Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA


Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Jom lah ramai ramai support Segmen hakak Sally neh !
Klik SINI okay untuk join. 

Popia Bersira

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Mama Adra ni ada tunjuk resepi buat popia bersira yang mudah. Nani kan memang spesis yang tak boleh tengok resepi mudah mudah sangat ni, tangan pun gatal jugak nak buat sendiri. Tengok resepi tu lama dah tapi simpan dulu sebab tak ada masa nak buat. Semalam kebetulan ibu buat popia inti sayur. Dalam kepala terus terbayang resepi yang Kak Eka ni kongsikan hari tu. Buka peti ais tengok cili kering yang dah siap kisar ada. Apa lagi, dekat nak berbuka tu panaskan minyak buat sambal untuk popia bersira ikut resepi yang dah lama sangat simpan tu kan.

Sebab bulan puasa kan, Nani pun main campak campak aje ikut sedap rasa. Tumis cili kering letak garam sikit, gula sikit sos cili sikit, siap ! Cumanya semalam terlebih minyak, masa sambal tu dah nak dekat masak Nani buang sikit minyak tu. Pertama kali buat memang semuanya ikut suka aje letak. Sekali dah tumis cili baru rasa macam minyak banyak sangat pulak. Tapi pada tekak Nani ok lah, tak ada lah teruk sangat rasa dia. Eh terpuji diri sendiri. Hahahaha !
Popia Bersira
Tak tahu dekat mana yang kurang bila Nani gaulkan popia tu dia tak rata sangat. Sambal tu jadi berketul macam dalam gambar tu. Hahaha ! Korang kalau tahu kenapa sambal tu jadi macam tu drop komen dekat bawah eh. Mungkin sebab sambal garing sangat kot. Eh memandai aje aku ni. Lantaklah sambal tu tak rata pun asalkan rupa popia bersira tu dah ada. Rasa pun dah ada, jadi lah kan. Lepas ni kita cuba buat lagi mesti sempurna hasil popia bersira tu kan. 

Bila baca balik resepi sama aje semua bahan yang Nani tumis. Tak apa, practice makes perfect. Gitu. Ok lah dah lepas hajat anak tekak dan perut nak makan popia bersira. Ini kalau beli dekat bazar berapa ringgit lah gamaknya, itu pun kalau kena dengan anak tekak kan. Kadang kadang yang dijual tu rupa dah ada tapi bila makan kelaut dalam rasanya. Huhu T_T Tapi nanti kalau dah balik PJ nak tak nak kita makan lah rezeki yang ada kan, mana ada dapur nak masak sendiri. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page