Pai Tee Chicken Rice Shop

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat pergi NU Sentral masa lunch hour punya lah ramai orang dekat restoran dalam tu. Sampai ke luar orang beratur sebab nak tunggu seat kosong. Habis semua tingkat Nani pergi nak cari tempat makan yang macam tak ramai sangat orang. Nak privasi lah kenkononnya. Hahaha. Tapi kalau dah namanya pun lunch hour, nan hadonya restoran yang tak ramai orang. So, Nani dengan kawan terus decide masuk aje Chicken Rice Shop.
Nani ni satu je masalah bila nak makan, tak tahu nak pilih yang mana. Hahaha. Rambang mata kot tengok segala menu yang ada. Alih alih ambik menu yang sama macam Nani pernah cerita dekat SINI dulu. Cuma tambah denga Pai Tee aje sebab terliur tengok orang makan & orang cakap sedap. Biasalah, pantang orang cakap sedap, dia pun terhegeh hegeh nak cuba. 
Pai Tee Chicken Rice Shop
Memang sedap rupanya Pai Tee ni, rangup sangat. Ala ala makan popia gittew. Sos dia pun agaklah pedas, boleh lah makan. Nani order air cincau mula mula tu tetiba masa dia hantar ice lemon tea. Alahai, boleh pulak tukang ambil order tu tersalah dengar. Kawan Nani suruh minta tukar tapi sebab ramai sangat orang, malas lah pulak rasa. Minum je apa yang ada asalkan sedap. Korang pernah makan Pai Tee? 

GA Pertama MeeyaHani

Assalamualaikum & Hello.
klik SINI untuk join :)

Reinkarnasi

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas masa balik Pahang, sampai je rumah terus abah cakap ada pos laju untuk Nani. Ingatkan apa rupanya buku yang Nani order dari awal tahun hari tu dah sampai. Eh lamanya baru sampai? Sebenarnya Nani order buku Henshin dengan Tribulasi 365 Hari, masa tu baru pre order. Baru ni sis tu cakap buku Tribulasi 365 Hari bulan sepuluh baru ada stok tapi sebab malas nak tunggu Nani pun tukarlah dengan buku Reinkarnasi, Faiz Ibrahim ni. 
Reinkarnasi, Faiz Ibrahim
Buku ni pasal apa Nani? Kalau yang baru lepas putus cinta sampai tak boleh move on bolehlah baca. Hahaha. Tapi bukan lah semua pasal cinta dalam ni, ada lah jugak pasal mak ayah, keluarga dan pengalaman penulis bila berdepan dengan dugaan & cabaran. Pada Nani buku ni best tapi tak tahu lah korang macam mana. Dia punya tahap best tu sampai kan dalam berapa jam je dah habis baca buku ni. Hahaha. Tak rugi kalau korang beli, percayalah ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page