Mee Kari Old Town White Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni, Nani tak ke mana mana pun. Berhujung minggu di bilik dengan maratahon segala jenis movie aje. Dia jenis kalau nak sangat berjalan, memang Sabtu dengan Ahad tu boleh berjalan merata tempat walaupun tanpa arah tujuan. Tapi kalau datang mood malas, duduk aje lah dekat bilik tu hah. Dalam malas malas tu, ada lah sikit kerajinan nak menapak ke Old Town White Coffee. Sebenarnya teringin nak makan mee kari jadi tak boleh tidak, kena jugak cari. Hahahah ! Sebab Old Town yang paling dekat kita terjah lah kan. Dah lama jugak Nani tak melepak sini sambil guna wifi free. Eh ! Dah ada free, takkan Nani tak nak guna. Rugi lah. 
Biasanya kalau sebelum pergi memang nak sangat makan menu tu tapi bila sampai pergi order benda lain. Tapi kali ni tak jadi okay macam tu. Hahah ! Memang stick dengan niat sesuci lebaran nak makan mee kari tu. Tak, yang sebenarnya aku scroll Instagram lepas tu ada tengok tiga orang letak gambar mee kari. Ohoi tergugat iman aku weh. Kalau sorang aje takpe lagi, ni sampai tiga. I kenot lah. Tambah pulak, nafsu makan ni payah nak kawal, Nani heret kawan pergi makan sekali. 
Old Town White Coffee
Mee kari dekat sini portion besar, padan lah dengan harga dia yang sebelas ringgit lebih tu kan. Nikmat sangat okay bila dah dapat makan mee kari ni hah. My favourite all the time. Eheh. Mula mula Nani ingat nak tunggu balik Pahang sebab boleh suruh ibu masakkan aje tapi sebab lambat lagi balik tak jadi lah. 
Old Town White Coffee
I is bukanlah peminat kopi tegar tapi sejak minum kopi dekat Old Town ni rasa suka pulak. Huhi. Tapi tak ada lah sampai ketagih nak minum kopi doploh empat jam. Hahah ! Total makan hari tu dalam RIM 15.90 macam gitu lah. Air ni dalam dua ringgit lebih aje sebab kiterang ambik yang set. Student kan, makan pun kalau mahal malam lepas tu kena berjimat sikit. Heheh. Korang kalau nak try coffee dengan mee kari macam ni boleh terjah mana mana cawangan Old Town White Coffee ni. 

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday
klik SINI untuk join 

Sany Char Koay Teow

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni lepas aje habis buat aktiviti dekat Taman Tasik Titiwangsa, kiterang terus aje ke Sany Char Koay Teow. Dah petang baru masing - masing ingat nak makan, kemain lagi seronok main sampai tolak tepi dulu bab makan apa semua. Kalau dari Taman Tasik Titiwangsa tu, memang dekat sangat dengan Sany Char Koay Teow ni hah. Jalan kaki aje dalam lima minit dah pun sampai. Masa Nani sampai tu memang macam biasa lah full house kedai ni tapi jangan risau, servis diorang pantas dan laju. Dah sampai sini haruslah order char koay teow diorang yang terkenal tu kan. Heheh. Tambah pulak memang dah lama sangat teringin nak char koay teow. Kalau tak nak makan char koay teow, boleh jugak order masakan panas yang lain. 
Sany Char Koay Teow
Kali ni Nani order yang special punya. Memang dalam sepinggan tu, penuh lah dengan kerang dan udang nya. Puas hati sangat dapat makan char koay teow yang macam ni. Apeni Nani yang tengah menaip ni pun kecur air liur bila teringat kesedapan Sany Char Koay Teow ni hah. 
Sany Char Koay Teow
Zoom sikit lagi gambar char koay teow ni. Heheh. Harga char koay teow dekat sini tak mahal mana pun dan berbaloi lah untuk makan. Harga sepinggan char koay teow :
BIASA : RM 5.00
BESAR : RM 6.00
SPECIAL : RM 7.00 
Sany Char Koay Teow
Tempat pun luas so kalau nak bawak datang ramai ramai makan dekat sini pun takdek hal lah. Korang kalau yang nak makan char koay teow sedap, dekat sini salah satu nya. Banyak dah cawangan Sany Char Koay Teow ni sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nani pergi ni yang cawangan di Titiwangsa, kalau korang nak ke sana boleh Waze aje alamat dekat bawah ni ok.

64, Jalan Kuantan, Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur. 
No telefon : 010 - 272 1164

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page