
lepas aku baca feedback yang bagus bila guna ephyra skin bar ni aku pun nk lah jugak cuba kan. baru ni aku order lah satu sabun ephyra sebab nak try guna. kadang kadang ada jugak produk yang tak sesuai kulit aku, pernah hari tu aku guna satu produk tu kulit jadi kering bila pakai bedak nampak bertompok. T.T lepas pada tu terus tak consume dah produk tu.
surat chenta dari abang pos laju. Hahaha. masa tu aku pergi Kuantan padahal adik aku dekat rumah tapi dia malas nak keluar pegi ambil. Memang kuangasam punya adik. dah tak memasal isnin tu aku suruh abah pegi pejabat pos ambil sabun ni. Eheh !
sabun ephyra ni wangi bau dia. aku belah empat sabun ni sebab saiz dia besar lah jugak. masa aku beli tu tengah harga promosi dalam 36 ringgit & postage percuma. kalau tak silap aku harga sebenar 39 ringgit. memang best pakai sabun ni sebab boleh tengok perubahan muka kita. muka aku jenis ada jerawat pasir bila pakai ephyra skin bar ni cepat je hilang. ibu pun dah jatuh hati dengan sabun ni lepas tengok aku guna. siap nak beli yang satu set punya. Hahaha !
















