Man Burger Bakar Kukus Lava

Assalamualaikum & Hello.
Phewww ! Lepas sehari, sehari tangguh nak tulis entry pasal Man Burger Bakas Kukus Lava ni hah. Busy yang amat sangat sekarang, terpaksa fokus mana yang lebih penting dulu. Gitu. Minggu lepas baru lah berpeluang nak makan dekat sini, itu pun masa Nani sampai dia punya beratur memang panjang. Dekat sini semua nya self service, kena beratur dulu lepas tu order & tunggu makanan siap, ambil sendiri. Nani sarankan kalau nak makan dekat sini, datang lah awal sebab nanti ramai orang, lama kena tunggu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Lepas dah siap order nanti akan dapat lah benda ni. Bila order dah siap dia akan panggil nombor ni. Gitu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Aiskrim Kacang Tumpah.
Sebab aiskrim kacang tumpah ni lah yang buatkan Nani teringin sangat nak makan dekat sini. Hahaha. Sedap sangat aiskrim ni, lain daripada yang lain. Nama pun unik sangat.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Menikmati kesedapan aiskrim dekat sini. Hikhik :p
Man Burger Bakar Kukus Lava
Chicken Grill.
Nani suka chicken grill dekat sini sebab gravy dia sedap + boleh juga kalau nak add on spaghetti ke cheese ke. Portion ni kenyang lah untuk sorang makan, tak payah add on benda lain pun. Malam tu Nani order satu yang biasa, satu lagi add on spaghetti.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Oblong.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Tembikai Sago Lava.
Antara dessert yang famous dekat sini mango sago lava,tembikai sago lava dengan honey dew sago lava. Dessert ni sedap kalau tak cair lagi. Huhuhu. Dalam gambar tu dah cair sebab tu nampak macam apa je kan. Sebab self service, dia akan siapkan semua sekali order baru dia panggil. Mungkin sebab tu lah dessert ni mencair dengan jayanya. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Untuk nak tahu lebih lanjut lagi tentang Man Burger Bakar ni boleh lah terjah mana - mana media sosial restoran ni hah. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Kalau korang nak datang makan dekat sini, boleh waze alamat dekat bawah :D

F-12, Tok Yem's Street Mall
Damansara Damai. 
(Sebelah McDonald Damansara Damai)

Homemade Roti Canai

Assalamualaikum  & Hello.

Ni sambungan kisah balik kampung hari tu. Hahaha, dah lama baru kau nak update kan Nani. Sejak akhir - akhir ni aku dah kembali busy macam dulu. Minta maaf mana yang aku dah lama tak menyinggah blog dia. Line internet dekat tempat aku sekarang lambat bebenor. Satu lagi sebab aku dah masuk sem baru, biasa lah awal - awal sem busy dia lain macam :p Eh banyak pulak dia membebel. Hahaha. Jom lah layan gambar nenek aku buat roti canai.
Homemade Roti Canai
Jangan tanya macam mana nak buat doh ni sebab aku tak sedar bila wan buat. Hahaha. Tahu tahu dah dibulat bulatkan macam ni :p
Homemade Roti Canai
Sebelum goreng roti tu nenek aku jadikan macam ni.
Homemade Roti Canai
Makan roti canai ni cicah dengan samabl sardin / gula memang sedap sangat. Aku yang tengah taip entri ni pun tetiba teringat roti canai ni. Hahahah ! Bila lagi entah dapat balik kampung makan roti canai homemade ni. Nak cuti T_T




Giveaway CINTA by CN

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page