Dapat Ketuhar Pemanggang Sebiji !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang follow twitter suam suam kuku Nani tu mesti dah tahu pasal ni. Hehehe. Pagi tadi ibu WhatsApp cerita pasal Family Day pejabat abah yang buat semalam. Macam biasa lah kan, family day ada sukaneka, pakaian bertema bagai. Part yang paling seronok dah tentu tentu cabutan bertuah. Family Day kali ni Nani tak join. Lagi pun Selasa depan dah nak balik Pahang pun. Malas lah nak balik banyak kali, dengan ekonomi sekarang ni lagi. Huhu
Tak pelik lepas ni setiap kali sarapan ibu hidang biskut. Hahahah ! Tiga tin oii biskut dapat. Dekat rumah tu setakat lima orang je hah penghuninya, itu pun kalau semua ada. Siapa entah photobomb kat belakang tu. Kohkoh :p
Hamper tu dapat untuk Kategori Keluarga Ceria. Kalau ada Nani mesti lagi bertambah ceria. Kahkah! Haaa nampak tak apa dalam gambar tu. Cabutan bertuah kali ni memang bertuah sungguh abah. Sebelum2 ni jarang sangat abah dapat hadiah besar macam ni. Sekarang Nani pulak yang tak sabar nak balik nak merasmikan guna hadiah baru. Tak pelik lepas ni banyak resepi panggang memanggang dalam ni. Hahahahaha ! Bestnyaaa oii. 

p/s : Harap lepas ni ada lah dapat cabutan bertuah dapat stand mixer pulak. Penat den tiap kali nak buat kek guna hand mixer. Hahahaha ! 

Private Number

Assalamualaikum & Hello.
Petang semalam dapat call daripada private number tapi Nani tak perasan langsung. Nani ni memang spesis suka silentkan phone tambah pulak bila dekat bilik. Sebab private number tak boleh lah nak call back atau mesej kan. Huhi ! 
Private Number
Siapa lah agaknya pemilik private number ni? Hahaha ! Kalau dulu masa sekolah ada sorang kawan Nani ni dia guna private number tapi sekarang dah tak ada dah. Tak apa lah, Nani assume mungkin benda tak penting pun. Kalau penting mesti dia akan usahakan untuk call balik. Kan? 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Tahniah ibu dah selamat konvo :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page