#Cabaran20Hari l Main Mercun Masa Raya

Assalamualaikum & Hello.

sumber google

Nani ni memang bukan la jenis yang nak main mercun bagai tu. Maklumlah I ni kan anak perempuan mana ada nya nak main benda benda gitu. Hahah. Setakat main mercun bawang tu pernah lah tak pun bunga api. Yang lain lain memang nan hado nya lah. 

Pernah poksu Nani masa kecik dulu dia pegang mercun dekat tangan dia lepas tu entah macam mana dia nak bakar mercun lain tapi terbakar yang lain. Err paham tak cerita aku ni. Hahaha. Sedahnya dua jari dia yang kena. Seriauu Nani dengar cerita dari ibu. Masa tu aku kecik lagi. Moral dia jangan main mercun masa raya tau :D

#Cabaran20Hari l Kuih Raya Pilihan Hati

Assalamualaikum & Hello.

Short update pagi ni sebelum gerak balik ke Pahang kejap lagi. Nak singgah Jalan Tar dulu tu yang awal pagi dah keluar. Hihih. Sempat lagi tu kan nak ke Jalan Tar dulu. Aku bila time raya dua jenis kuih raya yang paling aku minat. Dua dua gambar dari Google. Huhu.


Korang pulak minat kuih apa?

P/s : Doakan perjalan aku ke Pahang hari ni. Korang yang memandu tu pun hati hati :)

Seharian Berjalan !

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu lepas aku keluar dari pagi pergi Pasar Seni nak belikan tudung AJ yang mak cik dengan ibu aku kirim. Padahal jumaat petang tu dah pergi cawangan dekat NU Sentral tapi banyak pulak yang dah habis stok. Sebelum pukul sembilan lagi aku dah tercongok depan Pasar Seni ( 15 minit tunggu baru bukak ) Siapa suruh awal sangat kan. Haha. Lepas borong AJ memula aku decide malas nak pergi PWTC tapi dah alang alang dekat pergi lah jugak.
Seroiusly ramai gila orang. Tetiba masa tu aku rasa menyesal sangat pergi. Hahaha. Tapi dah sampai terjah jugak lah booth HijabsbyHanami. Tu je lah satu satunya booth yang aku pergi. Tak sanggup ku nak redah lautan manusia yang tersangatlah ramai tu.
Nah dah peri takkan lah nak tengok aje kan. Beli lah jugak sehelai instant shawl lepas tu dapat free lagi sehelai. Pheww. Rejeki bulan ramadhan. Hihi. Gamabr shawl nya raya pertama lah baru boleh tunjuk nanti kang tak suprise pulak. Ceh !
Balik je dari PWTC dah dekat pukul tiga lebih gitu terus mandi siap siap pergi Bangi Golf Resort pulak untuk berbuka. Dah nak habis Ramadhan baru nak gi BGR perabih kan voucher. Bak kata sis Dkna "berdua lebih baik gitu. " Hahaha, voucher ada dua je dah mana boleh ajak ramai ramai. Bukan apa hujung ramadhan baru nak pergi, bulan puasa ni hujung minggu je tak melekat dekat bilik, ada je tempat dia nak pergi. Kalau tak ke rumah saudara mara dia pergi berjalan. Hahah. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page