Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari lepas kawan Nani hantar gambar tengah menikmati aiskrim dengan scones dekat Cameron Highlands. Kemain dia pergi tak bagi tahu pun tup tup dah sampai dekat 'atas' sana. Nani memang dah lama sangat tak jejak tanah tinggi Cameron Highlands, rasanya kali terakhir pergi tahun 2012 kalau tak silap. Malam tu tiba tiba dia datang rumah hantar buah tangan dari Cameron, dapat lah makan buah strawberry dengan buah apa entah satu lagi.
Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi. Eh, hahaha! Rezeki yang tak disangka sangka. Dia tanya Nani nak pokok bunga ke tidak dari sana and I was like "eh eh banyak pulak kerja nak jaga pokok segala bagai." Dah lah sekarang musim panas berbahang tak sesuai nak menjaga pokok bunga.
Merah menyala hah buah strawberry ni. Nani beli coklat cardburry cairkan lepas tu celup dengan buah ni. Peh memang fefeeling dah ada dekat Cameron Highlands lah cerita dia. Hahaha !
Nani tak pasti apa nama buah ni. Ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen dekat bawah. Rasa dia masam masam manis gitu dan ada biji dekat dalam. Sedap ! Nani pertama kali makan buah ni tapi tak tahu apa nama dia. Haih, kurang pengetahuan betul bab bab buah ni. Apa pun terima kasih bagi buah tangan ini.
Rezeki dari Allah itu luas kan, datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya dalam bentuk duit kadang kadang Allah kurniakan kesihatan yang baik dan ahli keluarga yang sentiasa ada di sekeliling kita itu juga dikira rezeki. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Hiks :p