Review Sayidah Napisah l Polis Typo

Assalamualaikum & Hello.

Review seterusnya adalah Sayidah Napisah atau lebih mesra disapa KC a.k.a kakcik. ' Polis typo ' memang sesuai sangat dengan kc ni. Kah ! Bila ada je orang typo dalam wassap mata dia laju je nampak. Bila giliran dia pulak yang typo ramai lah yang kenakan kc balik. Itulah meriahnyaa bila duduk dalam keluarga EFG ni :D

Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti. Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Kc yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  Hahahaha. Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga.
Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg. Rupanya model colgate sejak dari sekola. :D Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!
Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik.Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu.

Dalam blog kc ni macam macam benda dia cerita.Yang paling penting kalau terlepas nak tengok drama dekat tv tu boleh lah terjah blog kc ni. Memang laju je dia update episod drama dekat tv tu. Ihiksss. Nak tahu macam macam lagi pasal budak genius matematik ni boleh terjah blog dia.

Pssst kc akak dulu kini dan selamanyaa tak minat bab mengira ni. Kahkah ! 

Mood Sedih

Assalamualaikum & Hello.

Semalam kakak sana tanya kenapa Nani macam busy je lately ni. Alahh I tak ready lagi nak share dengan orang berita gembira ni. Kah ! Sikit lagi nanti, Nani share kenapa busy sangat sekarang. Eceh! Hari ni mood sedih sikit sebab kawan kita dah nak fly ke negeri bawah bayu. Malam tadi pun wassap sendu je rasa. Tak dapat nak hantar sampai ke airport. Doa yang mampu saya kirim untuk awak kakak. Have a save journey Dr. Humairah ! 
Dulu my habit suka sangat tido atas toto. Bukan apa kalau tido atas katil panas sebab tak kena kipas. Kah ! Benda tu yang paling dia ingat sekali. Sedih sangat bukan apa sebab sebelum dia fly ni tak sempat nak jumpa langsung. Even still dalam Mesia tapi tetap rasa sedih sebab Sabah tu jauh. Hari tu dia datang rumah, Nani ke Shah Alam. Then tak jumpa sampai sudah. Nak tunggu dia balik semenanjung, raya nanti agaknya. May Allah bless you kakak ! Terima kasih sebab selama ni selalu jadi penguat saya. Stay beautiful yeah. Kalau rindu mohon wassap saya selalu :D

Firstime Buat Lasagna

Assalamualaikum & Hello.

Ni cerita minggu lepas lepas rasanya, nampak tak betapa dah lamanya sampai diri sendiri pun dah lupa bila. Kah ! Maklumlah busy sangat sampai tak sempat nak buat entri pasal lasagna ni. Masa blogwalking pun dah tak banyak sekarang. So saaad jadi insan bernama inani hazwani ni. Ok dah lari topik. Hahaha. Alkisahnyaa aku beli instant lasagna ni awal bulan satu rasanya tapi baru dua tiga minggu lepas aku buat. Ye memang dah lama, aku tahu tu tapi selagi tak expired boleh je masak. 

So sebelum masak tu puas lah aku godek godek cari resipi dekat blog blog orang berpengalaman. Gitu. Bukan apa, kang kalau aku buat tetiba tak menjadi, dah tak memasal membazir masa, membazir peluh yang keluar & yang paling membazir, DUIT ! Mahal kot barang nak buat lasagna ni. Di zaman kegawatan ekonomi untuk orang yang macam aku ni, semua benda berkira T_T Kena cari teman hidup ni baru ekonomi stabil. Kah !

Lepas aku berhempas pulas dekat sejam buat lasagna akhirnyaaa menjadi jugak. Tapi gambar yang aku dah potong lasagna tu lupa nak ambik. Masa tu aku cuak sangat takut tak menjadi lasagna tu. Eheh ! Macam lah nak bagi mak mertua rasa sampai nak cuak bagai. Hahahah. Bukan apa, kalau benda yang pertama kali ni buat then menjadi baru lah rasa bersemangat untuk masak kali kedua, ketiga dan seterusnyaa. Cewah ! 

p/s : Mintak maaf untuk semua yang singgah blog Nani tapi Nani tak pegi blog awak balik. Busy sangat uruskan hal peribadi. Nanti saya free saya singgah blog awak semua. Ihiksss :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page