Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita

Assalamualaikum & Hello. 
Haa baca tajuk aje mesti korang dah dapat agak kan Nani nak kongsikan pasal apa hari ini. Pstt, untuk kaum wanita wajib baca entry Nani thari ni. Bila dah namanya wanita, haruslah kena pandai menjaga penampilan diri kan supaya kelihatan lebih anggun dan bergaya. Tetapi kalau kita cuma menjaga penampilan luaran semata mata dan mengabaikan penampilan dalaman, tak boleh jadi jugak tau korang. Pada pendapat Nani sendiri, dua dua ni kena seiring baru lah cantik luar dan dalam. Jangan cakap wanita yang dah berkahwin aje kena menjaga penampilan dalaman ni, gegadis yang belum berkahwin pun kena jaga jugak okay. 
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Korang pernah dengar tentang produk Harum Malam ni? Harum Malam merupakan produk yang diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah bau badan. Bukan itu sahaja, malah dapat merawat masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi. Nani teruja nak mencuba sendiri produk Harum Malam keluaran Millenial Gel ini memandangkan banyak sangat kelebihan yang ada. Mesti korang tertanya - tanyakan siapa yang boleh menggunakan produk ni? Ha jom tengok dekat bawah. 

Golongan yang sesuai mengamalkan minuman kesihatan Harum Malam :
: Wanita berkahwin
: Anak dara
: Wanita berpantang 
: Sesuai untuk wanita yang menyusukan anak
: Sesuai untuk wanita yang berusia 50 tahun ke atas
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Nampak tak isi kandungan yang terdapat dalam minuman kesihatan Harum Malam ini 100 % asli. Kalau dah 100 % asli tentulah produk ini dapat membantu memberikan kesan yang positif kan. Untuk kaum wanita yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan di sekitar Miss V apa kata korang cuba pulak minuman kesihatan Harum Malam ni ha, mudah mudahan dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Bila mengalami masalah keputihan memang akan rasa sangat tak selesa kan, nak solat pun tak boleh. 
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Ha korang nak tahu tak apa kelebihan minuman kesihatan Harum Malam ni? Banyak sangat kelebihan minuman kesihatan ni dan tentulah boleh bagi manfaat kepada wanita. Dekat bawah ni antara kelebihan minuman kesihatan Harum Malam : 
  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan
  • Mencantikkan dan menaikkan seri wajah
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut
  • Melegakan panas badan
  • Menegangkan payudara
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Menyihatkan rahim 
Ha banyakkan kelebihan yang boleh dapat daripada sebotol minuman kesihatan Harum Malam ni. Beli sebotol aje tapi boleh dapat macam macam kebaikan. Excited tak nak beli Harum Malam ni? Harga sebotol minuman kesihatan Harum Malam ni RM 33.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 39.00 untuk Sabah atau Sarawak. 
Nani dah beberapa hari mengamalkan minuman kesihatan Harum Malam ni dan terasa beberapa perubahan dekat diri sendiri. Lepas ni memang rasa nak jadikan Harum Malam ni antara produk yang wajib beli setiap bulan. Kata nak cantik luar dan dalam, kena lah melabur duit sikit. Gitu. Cara pengambilannya pun mudah sangat. Tak perlu bancuh pun. Cuma ambil satu sudu minuman kesihatan Harum Malam pada waktu pagi dan malam. Disebabkan minuman kesihatan ini mengandungi madu, digalakkan untuk kita menggunakan sudu plastik sebab takut kalau guna sudu besi khasiat madu tersebut akan hilang. 
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Tak perlu ragu ragu dengan minuman kesihatan Harum Malam ni hah sebab produk ini sudah tujuh tahun berada di pasaran dan kandungannya pun semuanya bagus serta mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Produk ini sesuai untuk semua golongan kecuali wanita yang mengandung. Untuk hasil yang maksimum dan berkesan, kenalah amalkan setia hari dan elakkan untuk mengambil minuman yang berais. Sebotol minuman kesihatan Harum Malam ini mengandungi 250 ml. Dekat bawah ni antara testimoni postif dan berkesan daripada pengguna. 
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita

Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita

Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Nampak tak tu feedback daripada pengguna minuman kesihatan Harum Malam ni macam mana. Memang berkesan sangat kan, Nani sendiri dah alaminya. Badan terasa lebih bertenaga dan masalah berkaitan wanita dapat dikurangkan. Korang tunggu apa lagi, jom dapatkan sebotol produk kesihatan Harum Malam ini dan amalkan setiap hari. Senang cerita, lepas ni produk ni wajib ada dengan korang tak kira bebila masa. Produk ini pun sekarang ada banyak dijual di pasaran dan tentunya mudah untuk didapati. 
Harum Malam | Produk Pilihan Setiap Wanita
Ingat tau sebelum korang beli, pastikan korang scan terlenih dahulu kod yang terdapat di belakang botol minuman kesihatan Harum Malam tersebut. Bukan apa, takut nanti korang terbeli yang tiruan pulak. Baik lah berjaga jaga sebelum terkena kan. So, apa tunggu lagi jom dapatkan produk Harum Malam sekarang ! Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang produk Harum Malam ni boleh layari :

Instagram : harum_malam_hq
No telefon : 03 3358 5344

Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN
Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Abah | Diam Bukan Tanda Tak Sayang

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni pagi pagi dapat WhatsApp daripada abah tanya sama ada Nani ada duit ke tak lagi. Allahu. Nani ni belajar memang dah ada dapat duit biasiswa setiap sem jadi memang jarang jarang nak mintak duit dengan abah atau ibu. Duit yang ada dah ni pun rasa cukup sangat dah untuk survive setiap sem dekat sini. Tapi itu lah abah kan, beliau tetap tanya walaupun kadang kadang anak nya ni terlupa nak tanya khabar atau pun jarang jarang call. Nani akui, kadang kadang bila terlalu sangat sibuk sampai lupa nak call mereka berdua. Sebab tu kalau balik Pahang, seboleh mungkin nak habiskan masa dengan mereka dan bonding satu family. Benda lain tolak ke tepi dulu. 
WhatsApp daripada abah baru ni sebelum Nani pergi kelas. Ya Allah, moga dilapangkan rezeki buat abah selalu dan dipanjangkan usia beliau. Abah kalau WhatsApp memang selagi boleh dia nak balas pendek pendek aje. Hihi. Abah baru guna smartphone, sebelum ni tak nak ada WhatsApp semua ni. Abah cakap cukup lah ada telefon yang boleh call denga mesej orang. Heheh. My abah is sooo cool you know :p
 
Kemain tau hantar gambar pegang buah kundang ni dalam group WhatsApp family. Lepas tu semorang meroyan nak makan buah kundang jugak. Hahah ! Abah Nani belum masuk lima series lagi sebab tu nampak macam muda lagi. Eh eh. So boleh agak agak tak umur Nani berapa? Jeng jeng jeng. Hari tu abah ada bagitau kalau nak makan durian balik lah lagi sebab sekarang musim durian kan. Saje je tau abah buat ayat nak suruh Nani balik selalu. Hehe. Tak apa lah, ada rezeki Raya Haji nanti kita pulun makan durian banyak banyak kan. Semoga Allah panjangkan usia abah supaya Nani dapat balas balik jasa abah selama ini.
Abah walaupun diam, tak banyak bercakap tapi dia ambik tahu. Walaupun kadang kadang kita selalu tak dengar kata, tapi abah sentiasa ada bagi sokongan dari belakang. Dulu abah pernah menitis air mata bila tengok keputusan SPM Nani cemerlang. Masa tu tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan bila dapat bahagiakan orang yang kita sayang. Moga Allah pinjamkan abah lebih lama lagi supaya Nani dapat gembirakan beliau selalu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page