Thank You Printcious !

Assalamualaikum & Hello.
Ingat lagi entry yang Nani cerita tentang Printcious hari tu? Haaa kalau tak sempat nak baca lagi, boleh baca entry Ada Printcious Semuanya Jadi Mudah ! Rugi kalau tak baca sebab dekat Printcious ni lah kita boleh DIY hadiah untuk yang tersayang dengan harga yang berpatutan. Tak percaya? Laju laju pergi buka lama web Printcious, mesti korang pun akan jatuh hati dengan barang barang keluaran mereka macam Nani. Hahaha ! 
Nani ni pulak memang tak boleh tengok barang barang comel ni, memang nak jugak beli. Kali ni buat koleksi untuk diri sendiri dulu, nanti lah ada rezeki lain belikan untuk yang tersayang pulak. Ehem. Kalau ikutkan hati macam - macam nak tapi kali ni Nani ambik ceramic tiles. Haaa apa benda tu? Jom tengok dekat bawah ni hasil DIY sendiri. Hahaha!
Sebenarnya mula tu tak tahu nak tulis apa sudahnya yang dekat atas tu je yang muncul dalam kepala. Gitu. Servis Printcious ni memang bagus ok, sanggup layan macam macam soalan yang Nani tanya. Biasalah first time beli online dengan Printcious so macam banyak sangat tak tahu. Hahaha ! Semua benda kot tanya, nasib baik diorang sudi layan segala mak nenek pertayaan Nani. Thank You Printcious ! Ceramic tiles yang Nani pilih ni yang bentuk square. Ada jugak yang dalam bentuk rectangle, ikutlah nak yang mana. 
Haaa korang tunggu apa lagi cecepat terjah website diorang tu.
Sekarang ni pulak ada lagi harga diskaun sempena New Year. Rugi kalau tak GRAB harga yang murah sangat tu. Nanti jangan menangis tepi bucu katil pulak kalau harga dah kembali kepada asal. Hahahah ! Alah kalau hari lahir yang tersayang atau pun bff forevah tu lambat lagi beli aje lah dulu hadiah kan. Nanti tinggal nak bagi je dekat tuan punya badan kan tak payah fikir nak bagi hadiah apa dah. Heheh. Dah tak payah fikir dua tiga kali cecepat terjah Printcious. Selamat Membeli Belah di Printcious !

Mini Potluck

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama planning nak buat potluck ni tapi asyik busy memanjang tak pernah sempat nak buat. Baru ni on the spot punya plan akhirnya menjadi lah jugak potluck yang cuma ada tiga ketul aje. Korang lepas ni boleh lah try buat macam ni jugak, daripada asyik makan dekat restoran aje kan. Hehehe. Tapi kali ni potluck kitorang masak sama - sama. Thank you tu Anis yang bagi pinjam dapur untuk masak macam - macam. Dapatlah tunjuk skill memasak yang so - so ni. Ehem :p 
I don't know what kind of pose is this. Lol !
Mula - mula plan nak balik hari je, sebab dekat sangat Jerantut-Temerloh tu kan, alih - alih bermalam juga. Dah siap masak pun lepas asar tak kuasa nak balik pulak lepas tu. Hahaha. Biasalah sekali sekala dapat jumpa macam - macam cerita keluar. 
Pavlova
Menu pertama yang kitorang buat hari tu, PAVLOVA ! Sampai Temerloh diorang terus bawa pergi pasaraya cari bahan nak masak. Kemain sangat ! Nani pernah buat pavlova ni dua kali tapi tak berapa nak jadi. Anis pulak langsung tak pernah buat. Nasib baik lah hari tu menjadi. Kalau tak menangis tak berlagu haa. 
Sherperd Pie
Sherperd's Pie
Buat ni sebab Jihah mengidam nak makan. Kalau nak resepi ni boleh tengok dekat SINI ok. Tersangatlah SENANG, MUDAH DAN CEPAT. Nani ni spesis tak suka masak benda yang remeh jugak. Hehehe. 
Sherperd Pie
Sebab potluck kitorang kitorang je, memang bekas pun tak senonoh lah. Hahaha. Lantak lah kan, asal masuk perut, kenyang. Settle !
Popia Basah
Petang tu pulak jalan pasar malam dekat sana. Tipu lah kalau tak membeli apa - apa kan. Popia basah ni boleh tahan jugak lah sedap. Memang enjoy habis lah potluck kali ni. 



Sangkaya Lagi !

Assalamualaikum & Hello.
Sangkaya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page