#Cabaran20Hari Erti Puasa Bagi Cik Manis

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke sepuluh Ramadhan. Mesti dah macam macam
rasa bila dah lama puasa ni kan? Nani rasa penat sikit puasa kali ni sebab cuaca agak panas & busy kejar pergi kelas (rasanya tak cerita lagi yang nani dah sambung belajar) . Balik je kelas petang, bila dapat katil pehhh rasa nak terlena. Hahaha. Ehh macam dah terlari jauh sangat dari tajuk ni kan. Hahaha :P

Apa erti puasa bagi Nani? Kalau kecik kecik dulu apa yang Nani faham puasa ni tak boleh makan dengan minum je. Hahaha. Noob gila kan masa bebudak dulu. Ingat lagi masa darjah satu kot (waktu mula mula nak belajar puasa) ibu cakap "esok puasa tak boleh makan dengan minum dari pagi sampai maghrib." Pagi tu semangat lah nak puasa sampai maghrib sekali pancit bila balik dari sekolah. Nani pergi dapur lah curi curi minum air. Hahaha :P Kenangan yang tak boleh dilupakan.
Nani start puasa penuh masa darjah tiga rasanyaa. Sebab masa tu abah cakap kalau puasa penuh, abah bagi duit raya banyak. Hahaha. Bebudak kan masa tu, pantang dengar duit kemain semangat nak puasa. Nampak sangat puasa sebab nak duit, Hahaha :P 

Bila dah besar sikit, baru lah tahu yang sebenarnya puasa ni bukan je menahan diri dari lapar dan dahaga tapi menahan diri jugak dari buat perkara yang tak elok and so on. Sebab bulan ni lah kita nak didik diri kita jadi lebih baik sebab syaitan tak dek kan. Kalau bulan puasa pun nak buat jahat, emm nampaknya selama ni nafsu lah banyak kawal kita bukan syaitan. Tak gitu? 


Tetiba Rindu !

Assalamualaikum & Hello.

Tetiba lepas berbuka tadi teringat dekat insan insan dalam gambar ni. Ihikss. Seronoknya kalau dapat kumpul macam ni selalu. Berborak sakan macam tak ingat orang lain, makan macam macam and so on. Rindunya nak buat semua tu. Bila nak kumpul macam ni lagi tak tahu T_T
Gambar candid jugak yang lawa. Hihihi. Masa ni semua orang tengah fokus dengar Poh bercerita. Hahah ;P May Allah bless you guys :D See ya Raya nanti. Taksabaaar nya nak jumpa semua. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum & Hello.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, ‪#‎Cabaran20Hari‬ untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 1-6 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7- 13

#Cabaran20Hari Puasa/ Raya 2015 Hari 14- 20


Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page