Congo Bars


alkisahnya hari dulu tu hafiz hafizol pergi tayang gambar congo bars dekat instagram dia. aku ni dah lah spesis kalau terliur tu tak boleh tidak mesti nak jugak. kalau tak dapat boleh makan hati berulam jantung siang malam. over gila okay. hahaha. sebab terliur punya pasal lah aku gigih wassap orang yang jual tu pukul 11. 45 malam. mujur lah dia nak layan customer yang order memalam buta ni kan. memang tak menyempat nak tunggu hari esok. aku bukan apa dia cuma buat postage congo bars tu hari ahad dengan selasa aje. kalau aku tak order malam isnin tu aku kena tunggu ahad minggu depan pulak. huwaaa. terseksa batin ku nak menunggu lagi seminggu oihh so gigih lah jugak aku dengan muka tak tahu malu pergi order malam tu. senang aje nak berurusan dengan owner dia ni.
ini lah rupa congo bars nya. aku dah lama nak makan sejak tengok si qilah tunjuk dekat blog dia.tapi sebab malas gila nak menapak ke kedai cari barang untuk buat aku pendamkan aje lah hasrat nak makan tu. aku cadang kalau dia tak nak terima tempahan aku tu aku nak cakap yang nenek aku dekat kampung mengidam nak makan. hahaah. nasib baik dia terima walau pun dah tengah malam. Eheh ! semalam adalah abang pos laju tu hantar. abang pos laju sesat oiii kali ni nak cari rumah aku. siap call tanya rumah aku yang mana. first time tau abang pos laju ni sesat selama ni tak sesat pun. kalau rasa nak buat boleh terjah blog qilah sebab dia ada tunjuk satu satu cara nak buat. tapi kalau rasa malas nak buat pergi aje lah beli online pastu bank in. macam yang aku beli ni rm 7 exclude postage. memula aku ingat tujuh hengget tu include postage tau. hahaha melampau gila nak murah kan. nak beli congo bars ni boleh terjah dapor_owow dekat instagram.






Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin


klik SINI untuk join 


Choco Rice Ohsemm

sekarang ni femes benau pasal choco rice ni. bersepah sepah dekat instagram pasal choco rice yang memang jelas jelas menjejaskan keliuran aku. Eheh ! semalam pun kak Suria Amanda ada post dekat blog dia pasal choco rice. aku ni spesis yang memang tak boleh tengok makanan pelik pelik sebab tekak aku mudah sangat nak rasa. sebab nak makan punya pasal tapi tak nak beli jadi aku buat sendiri aje. Ecehh. ajet ajet pandai sangat buatnya. untuk aku makan sorang boleh lah buat kalau nak jual tak laku rasanya. resipi ni aku tengok dekat instagram. memang kebetulan betul dia keluar waktu aku nak sangat makan. :P
kalau ikut resipi yang sebenar mula mula nasi tu kena letak dalam microwave untuk dua jam & suhu paling rendah.tapi aku ni jenis yang tak menyempat aku letak dalam microwave dalam 20 minit dengan suhu yang paling tinggi. nampak tak betapa songsangnya aku buat resipi tu. hahaha :P ohhh kalau tak dek microwave atau oven boleh je jemur nasi tu tengah panas. dah siap letak dalam microwave tu goreng dalam minyak yang betul betul panas. bukan acah acah panas kang tak jadi pulak.
 
memang aku lah manusia yang paling jakun bila tengok nasi ni jadi macam keropok. Eheh ! bila makan tu memang bunyi krup krap krup krap. kalau tak percaya cubalah buat sendiri ^__^
 
dah siap tu ambiklah coklat kedburi ke coklat masakan ke ikut lah coklat apa pun cairkan coklat tu. aku guna double boiler. kalau tak nak guna coklat boleh jugak guna nutella. tapi sebab nutella mahal aku guna coklat kedburi. murahlah sikit dari nutella tuu.
lepas tu letak lah nasi yang dah jadi keropok tu dengan coklat atas dia. tapi pada aku muak gila kalau makan banyak banyak plus sakit gigi sebab nak kunyah keropok nasi tu. muahahahah :P aku makan sikit aje selebihnya sape ntah hari tu habiskan. aku tengok dalam peti ais tinggal bekas kosong aje. tapi kalau malas jugak nak buat boleh lah beli dekat instagram. tak dek lah mahal sangat pun harganya. semua mampu beli lagi.tapi sebab aku tengah kumpul duit nak berholiday kenkonon seringgit pun berkira. Ecehhh. boleh tengok dekat Chokoreetoo atau pun dekat Wardahdelightofficial. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page