Nasi Air Pun Sedap !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni I is teringin nak makan bubur. Tekak sekarang bukan main lagi macam macam nak makan. Heh. Sebab tak dek orang nak layan kehendak aku ni, so nya gigih cari resipi nak buat bubur nasi.  Buat bubur pun nak kena google ke Nani? Haruslahh sebab tak pernah masak bubur. Makan je selalu. Baca sekali imbas je cara nak buat kat blog Che Mat lepas tu terus masuk dapur masak. Yakin sangat kenn nak buat sampai baca sekali lalu je. Hiksss :P 

Tak jadi bubur tapi jadi nasi air. Hahahha. 

sebab confident sangat tadi kann nak buat bubur sudahnya jadi nasi air. Sedap jugak aihh tambah pulak dengan sambal kicap. Pehhh makan tak toleh kiri kanan depan belakang dah. Bubur aku tak jadi sebab aku tak kacau masa masak atas dapur tu. Huhu. Siap ambik tudung periuk tutup lagi kauu. Memang lah tak jadi bubur tapi jadi nasi. Hahah. Tak pe lepas ni boleh cuba buat lagi. Cubaan pertama menjadi lah jugak kann :D Bakal mak mentua I siap suruh masakkan lagi nanti. Ehhhh :P



Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


Komen paling win setakat ni. Hahaha !









Laicikang & Pasembur Sedap !

Assalamualaikum & Hello.

Semalam nani ada buat entri pasal rombongan meminang tu kan. Masa nak pergi tu sempat lah singgah dekat Bera (salah satu daerah dalam Pahang) untuk sarapan. Sebab ada yang gerak awal pagi dari Kuantan so tak sempat nak breakfast. Kawan aku cakap Restoran Anjung Seri Bera yang kitorang pegi tu memang femes dengan pasembur dia. Alang alang dah sampai sana kan wajiblah cuba. 
pada aku pasembur dia sedap gila sebab kuat dia pekat & banyak. Aku pernah makan pasembur kuah dia macam nak tak nak je letak. Grrrr. Tapi abang Arz dengan Siti cakap pasembur pennag jugak yang sedap. sekali makan mesti tak nak balik. Pehhh ayat memang mengumpan nak suruh aku pegi Penang. mohon sponsor kan tiket flight pegi balik ke sana. Hahahah !

Laicikang semangkuk dua kupang !  Ehhh :P

Laicikang dia penuh dengan macam macam benda. Memang puas hati minum. Servis diorang pun ekspres so takyah nak tunggu lama lama. Kalau berkesempatan korang ke bandar Bera boleh lah singgah restoran ni rasa pasembur dengan laicikang powerr. Restoran ni memang kat tengah tengah bandar, senang nak cari. Aku pun ni kali kedua jejak ke sana & first time singgah restoran ni. 

p/s : minggu ni kawan kita fly ke negara orang. Tak dek lah dah orang nak jadi driver tak berbayar I bawak gi mana mana. Jaga diri awak elok elok kat sana *lap air mata*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page