KFC Wasabi Rice Wrap

Assalamualaikum & Hello.
Ada yang dekat sini dah try KFC Wasabi Rice Wrap? Sedap ke tak eh? Nani hari tu ingat nak rasa tapi sebab tekak ni memang tak boleh terima Wasabi so terus tak jadi nak order. Nanti kalau beli tetiba tak makan, membazir pulak. Pernah lah nak rasa Wasabi ni masa makan dekat Sushi King dulu tapi mampu bau je. Nak masukkan dalam mulut pun macam tak sanggup. Hahaha. Macam terbayang bayang pulak depan mata tu green tea bukan wasabi. Ehek ! Rupa Wasabi dengan Green Tea tu kan macam lebih kurang haaa :P  Dah lah green tea pun ada certain je yang boleh terima dengan tekak. Kalau yang dekat Sushi King memang tak boleh minum langsung. 
KFC Wasabi Rice Wrap
Nampak menarik tapi tu lah sebab tak makan Wasabi macam mana nak beli. Huhu.
KFC
Sudahnya order cheesy wedges dengan air mangga Sjora. Lepak sorang sorang rasa macam forever alone pulak. Ecececeh ! Nikmat rasa dapat makan cheesy wedges dengan cheese yang melimpah ruah. Sedapnya lahai !



Aiskrim Milo Seringgit

Assalamualaikum & Hello.
Baru baru ni, sana sini orang bercakap pasal aiskrim milo yang seringgit je tu. Seringgit kalau beli dekat 7Eleven lah, kalau dekat lain RM1.50 kalau tak silapnya.  Nani ni memang spesis tak boleh tak cuba benda baru. Laju kaki ni melangkah ke kedai semata mata nak cari asikrim milo. Hahaha ! Beli satu dulu konon konon nak rasa. Sekali dah makan, memang nak lagi lepas tu. Milo memang tak pernah mengecewakan. 
Aiskrim Milo Seringgit
Terbayang bayang pulak kesedapan asikrim ni. Korang kalau yang tak try lagi aiskrim milo ni cepat pergi beli. Sedap ! Lepas ni misi mencari aiskrim Magnum yang pink tu pulak. Orang cakap sedap jugak. Aih nikmat betul dapat makan aiskrim musim musim panas macam ni hah. 

Selamat Sampai !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang cuti hari ni syoklah sambung golek golek atas katil kan. Huhi. Nani pagi pagi tadi dah gerak balik Selangor semula, tak puas lagi habiskan masa dekat rumah dengan wifi yang super dupper laju. Hahahaha ! Alah lagi dua minggu balik lagi sempena Cuti Raya Cina plus Along kahwin. Tak sabar pulak nak tengok Along kahwin, boleh ambik aura jadi pengantin sekali. Ewah ! 
Malam tadi ibu dengan mak cik mak cik Nani dah start "open table" bincang tema baju nak pakai untuk kenduri bulan empat nanti. Haaa semangat sungguh. Maklumlah dalam sebulan tu tiga orang anak buah kahwin. Dua orang awal bulan empat, lagi sorang hujung bulan empat. Pheww ! Pandai eh korang planning nak kahwin sama sama. Hahaha :p
Warna apa entah yang jadi pilihan masa "mesyuarat" semalam tu Nani pun tak pasti. I follow the flow je selalunya. Kadang kadang yang lari daripada tema pun aku jugak. Hahahah ! Lantak asalkan nampak sopan dan manis sudah. Lawa sangat kang, kalah pengantin. Pffft ! Untuk kenduri Along lagi dua minggu ni warna biru jadi pilihan. Lagi dua majlis tu jeng jeng jeng. Nanti ada lah tu official announce daripada ketua "meeting" malam tadi. Hahahah ! Rasa - rasa macam nak shopping dekat Bangi Sentral nanti. Orang cakap banyak pilihan. Ishh banyak banyak ni kang mula lah rambang mata. Kohkoh :P 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page