Assalamualaikum & Hello.
Hah korang dah habis ke edisi makan segala jenis ketupat dan rendang? Hehe. Nani memang dah lama tutup cerita bab Raya ni tambah pulak bila dah selamat balik ke Selangor ni kan. Hujung minggu baru ni Nani dengan kawan menapak ke Quill City Mall. Gigih hah dari Petaling Jaya datang sini semata mata nak berjalan. Lagi pun mall ni senang nak pergi sebab dekat dengan Stesen Monorail Medan Tuanku. Pertama kali sampai sini so macam teruja sikit nak explore segala jenis kedai yang ada. Mall ni boleh tahan jugaklah besarnya tapi macam tak ramai sangat orang. Mungkin sebab sekarang orang masih sibuk beraya kan. Tapi Nani suka bila tak ramai sangat orang macam masa yang Nani pergi baru ni. Senang nak cari tempat makan, senang nak solat. Memang semuanya lah senang. Heheh.
Masuk tengok wayang pun tak ramai sangat orang. Nani pandang kawan Nani, kawan Nani pandang Nani balik. Hahah ! Masing masing macam " eh kenapa tak ada orang pun tengok wayang dekat sini?" Tapi apedehal kan tak ada orang, layan aje lah movie sambil makan popcorn. Habis layan movie, terus cari tempat makan. Sebab pertama kali datang sini kan, malam tu dah google siap siap food outlets yang ada dekal Quill City Mall ni hah. Mula mula nak makan dekat Kaw Kaw Burger tapi sebab takut tak kenyang Nani ajak kawan makan dekat Kluang Station. 

Jom lah kita masuk mengisi perut yang dah berjoget riang ria di Hari Raya tu kan. EH ! Sebelum datang sini dah set dalam kepala nak makan chicken chop dengan nasi apa entah namanya. Sekali buka menu zasss tukar nak makan benda lain pulak. Sekarang baru nak akui nafsu makan seorang perempuan boleh bertukar bebila masa sahaja. Hahaha !
Mee Rebus Kluang Station (RM11.50)
Sedap sangat sangat sangat tau mee rebus dekat sini sebab kuah pekat, portion banyak pulak tu. Tambah pulak ada cili potong memang layan lah semangkuk ni hah. Korang kalau pergi Kluang Station ni wajib cuba mee rebus dekat sini. Memang tak akan menyesal. Berpeluh peluh makan bila gigit cili potong tu hah.
Nasi Daging Dendeng Kluang Station (RM13.50)
Kawan Nani pilih nasi daging dendeng ni, pun sedap jugak. Nasi yang ditambah dengan telur goreng, papadom dan jugak acar. Boleh lah terubat rasa rindu nak makan daging dendeng air tangan ibu bila makan ni. Menu ni sesuai jugak untuk kanak kanak sebab daging dendeng tu tak pedas sangat.
Dekat Kluang Station ni ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba, antaranya roti jala, nasi lemak, mee siam dan banyak lagi lah. Menu untuk kanak kanak pun ada. Senang cakap, Kluang Station ni sesuai lah kalau nak bersantai dengan keluarga atau kawan kawan. Nampaknya lepas ni panjang lah langkah Nani ke Quill City Mall kalau teringin nak makan mee rebus. Hahah ! Korang kalau nak makan dekat sini boleh lah cari Kluang Station dekat Lower Ground Floor.
LG- 05 Lower Ground Floor Quill City Mall,
No 1018, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 10.00 malam
No. Telefon : +603-2602 2039