5 Things I Hate Most

Assalamualaikum & Hello.
Semalam Kak Norhidana dengan Mummydearie tag Nani untuk buat ni. Serentak pulak tu haaa. Sepakat membawa berkat eh kakak berdua? Hehehe. Banyak sebenarnya benda yang tak suka tapi lima ni memang paling tak suka lah (lepas dah buat short list) Ehh ! Jom lah baca mana tahu ada yang sama. Kita serupa. Aiwah.

1. Lipat Kain 
Memang paling tak suka lipat kain walaupun kain tu diri sendiri punya. Kecik besar kecik besar je pandang bakul kain tu. Kalau sidai kain tahan lagi, tapi bila bab masuk nak melipat rasa macam "eh boleh tak nak tidur, bangun tidur nanti kain ni dah siap lipat dan tersusun elok dalam almari." Haaaaa, nampak tak dekat situ? Tambah pulak bila dah penat seharian dengan kelas, meeting segala bagai lagi lah malas berganda - ganda. Kadang tu terkeluar jugak lah dari mulut tak ada ke orang nak cipta mesin lipat kain baju. Hahaha! Baju sendiri pun malas nak lipat, nanti dah kahwin nampaknya kena gagahkan diri jugak melipat baju suami. Eh dah kenapa masuk topik ni? Ehem :p

2. Tak Tepati Masa 
Ini memang berangin je rasa kalau jenis yang janji pukul sekian sekian tetiba dia muncul setengah jam kemudian. Peh memang kalau nak keluar tu boleh jadi cancel terus serta merta. Kalau takat lima ke sepuluh minit boleh tahan lagi. Kalau lama gila nak tunggu, memang angkat kaki lah jawab dia. 

3. Barang Bersepah - Sepah
Paling pantang ni tengok barang bersepah - sepah. Dah guna letak lah balik kan dekat tempat asal, bukan susah pun. Mata ni rasa semak aje bila barang tu letak merata - rata. Nani ni kalau nampak barang tu dah dua tiga hari bukan dekat tempat dia memang ada harapan nak kena campak dalam tong sampah tak pun Nani main letak je dekat mana - mana asalkan tak nampak semak. 

4. Orang Rosakkan Novel 
Nani ni suka jugaklah baca dan kumpul novel. Memang kalau masa baca novel tu jaga dengan penuh teliti gila. Hahaha. Tak ada nya nak kasar - kasar, mahal kot beli mesti lah nak jaga elok - elok. Lepas habis baca, terus simpan dalam almari. Tapi bila ada orang pinjam, masa dia pulangkan balik tu mesti ada kesan lipat dekat mana - mana muka surat. Pernah tu sekali dengan cover page terlipat. Hoi panas je rasa hati ni. Banyak kali terkena, lepas tu Nani dah tak bagi orang pinjam. Buat sakit hati je. 

5. Asap Rokok 
Yang ni memang annoying sampai satu tahap Nani bagi jelingan tajam lah. Tak kisah lah kau nak merokok pun tapi tengok lah tempat jugak. Grrr. Lepas tu buat muka tak bersalah, macam tak dek apa apa jadi. Heh, benci gila dengan orang macam ni. 

Ok dah cukup lima. Ahaaa, ada tak yang sama dengan Nani jugak? Korang, apa benda yang paling benci? Boleh lah kongsikan dekat bawah. 


Kempen Derma Buku anjuran Progress SMART Selangor

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

CSR PROGRESS SMART Selangor

 
Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak menarik tak ye tempat dia? ha, kalau anda pernah membuat program di sana, kali ini kami pula yang akan merasainya sendiri. Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti servis. community service yang dijalankan oleh kami ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.
Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. 

Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.  

kita semua dapat banyak kelebihan kan. dapat baca buku. ada library sendiri. dapat menimba macam-macam ilmu pengetahun. tapi apa salahnya pula kalau kita dapat menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli ini supaya mereka juga dapat mencari ilmu sepertimana kita semua. Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai di situ sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan oleh kalian. 

jadi, tunggu apa lagi. :) andai kata rasa banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa, jom datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar berikut dan menderma sebanyak mungkin.

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on

Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. jumpa di sana nanti ye :) Sampai di sini sahaja. in shaa ALLAH kita berjumpa lagi.
 

Kek Batik Nutella Almond

Assalamualaikum & Hello.
Nama dia kemain panjang kan. Hahaha! Bermodalkan dua puloh hengget maka terhasil lah sebiji kek yang enak dimakan begitu sahaja. Aiwah. Gara - gara Qayyim lah tag aku dekat satu resepi ni, dah tak pasal terjebak sekali nak buat. Mana boleh tengok resepi yang senang sangat ni, napsu nak buat tu pun tinggi jugak. Apa yang lainnya cuma ada nutella dengan almond. Bahan - bahan lain masih sama macam nak buat kek batik biasa. 
Kek Batik Nutella Almond
Kali ni Nani guna Cocoa Powder nak bagi lagi sedap. Selalu guna milo aje. Memang sedap lah guna cocoa powder, bila makan rasa macam kek coklat yang moist tu haaa. Harga pun boleh tahan dalam tujuh ringgit lebih satu kotak tu. Cara - cara nak buat kek ni sama aje macm buat kek batik biasa.

1) Cocoa powder + gula + butter + air dimasakkan atas dapur. Api biar kecik aje dan masak sampai mendidih. Dah mendidih, tutup api dan biarkan coklat sejuk dalam 15 minit macam tu. 
2) Sementara nak tunggu coklat tu mendidh, patah - patahkan biskut marie. 
3)Tuang coklat tadi atas biskut marie. Gaulkan sampai sebati dan masukkan dalam acuan. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 30 ke 45 minit. Nani buat sejam terus, senang.
4)Almond tu goreng tanpa minyak dalam kuali dalam 10 minit kemudian tumbuk bagi halus. Kalau tak nak bagi halus pun tak apa.
5)Sapukan nutella atas permukaan kek batik tadi dan taburkan almond sebanyak mana yang korang nak. Lepas tu, dah boleh makan.
Kek Batik Nutella Almond
Maka terhasil lah Kek Batik Nutella Almond air tengan seorang Inani Hazwani. Amatur lagi kan tu pasal comot comot kek tu. Hahaha. Prinsip Nani, rupa tolak tepi asalkan rasa sedap. Almond memang tabur sepenuhnya atas kek sebab almond is my favourite. Korang boleh lah try resepi yang macam ni pulak. Hehe. Nak tanya apa apa, boleh drop komen dekat bawah ok. Have a nice day ! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page