From Pahang With Love

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni sebelum balik KL, macam macam ibu masak nak bagi anak dia ni bawak balik. Ibu tanya nak makan apa? Nanti ibu masak sebelum balik. Laju laju cakap mengidam nak makan gulai patin tempoyak. Hihihi :P Aku naik bas dari Pahang dengan tiga beg bawa balik padahal masa balik Jumaat tu satu beg je. Nampak tak macam macam "kiriman"ibu tu.
Menu berbuka Ahad baru ni :D Terima kasih ibu :)

Untuk sahur pun ibu dah siap masakkan ikan masin goreng berlada untuk aku. Hikhikhik. Tak lupa juga sambal hitam pedas berapi. Ibu bukan apa, takut anak dia ni tak lalu makan je bulan puasa ni, tu macam macam yang dikirimnya. Hahahah :P

Terubat Rindu

Assalamualaikum & Hello.

Minggu lepas sempat jugak balik ke Pahang walapun mulanya tak bercadang pun nak balik. Tapi bila tengok semua orang sibuk nak balik berbuka dengan family, aku pun tetiba rasa nak balik jugak. Turun je dari bas, terus azan maghrib berkumandang. Air nak berbuka pun aku tak prepare sebelum naik bas tu. Hahaha. Dah, semuanya buat last minute memang lah kan :P Mujurlah abah ambik aku tak lama lepas tu. Sempatlah jugak merasa bukak puasa dengan the whole family.
Nikmat sangat rasanya bila dapat berbuka dengan family. Macam macam lauk ibu masak hari tu. Terubat rindu nak  makan masakan ibu, Cakap aje nak makan apa, semua ibu buat. Hihihi :P

Aku memang teringin sangat nak makan kuih lopes tu tapi tak bagitahu lah abah suruh belikan. Tetiba masuk rumah tengok ada kuih tu atas meja. Waaaa, kuatnya instinct abah sampai boleh tahu anak dia nak makan apa :D 

Lepas ni raya pulak baru balik Pahang. Cuti raya pun tak lama mana tahun ni, seminggu aje. 

Giveaway bersama Wayne Harraz

Assalamualaikum & Hello.


klik SINI untuk join. Jom support GA Abe We ni :D

pssst : Hari ni balik pahang. Yeayyyy !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page