Tiffin Warna Warni

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang merata rata orang bercerita tentang tiffin warna warni ni kan. Nani pun sama lah tak nak jugak terlepas jadikan koleksi dekat rumah. Tambah pulak Nani memang tak pernah ada pun mangkuk tingkat sebelum ni so teruja dia lain macam sikit bila tengok ada yang warna warni pulak. Meriah kan, mesti lagi bersemangat nak guna. Hahaha ! Hari tu Nani tengok kak El letak gambar tiffin ni dekat Instagram dengan Facebook dia, tak boleh tahan tengok Nani tunjuk dekat ibu dengan harapan ibu nak beli jugak. Eh ! Sekali dah tunjuk ibu cakap dia nak jugak tiffin yang warna warni macam ni. Hahaha ! I dengan ibu memang geng kalau benda benda yang comel, kalerful macam ni.
Laju laju pilih dua set tiffin besar, satu untuk ibu satu untuk Nani. Ibu ambik yang ada empat bekas, Nani nak yang dua bekas aje. Cukuplah satu untuk letak nasi, satu untuk letak lauk kan. Alah orang bujang kan. Hahah ! Masa Nani beli hari tu siap dapat free gift lagi tau, memang seronok sangat lah kan. Dapat satu set sudu dan garfu dengan cawan sekali. Ibu cakap sudu dengan cawan tu antik so tak boleh guna. Sampai sekarang tak tahu ibu letak dekat mana, mungkin dalam amari pinggan mangkuk kot. Hahah ! Sayang sangat tau ibu nak guna :p
Tiffin Warna Warni
Haa yang ni lah yang jadi pilihan ibu dengan Nani. Sepanjang Raya biar aje mangkuk tingkat ni duduk dekat ruang tamu depan. Kahkah. Setiap kali orang datang, mesti ada yang tanya beli dekat mana mangkuk tingkat ni. Sambil sambil tu boleh lah I promote sekali kan. Tapi, baru minggu lepas kiterang rasmikan mangkuk tingkat ni. Hahaha !
Tiffin Warna Warni
Tiffin ni besar tau, boleh lah letak lauk untuk tiga ke empat orang makan. Nani ni letak lauk untuk sorang aje makan tu yang sayup sayup je lauk tu duduk dalam mangkuk tingkat. Haha ! Dah sebulan baru boleh rasmikan mangkuk tingkat ni. Bila sekali dah guna, mesti lepas ni nak guna lagi dan lagi. 
Tiffin Warna Warni
Rasa macam zaman dulu dulu pulak sebab guna mangkuk tingkat balik semula. Nostalgia gitu. Senang sikit bila ada mangkuk tingkat ni, sekali bawak aje semua makanan kan. Warna pulak kalerful sangat kan lagi lah rasa sepanjang waktu nak guna mangkuk tingkat. Hahah ! Nak bawak pergi picnic, nak balik kampung semua boleh ! Ibu Nani siap cakap lagi nanti kalau nak pergi beli makanan dekat restoran bawak je mangkuk tingkat ni hah. Amboi sangat tau ibu ! 
Korang kalau ada yang berkenan nak beli mangkuk tingkat warna warni macam ni, boleh contact dengan Kak El untuk beli. Macam macam warna dan bentuk yang ada, boleh buat sampai rambang mata tau nak pilih yang mana satu. Ehehe. 

Macam Macam Makanan Ada !

Assalamualaikum & Hello.
Alkisahnya Nani memang tak dek rancang langsung nak balik Pahang minggu lepas sebab ingat nak ikut kawan main air dekat Tadom & pergi kenduri kahwin Yaya. Sekali abah call suruh balik (anak ni kalau dah yang bercakap tu abah, memang susah betul nak tolak) Jumaat tu habis aje kelas terus gerak sebab tiket pun tak beli lagi. Nasib baik ada tiket lagi walaupun beli dah last minute sangat. Masa dalam bas tu Nani main main aje bagitahu nak makan laksa kuah lemak dengan durian sekali esoknya tu diorang masakkan nasi arab, kambing bakar, laksa dengan cheese cake pun ada sekali. Ya Allah terharu sangat tau sebab semua orang sayang Nani. Eheheh :p 
Suka sangat bila balik dilayan macam pwincess, cakap aje nak makan apa semua orang masakkan. Kebetulan minggu hari tu ramai adik beradik ibu ada balik sama tu yang masak macam macam. Meriah hah rumah nenek Nani dengan anak, menantu, cucu semua ada balik. Nenek Nani cakap ni makan makan lepas Raya pulak. Haha ! 
Dekat tempat Nani susah sangat nak jumpa laksa kuah lemak yang sedap. Bila dah dapat makan baru ni syok sangatlah rasa. Haha ! 
Nasi arab ni pakcik aku tempah dengan siapa entah, sedap sangat. Makan macam ni pun dah sedap. Kiterang tempah nasi ni aje, lauk lauk lain masak sendiri. 
Selalu nasi arab makan lauk yang dimasak sekali dengan nasi tu kan, tapi kiterang makan dengan kari ayam. Hahah ! Ini kira nasi arab yang dah diubah suai ikut selera dan tekak masing masing. 
Udang dan sotong masak rempah. Mak cik Nani malas nak masak asing - asing so dia satukan aje sekali. Puas hati sangat dapat makan macam ni. Dengar cerita diorang nak plan buat shell out pulak Raya Haji nanti. Yayyy !
Sepinggan nasi arab 
Memang syok sangat kalau hari hari dapat makan macam ni. Yang dekat hujung pinggan warna hitam tu kambing bakar. Heheh. 
Empat biji cheesecakes yang makcik Nani tempah dekat Shah Alam. Ha kemain jauh tau dari Shah Alam ke Pahang cheesecakes ni. Nani paling suka yang belah kanan atas tu sebab rasa dia tak manis sangat & tak muak langsung. Yang kuning tu pulak durian cheese cake. Yang lain lain Nani tak ingat dah apa namanya. Hahah ! Namanya pelik pelik so susah sikit nak hadam :p
Hari tu semua orang macam excited sangat bila tahu ada durian cheese cake ni. Nani pun teruja jugaklah sebab tak pernah makan kan. Mula mula yang makan kek ni dulu mak cik Nani, dia pun cakap boleh lah tahan rasa dia. Nani ni macam ala yeke sedap sangat ni kan so Nani ambik bau dulu lepas tu Nani cakap "bau dia macam tempoyak !" Hahah. Habis semua yang tak makan lagi tak nak makan jugak sebab Nani cakap macam tu, tak baiknya lah Nani ni. 
Ha memang tersandar kekenyangan lah masing masing bila dapat makan sedap sedap macam ni. Iya lah jarang jarang dapat berkumpul macam ni kan, nenek Nani cakap masaklah apa nak masak pun. Makan aje semua ni sampai ke malam. Fuhh ! Lepas ni Raya Haji pulak baru balik Pahang, teringin nak makan apa apa tahanlah sampai sebulan. Haha ! Korang weekend baru ni buat apa? 

Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni baru berpeluang nak kongsikan resepi double chocolate chip cookies yang Nani buat masa Raya hari tu. Kalau dah namanya Inani Hazwani, haruslah resepi tu semua mudah mudah dan sedap kan. Eh Nani pun malas kalau nak buat resepi yang payah payah tu hah. Bukan apa, takut tak jadi dah satu hal satu lagi nanti membazir sebab tak ada orang nak makan. Hahah ! Korang yang nak buat cookies nanti boleh lah gunakan resepi ni kalau nak. Heheh. Lepas ni makin rajin lah buat cookies ni, kalau nak beli Famous Amos memanjang memang boleh cepat kering duit poket. 
Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah
Ini lah hasil double chocolate chip cookies yang Nani buat hari tu. Rasa dia pahit pahit manis gitu sebab Nani ada tambahkan sekali serbuk koko. Ini pun baru pertama kali Nani buat cookies ni jadi tak ada lah resepi bergambar. Heheh. So, bahan bahan untuk buat cookies ni boleh tengok dekat bawah. Semua korang boleh beli dekat satu kedai aje.

BAHAN A : 

1. 1 cawan brown sugar (gula perang)
2. 1 cawan gula kastor
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 1/2 cawan mentega
5. 1/2 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar susu segar
7. Telur sebiji (gred apa pun tak kisah)

BAHAN B :

1. 3/4 cawan tepung gandum *
2. 3/4 cawan tepung jagung *
3. 3/4 cawan serbuk koko *
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 cawan almond nib
6. 1 cawan chocolate chip 
Yang bertanda (*) perlu diayak terlebih dahulu sebelum dicampurkan sekali.

CARA - CARA :

1. Campurkan semua bahan A ke dalam mixer dan putarkan sehingga semua bahan bahan tadi sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan yang telah diayak tadi (tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko) 
3. Bila semua dah bergaul sebati, masukkan chocolate chip dan almond nib tu tadi. Gaul lagi sehingga semua sebati dan menjadi doh.
4. Bila dah sebati, Nani masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya nanti bila kita nak bentukkan senang dan bila kita bakar cookies kita ni akan kembang cantik aje.
5. Sementara tu, boleh lah panaskan oven dengan suhu 160 darjah dalam masa 20 minit macam tu. 
6. Selepas 30 minit, keluarkan daripada peti ais dan boleh lah bentukkan bulat bulat kecil dan susun di atas loyang. Jarakkan sedikit sebab nanti cookies ni akan mengembang,
7. Bakar dengan suhu 160 darjah dalam masa 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing masing.
8. Bila dah siap dibakar jangan terus susun dalam bekas, biarkan cookies kita tu sejuk terlebih dahulu. Baru lah nanti cookies kita rangup bila dimakan. 

Ha senang aje kan nak buat cookies ni, masukkan aje semua dalam mixer lepas tu settle. Kalau korang malas nak bentukkan dengan tangan, beli aje scoop aiskrim yang kecil tu lagi senang. Ini resepi yang Nani tengok dekat facebook dan ada yang Nani dah ubah ikut citarasa sendiri. Sukatan gula tu boleh kurangkan lagi kalau korang tak nak manis sangat. Serbuk koko tu pun sama, boleh kurangkan kalau tak nak warna dia terlalu gelap. Selamat mencuba korang, kalau ada nak tanya apa apa boleh drop komen dekat bawah. Nani akan cuba balas satu per satu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page