Selamat Sampai !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang cuti hari ni syoklah sambung golek golek atas katil kan. Huhi. Nani pagi pagi tadi dah gerak balik Selangor semula, tak puas lagi habiskan masa dekat rumah dengan wifi yang super dupper laju. Hahahaha ! Alah lagi dua minggu balik lagi sempena Cuti Raya Cina plus Along kahwin. Tak sabar pulak nak tengok Along kahwin, boleh ambik aura jadi pengantin sekali. Ewah ! 
Malam tadi ibu dengan mak cik mak cik Nani dah start "open table" bincang tema baju nak pakai untuk kenduri bulan empat nanti. Haaa semangat sungguh. Maklumlah dalam sebulan tu tiga orang anak buah kahwin. Dua orang awal bulan empat, lagi sorang hujung bulan empat. Pheww ! Pandai eh korang planning nak kahwin sama sama. Hahaha :p
Warna apa entah yang jadi pilihan masa "mesyuarat" semalam tu Nani pun tak pasti. I follow the flow je selalunya. Kadang kadang yang lari daripada tema pun aku jugak. Hahahah ! Lantak asalkan nampak sopan dan manis sudah. Lawa sangat kang, kalah pengantin. Pffft ! Untuk kenduri Along lagi dua minggu ni warna biru jadi pilihan. Lagi dua majlis tu jeng jeng jeng. Nanti ada lah tu official announce daripada ketua "meeting" malam tadi. Hahahah ! Rasa - rasa macam nak shopping dekat Bangi Sentral nanti. Orang cakap banyak pilihan. Ishh banyak banyak ni kang mula lah rambang mata. Kohkoh :P 

Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Bersama Ayu Insyirah
klik SINI untuk join. 

Cafe 9, A Taste Of Thai

Assalamualaikum & Hello.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Kali ni Nani berpeluang ke Cafe 9 yang terletak di Petaling Jaya untuk merasai sendiri masakan Thai yang memang 100% pure. Dah lah memang penggemar masakan Thai, memang laju aje la nak pergi. Ewah ! Memang macam - macam ada dekat sini. Nak tahu apa yang menarik di Cafe 9 jom tengok dekat bawah ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
kredit to Kak Farah 
Cafe 9 ni sememangnya HALAL, nampak tu dekat depan kedai dah ada tulis. Suasana kedai pun best sesuai sangat kalau nak bawa family ke kawan ke lepak dekat sini.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Haaa ada sepuluh menu atas meja, itu pun dah tak berapa nak muat. Tangan tangan tu yang dah tak sabar nak rasa masakan Thai. Hahaha !
Cafe 9, A Taste Of Thai
Prawn Cakes (RM 18.90)
Antara menu yang korang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni. Memang sedap, udang yang digunakan pun segar. Mula mula kitorang ingat donat kot sebab bentuk macam tu. Hahaha ! 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stir Fry Clams (RM16.00)
Lala ni dimasak dengan Thai Curry Style. Rasa lala ni macam berempah sikit, sedap. Tambah pulak dah lama tak makan lala. Memang berkali kali lah ambil.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Glass Noodle With Prawn & Chicken (RM14.00)
Nani suka juga yang ni sebab udang, ayam yang digunakan fresh. Sesuai untuk sesiapa yang tengah nak jaga badan tu kan. Menu sihat ni sebab ada protein, sayur sayuran. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stuffed Chicken Wings (RM19.00)
Terbayang bayang lah pulak kesedapan ayam ni sebab lain daripada yang lain. Walaupun masa ni ayam dah sejuk tapi still lagi rangup. Bila makan memang bunyi lah krup krap krup krap dia tu. Dalam ayam ni pulak ada sayur dan dimakan dengan tiga jenis sos. Ada lime & cili, blackpaper dan salted egg. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Chicken Salad (RM 16.00)
Menu ni Nani pertama kali jugak Nani rasa. Yang ditabur bahagian atas tu bukan serbuk lada putih/ lada sulah ye tapi bijan. Haaa memang lain daripada yang lain. Sedap rasa ayam ni bila makan dengan nasi panas panas. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
 Penang Curry Beef (RM21.90)
Kambing yang dimasak sempurna dicampur pulak dengan kacang panjang. Suka dia punya kuah sebab rasa macam kuah percik yang berempah. Daging pun lembut sangat, tak liat langsung. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Tom Yam Seafood
R (RM25.90)
L (RM45.90)
Tomyam ni memang sedap dan terbaik. Walaupun pedas tapi tetap tambah berkali kali. Hahaha. Puas hati dapat makan tomyam yang sedap macam ni. Memang berbaloi sangat rasa. Isi dalam tom yam pun banyak. Satu periuk kecil ni boleh makan dalam empat ke lima orang. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Omelette (RM10.90)
Kalau dah ada tom yam mesti lah kena ada telur dadarnya sekali kan, baru lah ngam orang kata. Hihi.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Sweet & Sour Fish (RM20.00)
Memang cukup rasa masam, manisnya. Ikan tu pun isi dia lembut sangat. Sedap ! Walaupun nampak macam ada lada tu tapi tak adalah pedas mana pun. Sesuai untuk semua peringkat umur untuk makan. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Money Bag (RM12.90)
Nani pertama kali rasa ni, dalam tu ada isi ayam. Cicah pulak dengan sos memang terbaik ! Nani rasa dia macam lebih kurang wantan tapi yang versi dekat Cafe 9 ni lebih sedap.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Beef Noodle (RM 15.00)
Siapa dekat sini suka makan dekat Boat Noodle lepas ni boleh try pulak yang dekat Cafe 9. Sedap dan portion sangat besar. Lagi puas hati bila makan dalam portion besar macam ni. Thai Beef Noodle ni menggunakan 50 resepi khas dari Thailand. Bukan itu sahaja, mee yang digunakan tu pun dari Thailand. Korang memang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Geng kaki makan. Hahaha !
Untuk pengetahun korang Cafe 9 ini beroperasi setiap hari KECUALI pada hari Selasa. Haaa weekend ni kalau tak tahu nak lepak mana boleh ke Cafe 9, Petaling Jaya. Mereka beroperasi bermula dari pukul 11 pagi sehinga 10 malam. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh hubungi Cafe 9 di talian  0379322899 atau pun boleh tengok Facebook Cafe 9  Boleh Waze alamat dekat bawah ni untuk lebih senang.

27, Jalan 17/45 Seksyen 17,
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Bussiness Hours: Mon - Sun (11am - 10pm) 
Tuesday CLOSED







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page