat - sangat okeh. Kiterang ke Melaka dan menginap di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Kota Syahbandar. Apa yang best sangat Idaman Villa ni sebab terletak betul - betul di tengah Bandaraya Melaka. Bila terletak dekat bandar Melaka memang dekat lah bila nak ke Jonker Walk, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan banyak lagi lah. Villa Idaman ni mempunyai tiga tingkat jadi sesuai lah kalau datang dengan bilangan yang besar.
Villa Idaman tiga tingkat ni terdapat tujuh bilik tidur, enam tandas, tv di ruang tamu dan di bilik tidur serta Wifi. Memang syok dan selesa sangat lah bila semua kelengkapan disediakan sepenuhnya. Memang rasa macam duduk rumah sendiri lah. Korang kalau datang ke Melaka untuk bercuti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai pilihan yang utama.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini bahagian depan Idaman Villa. Tengok pun nampak macam eksklusif sangat kan. Laman rumah pun luas sangat, kalau anak - anak kecil nak main pun boleh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ruang tamu ini dilengkapi dengan sebuah televisyen yang mempunyai lebih daripada 50 siaran untuk ditonton. So boleh lah kalau nak tengok tv sampai ke pagi. Hahah. Wifi pun ada jugak dengan kelajuan 30Mbps. Jangan risau, walaupun ramai Internet tetap juga laju. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian dapur. Konsep ni ala ala dekat cofee bar gitu. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Meja makan yang boleh memuatkan dalam lapan orang dalam satu masa. Ini muka muka blogger yang ke Melaka hari tu. Ada yang korang kenal tak? Heheh. Jom tengok pulak bilik bilik yang ada dekat setiap tingkat di Idaman Villa ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini ruangan bilik untuk 1 - 1. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil queen dan juga bilik air. Untuk makluman korang, dekat Idaman Villa ni boleh juga kalau korang cuma nak sewa bilik aje. So kalau cuma datang bercuti dalam dua tiga orang boleh lah juga nak menginap di Idaman Villa.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-1 
Bilik 2-1 ini merupakan master bedroom. Dekat Idaman Villa ni terdapat dua master bedroom. Satu di tingkat dua manakala satu lagi di tingkat tiga. Setiap master bedroom dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz queen, televisyen, bilik air dan juga iron. Ada juga ruang balkoni untuk bersantai tau.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-2
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-3
Untuk bilik 2-2 dan bilik 2-3 dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz single dan sebuah bilik air. Kalau datang berkeluarga sesuai lah bilik macam ni untuk anak - anak. Heheh. Sebuah almari juga disediakan di dalam setiap bilik. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-1
Ini pulak master bedroom di tingkat tiga. Kemudahan yang disediakan sama juga seperti master bedroom di level dua. Cantik kan wallpaper dinding dekat belakang tu sebab nampak macam real sangat. Sekali pandang macam batu betul bukan wallpaper. Hehehe. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini juga merupakan katil di master bedroom tingkat tiga. Bilik untuk master bedroom ni sangat luas dan selesa. Nak berlari lari dalam bilik ni pun boleh. Hahah! Bilik dekat Idaman Villa ni ala ala glasshouse tau. Menarik sangat!
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-2
Ha ini lah bilik Nani dengan Zatie masa di Idaman Villa hari tu. Katil tu walaupun single bed tapi besar okeh. Memang selesa sangat lah tidur, Dalam bilik ni jugak terdapat kipas dan aircond so boleh pilih nak guna yang mana satu. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-3
Bilik 3-3 ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bilik air berkongsi dengan bilik 3-2. Nampak kan macam glasshouse? Suka sangat sebab dari ruangan bilik ni boleh nampak pantai tau. Memang cantik sangatlah pemandangan.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ada juga disediakan ruangan balkoni yang kecil di bilik 3-3 ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian luar bilik di tingkat tiga. Ada sedikit ruang tamu kecil. Boleh lah kalau nak duduk bincang bincang sambil tengok pantai. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Dekat Idaman Villa ni bukan sahaja bilik yang tip top tapi kelengkapan dapur juga disediakan sepenuhnya oleh tuan empunya homestay ni. Kiterang hari tu siap buat BBQ lagi memandangkan BBQ pit disediakan di bahagian laman rumah. Memang kalau nak enjoy enjoy bercuti dengan family sesuai sangat menginap di Idaman Villa.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Jangan tak tahu dekat Idaman Villa ni korang boleh jugak nak memasak sebab semua keperluan seperti periuk nasi, heater, periuk memasak, pinggan, cawan pun disediakan juga. Peti ais pun ada kalau korang nak beli barang basah untuk dimasak. Eh semua benda lah ada dekat villa ni. Ha memang macam dekat rumah sendiri dah rasa bila menginap dekat sini tau.
Untuk korang yang nak bercuti ke Melaka nanti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai tempat penginapan korang. Memang selesa sangat menginap dekat sini sebab semua disediakan dengan lengkap. Kalau nak lebih mudah korang boleh juga membuat tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web di bawah atau terus sahaja meghubungi talian yang tertera. 
Nombor Telefon : 012- 2118246 / 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa gerak balik dari Langkawi Nani sempat singgah makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Dah lalu Perak, singgah lah pekena mee udang yang sedap sangat ni kan. Korang kalau ke Perak, memang Nani cadangkan singgah makan dekat sini. Bila Nani tengok dekat Google katanya ada juga cawangan Mee Udang Mak Jah ni dekat Wangsa Maju tapi tak pasti lah masih lagi beroperasi atau pun tak. Kalau ada yang tahu boleh lah kongsikan dekat ruang komen di bawah. Heheh. Nak sampai ke restoran ni agak jauh jugak lah, tapi sebab nak juga makan gigih pergi. Bila lagi kan nak cuba, bukan selalu dapat sampai tempat orang ni. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Masa ni dah pukul enam lebih, cuaca pun dah nak gelap tambah pula hujan rintik rintik sebab tu lighting tak berapa nak lawa. Heheh. Dekat restoran Mee Udang Mak Jah ni, pekerja diorang semua pakai baju dan tudung yang sama. Memang kemas sangat! 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
 Mee Udang Special (RM13.95)
Mee Udang Biasa (RM9.00)
Udang dekat sini besar besar okeh, puas hati dapat makan. Overall Nani suka sebab kuah mee udang ni pekat, lepas tu pedas pedas sikit. Marbelesss! Semangkuk ni banyak, memang padanlah dengan harga yang semangkuk RM13.95 ni kan. Heheh. Ada juga mee udang yang biasa tapi saiz udang tu standard yang biasa. Harga tu dah termasuk dengan GST. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Dekat sini bukan setakat ada mee udang saja tau, banyak lagi makanan lain yang berasaskan udang macam nasi goreng udang, udang celup tepung dan banyak lagi lah. Nani memang haruslah nak makan mee udang, bukan senang nak jumpa yang ikut citarasa tekak ni kan. Tempat makan pun luas sangat, sesuai kalau nak datang dengan bilangan yang ramai pun. Ada juga kemudahan seperti tandas dan surau yang disediakan. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Korang kalau dah sampai ke Perak, memang wajib singgah makan mee udang dekat sini. Even harga dia agak mahal tetapi berbaloi baloi sangat sebab sedap gilaaaa. Haih, entah bila lagi dapat makan Mee Udang di Kuala Sepetang ni. Mungkin kena cari jodoh orang sana. Eh laaaaarikkk! Hahaha! Nah pergi korang boleh refer alamat dan no telefon dekat bawah ni okeh. 5/5 bintang Nani bagi. Hehe. 
Kampung Menteri,
34650 Kuala Sepetang,
Perak Darul Ridzwan.
No telefon : +60 5-898 1400
Waktu Operasi : 12 tengah hari - 10 malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page