Kena Bahan Dalam Group !

Assalamualaikum & Hello.

Hari ahad hari tu banyak sangat group whatssap yang aktif. memang gitu lah selalu nya kalau sabtu ahad mesej masuk macam air yang mengalir. Hahahha. over nau nau perumpamaan Nani bagi. Haipp orang bahasa kan haruslah puitis puitis itu ada yaa. aku nak hantar gambar kawan aku dekat group lain sekali terhantar dekat group exchange feed yang tengah rancak borak kosong. Pehhh. terasa kebas dan membahang muka. Hahahah. *eh kalau gambar kawan je kenapa nak membahang muka. maaf tak dek jawapan untuk soalan tu. Eceh !
Si Anis dengan Kak Cik orang pertama yang perasan. Ehh dua orang ni boleh tahan jugak mengusiknyaa. blushing blushing dah pipi aku sorang sorang dekat bilik. Hahaha ! 
 
habis seniors dalam group keluar bagi respon. hahaha. malunyaa lahai. abang FR siap buat parodi lagi gambar yang aku salah hantar. Pehhh. lain macam betul keluarga EFG ni. Hahahah. kalau nak short screen semua yang diorang cakap memang banyaklah. nak tahu meriah ke tak EFG ni jom lah join. Hiksss :P korang pernah tak tersalah hantar whatssap? 


Tingkap Kereta Kena Pecah !

Assalamualaikum & Hello.

Kisah ni berlaku dekat pak cik aku jumaat minggu lepas. Pak cik aku berhenti solat dekat satu masjid masa dalam perjalanan nak ambil sepupu aku dekat kolej. lepas solat jumaat dia tengok cermin kereta dia pecah. Allahuakbar. bukan setakat kereta pak cik aku je tapi ada lagi tiga empat biji kereta lain yang kena. Hamba Allah mana entah yang buat kerja terkutuk ni. Heh !

Dia pecahkan cermin tingkap sisi. aku tak tahu motif dia buat benda ni. nak kata dia nak merompak, pak cik aku tak tinggal pun barang berharga dalam kereta.
 disebabkan perbuatan orang tu dah tak memasal melayang duit pak cik aku nak baiki cermin tingkap kereta dia. 

Lepas ni semua kena berhati hati lah. Jangan tinggal barang barang berharga dalam kereta sebab memang mengudang orang nak mencuri. Pak cik aku yang tak tinggal barang berharga ni pun kereta kena pecah cermin tingkap. sampai sekarang aku tertanya tanya apa motif dia buat T_T


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page