Dating di Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Masa balik beraya dekat Pahang baru ni sempat lah jugak Nani jumpa dengan kesayangan. Lama kot tak jumpa, dah alang alang balik boleh lah kan pergi dating dekat Domino's. Padahal kalau nak jumpa dekat KL pun boleh tapi sebab busy sangat mana ada masa nak keluar. Ehek !
Kesayangan. Kawan baik sejak dari darjah satu. Memang dah lama sangat sampai dah masak dengan perangai masing masing. 
Nani lebih suka Domino's berbanding Pizza sebab kalau domino's boleh pilih nak bread yang nipis ke tebal ke. Hihihi. Nani prefer yang nipis punya baru lah tak muak bila makan. Topping pun macam banyak bila Domino's. Tapi setiap orang ada citarasa masing masing kan.
 
Yang ni apa entah nama nya. Hahah. Lupa sudah. 
 
Yang ni pun aku lupa namanya apa. Hahaha :P
Yang ni aku tapau bawak balik rumah. Huhi. 
Larva kek yang sangat lah yummylicious. Bila makan tu rasa cair je dalam mulut. Tiap kali pergi Domino's memang tak pernah miss nak order yang ni. Hihi. Masa tu ada jugak order spaghetti dua bekas tapi tak sempat nak snap gambar. Memasing dah lapar semua ngap je terus.
Total damage untuk hari tu. Ni pun belum masuk lagi larva kek dengan sekeping pizza yang kitorang order kemudian. Memang makan sakan dekat Domino's baru ni. Hihihi. Jumpa lagi kesayangan :P



Nasi Kerabu Power !

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni aku beli nasi kerabu dekat area Petaling Jaya ni sebab terliur sangat. Sekali makan memang pehh sedap sangat. Jarang jarang jumpa dekat bandar ni nasi kerabu yang betul betul sedap. Portion dia memang banyak, harga enam ringgit sekali dengan daging bakar. Puas hati rasa dapat makan yang sedap macam ni. Hihihi. 
Aku yang buat entri ni pun tetiba terliur tengok. Hahaha :P 

Aku Bahagia !

 Assalamualaikum & Hello.
Tajuk dia kemahen lagi kan. Hahaha. Bahagia sebab raya kali ni dia dapat banyak duit raya bukan sebab lain. Haipp ! Makin besar makin banyak pulak duitnya kan. Duit dalam sampul pun tebal tebal je mak cik dengan pakcik Iolss bagi. Segan pulak dah besar besar dapat duit raya lagi. Hahaha. Jangan jeles adik adik, akak yang dah besar ni pun dapat duit raya lagi.
 Muka dia terlalu bahagia dapat banyak duit raya tu pasal kena tutup. Hahahha. Macehh semua yang hulurkan duit raya buat daku. Boleh lah buat tambang bas pergi balik kampung. Ihikss :D

p/s : Raya tahun depan ada lagi tak yang nak bagi duit raya ehh ? Hahahah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page