Koleksi Pakaian Sukan Kappa Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Anda peminat pakaian sukan? Haaa, kalau anda peminat pakaian sukan jom baca entri ni. Antara jenama pakaian sukan yang terkenal ialah Kappa Malaysia. Kappa Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1967 dan menghasilakn koleksi pakaian sukan yang melus seperti jersey, t-shirt bola sepak, t-shirt polo, singlet, seluar track dan lain lain. Jenama yang berasal dari Itali ini merupakan antara jenama sukan gergas yang dikenali di seluruh dunia dengan hasil koleksi pakaian yang amat berkualiti. Haaa, menarik kan?
Pakaian sukan Kappa juga telah berada di pasaran lebih daripada empat puluh tahun lamanya dan telah dipakai oleh atlet profesional. Selain itu, jenama ini juga turut menjadi penaja rasmi pelbagai sukan kebangsaan yang tersohor. Apa yang paling menari, kolekesi pakaian sukan Kaooa juga ditwarkan dengan garga yang lebih murah berbanding jenama sukan lain. Jom kita lihat koleksi pakaian Kappa ini.


Seperti yang ditwarkan sebentar tadi, Kappa menwarkan pelbagai koleksi baju sukan yang diperbuat daripada material yang berkualiti tingg bersesuaian untuk aktiviti sukan anda. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga direka dengan rekaan yang stylish untuk memastikan anda kekal bergaya dan mengikut citarasa anda.

Begitu juga dengan koleksi bottom seperti seluar pendek, tracksuit dan lain lain yang pastinya menjadikan aktiviti sukan anda berjalan lancar. Apa yang pasi, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga boleh anda miliki secara online di ZALORA MALAYSIA. Tunggu apa lagi? Bersukanlah dengan selesa dan kekal stylisgh bersama pakaian sukan Kappa Malaysa ! 



#Cabaran20Hari l Nostalgia Kad Raya

Assalamualaikum & Hello.

Kalau dulu masa kecik kecik suka sangat bagi kad raya dekat kawan kawan. Heheh. Lepas tu lekatkan duit syiling seposen lah dua posen lah dalam kad tu. Bagi pulak dekat kawan yang rapat rapat je. Ni masa sekolah rendah lah buat macam ni. Naik sekolah menengah budaya bagi kad raya tu dah hilang. Tak dek dah nak bagi kad raya macam dulu dulu. Tapi bila dah terjun dalam dunia blog ni, budaya bagi kad raya sesama blogger tu wujud balik. Seronok apa bila dapat tukar tukar kad ni. 

Ni kad raya yang Nani dapat daripada tuan tanah www.shedaucu.com Terima kasih sheda. Tersama pelak teman kad raya kita tahun ni, warna hijau. 

Ni pulak kad raya yang diterima dari kakak EFG, kak Anajingga

Ni pulak kad raya daripada Sally Samsaiman. Macehh Sally. 

Yang ni pulak kad dari Zaza Zehra :D
Ni antara kad yang Nani dah selamat terima. Ada lagi yang dah sampai, tapi sebab Nani letak alamat rumah Pahang so tak dapat lagi lah nak share dekat sini. Nanti dah balik Pahang baru lah boleh tengok kad kad yang lain tu dari siapa. 


#Cabaran20Hari l Menu Wajib Pagi Raya

Assalamualaikum & Hello.

Memang tiap tahun family nani pagi raya wajib ada lemang. Bukan lemang beli tapi lemang buat sendiri. Kalau dulu masa ada arwah aki (belah ibu) memang tak pernah lah tak buat tapi sejak arwah aki meninggal ni kekadang wan aku beli je. Tapi belah abah memang pak cik aku dengan abah buat tiap tahun. Kadang tu kitorang bawa lemang tu balik kampung ibu. Hihi. Kampung dekat dekat kan senang nak beraya. 
Gambar lemang tahun lepas. Dah tentulah masa bakar lemang ni aku tak dek dekat situ. Kalau tak, memang berair kah mata kena asap.
Aku yang tengah menaip ni pun tetiba terliur nak makan lemang. Hahaha. Taksabarnya lahai. Biasanya ibu akan buat rendang ayam dengan daging makan dengan lemang ni. Menu pagi raya yang lain biasanya memang berbah lah tiap tahun. Macam tahun lepas, kitorang buat soto dengan nasi ayam. Tahun sebelum tu bakar satay dengan nasi impit. Tahun ni tak tahu pulak aku apa menunya. Hihi. Balik pun tak lagi ke Pahang macam mana nak tahu kan. Korang apa menu wajib pagi raya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page