Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series

baru baru ni aku ada try guna satu produk untuk kulit muka. ai is jarang jarang guna collagen ni kali ketiga kalau tak silap aku guna collagen. ewahhh :D jom tengok apa kelebihan produk yang memang osemmm ni :D


memang best guna produk ni. rasa dia macam makan gula gula orange. sedap sangat.  produk ni mengandungi collagen, vitamin C, kurma , pamogranate & snow lotus jangan takut pulak nak guna produk ni sebab produk nurraysa ni telah mendapat kelulusan daripada Kemeterian Kesihatan :D nak muka flawless & glowing boleh laa guna produk ni :)


dalam satu kotak mengandungi 20 sachet. cara penggunaannya pun mudah sangat. hanya koyakkan sachet dan kemam lepas tu minum segelas air kosong. untuk kesan yang maksimum minum tiga liter air kosong sehari dan elakkan kafein. harga satu kotak produk ni RM 150 untuk 20 sachet :)

Antara kelebihan produk nurraysa beauty collagen ni ialah :
Menjadikan kulit lebih cerah gebu dan muda
Merawat masalah jerawat dan jeragat
Membuang toksin dalam badan
Mengurangkan kedutan dan garis halus di muka
Mencuci dan membina usus
Merawat penyakit kulit


 

Golongan yang boleh menggunakan produk ni pulak tak terhad kepada sesiapa. Ia boleh diambil oleh :
Lelaki dan perempuan
Ibu yang menyusukan anak
Ibu yang mengandung
Remaja
Golongan Verteran

mereka beroperasi di Kuantan Pahang ^__^

sejak aku guna produk Nuraysa Beauty Collagen ni aku rasa kulit muka makin ok. muka berminyak pun dah kurang dari dulu. menarik kan produk ni. nak cubaaa? korang boleh klik SINI untuk maklumat yang lebih lanjut tentang produk Nurraysa Beaty Collagen ni :)




2014 Tahun Pandai Memasak. Wohaaaa.

sekejap aje masa berlalu sedar sedar esok dah nak bertukar tahun pun. okay ayat cliche. bhahahah :P banyak pahit manis yang saya awak dan kita semua dah lalui. tapi aku rasa tahun ni banyak manis dari pahitnya. alhamdulillah :) bukanlah sepanjang masa aku rasa bahagia ada lah jugak rasa down sedih tu semuaa. tahun ni tahun paling seronok sebab ai is dah pandai memasak macam macam. suka sangat tau bila dah pro sikit banyak nak memasak. hahahah :P 

dulu dulu aku macam ni hah. memasak pun jauh jauh dari kuali. nak tumis bawang pun campak je dari jauh sebab takut minyak tu percik habess kena kulit aku. kahkahkah. memang sengal betul bila aku ingat balik :P itu baru nak tumis bawang bayangkan kalau nak goreng ikan macam mana. paling aku tak boleh lupa bila wan aku membebel dekat aku dengan sepupu aku. "belajar belajar lah memasak esok mak mentua nak makan nasi gulai ke mana sambal ke mana." ambik kau bila wan dah bersuara mula lah terkulat kulat dekat situ. bhahahaha :P aku pun jawab dekat wan "alahh lambat lagi nak jadi isteri orang wan." jawapan paling selamat aku bagi. hikssss :D 

belajar sikit sikit memasak lama lama jadilah pandai. ewahhhh :P aku banyak tengok  #DapurBujang dekat youtube tu sebenarnya. dia memasak senang je aku nengok. dari situ lah aku mula rasa nak try macam macam reseipi. dekat tv pun kalau ada rancangan travel dengan memasak yang tu aku tengok dulu. wohaaa. tapi rancangan memasak banyak waktu pagi. mana ada nak masa nak tengok. sobsss :( tapi ikut mood jugak nak masak. kalau mood ke laut tu jangan cakap masak jejak dapur pun tak nak. muahahahah :P

pstttt semalam aku tengok blog Nadia dengan Cik Puan Eka dua dua post entri pasal coconut shake klebang. ayoyoyo tergugat napsu aku tengoknya.tak pe lahh coconut shake pasar malam pun boleh. hahah. awakk awakk jom kita pergi melaka. ehhh ewahhh :P 






Dahh Jadi Tabiat Aku

habit aku yang satu ni memang aku tak boleh nak tinggalkan dari dulu sampai sekarang. tapi habit aku ni bukanlah dahsyat sangat okay. aku punya tabiat kalau sebelum tidur mesti kena belek novel sehelai dua. wohaaa. kemahen kan ulat buku kenkononnya :P ekceli tak kisah pun buku ke majalah ke asalkan ada benda nak membaca sebelum tido. biasanya memang aku akan belek novel lerr lepas tu berangan.hahaha. gamaknya dulu dulu ibu suka baca buku pwincess kot untuk aku sebelum tido sebab tu aku minat sangat membaca sebelum dibuai mimpi indah. ewahhhh :P

sekarang misi menghabiskan novel yang ni. baca satu bab sebelum tido pun jadilahh :p 

pesta buku dekat pwtc baru ni ai is banyak memborong buku. berduyun lagi dalam almari tak baca. tahun depan baru habes gamaknya aku baca semua yang aku beli hari tu. ewahhhh.macam lama je lagi kan padahal esok lusa dah bertukar tahun pun. bukan aku tak nak baca tapi masa sokmo jeles dengan aku. sobssss :( aku ni pulak jenis yang kalau novel tu best mula lah nak baca lagi dan lagi. haaaaa gituu. lepas tu esok bangun pagi mata lebam sebijik. hahahhaha :P 

kalau novel tu dah sweet sawit sangat takkan aku tak nak baca pulak. masa tu lahh keluar segala ghase nak kawen dengan anak raja lah orang kayalah apa semuaaa. hahaahaha. bab berangan no satu aku. ke bulan ke bintang kalau boleh semua nak. aidioshhhh :P korang minat buat apa sebelum tido?? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page