Assalamualaikum & Hello.
Dulu dulu tak pernah minat pun makan dekat Sushi King ni tapi sejak pertama kali dulu datang makan sini, terus rasa nak datang lagi dan lagi. Hahaha ! Kalau dulu macam blur blur je tak tahu nak makan yang mana, sekarang boleh lah masuk Sushi King terus tunjuk nak makan apa. Ewah ! Hari tu tak plan pun nak melepak dekat Sushi King ni tapi sebab banyak tempat makan dah full house kawan Nani ajak lah makan Sushi King. Perut pun masa tu dah tak boleh nak berkompromi lagi dah, jadi kita masuk lah makan mana mana tempat yang ada kosong.
Orange Yogurt
Nani memang minat betul kalau air yang jenis yogurt ni sebab rasa lemak manis. Hehe. Cumanya air dekat Sushi King ni tak banyak mana so sementara nak tunggu makanan sampai tu sila lah kawal sikit diri minum air. Kalau tidak kang, makanan sampai air dah habis. Biasanya kalau makan dekat sini Nani akan minta air kosong sekali.
Set Bento
Pertama kali Nani makan set bento ni. Sedap ! Daging tu tak liat langsung dan dihiris nipis. Ada jugak tauhu dengan crab stick tu. Walapun nasi tu nampak portionnya kecil aje tapi mengenyangkan jugak lah perut ni. Heheh.
Ini tambahan aje kita orang ambil sementara nak tunggu set bento masing masing sampai. Dah lapar sangatkan sampai tak boleh nak tunggu dah. Hahah !
Geng kaki lepak dekat Sushi King, kemain lagi laju kalau bab bab makan diorang berdua ni. Bukanlah selalu sangat makan dekat sini tapi bila tekak mengada ngada nak makan sushi masuk jugaklah. Kadang kadang kalau malas nak pergi sushi king, kita orang beli aje sushi yang ada jual dekat pasar malam tu. Sedap jugak. Heheh.