Giveaway untuk Bloggers


klik SINI untuk join ^__^
hadiah memang menarik. rugi kalau tak join. mana tahu ada rezeki menang  ^__^




Bergaya dengan Tudung Labuh Berfesyen

Tudung merupakan salah satu aset yang sangat penting bagi seorang muslimah. Kalau dulu aku selalu pakai tudung bawal atau pun tudung sarung je bila nak ke bandar. Tapi since aku masuk SMKA dulu sikit sikit aku ubah penampilan aku. Tudung yang pendek tu aku mula labuhkan. Alhamdulillah aku kekalkan sampai sekarang. Siapa kata pakai tudung labuh tak boleh nak berfesyen? Boleh je sebenarnya. Sekarang ni pun banyak yang jual wide shawl, tudung sarung labuh kannn.

ni gambar masa raya hari tu. aku pakai wide shawl warna grey. memang selesa dan cantik :)

Sejuk mata memandang wanita yang bertudung labuh bukan? Jika dahulu, masyarakat mempunyai persepsi bahawa ‘wanita yang bertudung labuh semuanya ustazah’. Rasanya, kini tibalah masanya untuk kita menukar persepsi tersebut. Bertudung labuh merupakan alternative bagi para wanita untuk tampil lebih sopan dan menutupi keseluruhan bahagian tubuh. Dengan revolusi fesyen yang semakin berkembang, kini terdapat beberapa cara untuk memakai tudung labuh tetapi masih kelihatan fashionable.





Being fashionable tidak bermaksud kita harus membuka aurat. Dan tidak salah untuk berfesyen jika kita tahu batas-batas yang telah ditetapkan. Tengok gambar-gambar selebriti seperti berikut, masih tampak begitu cantik dan menyerlah walaupun dengan berpakaian Muslimah dan bertudung labuh. 





Apa kata kitacuba variasikan gaya lilitan tudung. Jika kita merupakan penggemar shawl, gunakan wide shawl untuk memastikan lilitan tersebut cukup labuh untuk menutupi bahagian dada.




Kita juga boleh memakai tudung bawal atau pashmina yang berbidang lebar. Selain itu, jika kita lebih selesa dengan pemakaian tudung syria, pastikan kita memakai inner terlebih dahulu di bahagian dalam. Pastikan inner tersebut cukup labuh sehingga melepasi bahagian dada. Kemudian sarungkan pula hoodie atau tudung fullmoon di bahagian luar. Apa pun jenis tudung pilihan kita, pastikan kita selesa memakainya!










Nostalgia Dulu Dulu

semalam aku bukak album lama masa aku kecik kecik dulu. tak banyak pun sebenarnya. adalah dalam dua tiga album je. yang lain tu semua dah kena makan dek anai anai.  senyum sorang sorang aku tengok. pftttttttt. muka baby face gituuuu. sekarang dah macam hmm hmm mummy face. bahahhaha :P belum masanya aku nak jadi mak budak.isteri orang pun idok lagi oihhhh. tunggu lah tahun depan ke. ehhhhh  :P


mesti lah aku yang bermata bulat tu kannn takkan pakai topi pulak dahhh :) 
gambar ni kalau tak silap masa aku dua tiga tahun macam tuu  kot. aku pun tak sure sangat umur aku berapa masa ni. nak tanya ibu tapi selalu lupaaa. hahahah :P


aku paling suka tengok gambar ni. hahahha :P boleh tak nak macam dalam gambar ni sokmo. gembira sepanjang masa tak payah fikir banyak masalah apa semuaaa & yang paling penting tak dak orang tanya bila nak kawen? bila nak tunang? amboi kemahennnn lagi kan. hahhahaha :P 
dah tak banyak gambar masa kecik kecik dulu. mana yang ada ni semua aku ambik simpan dalam album baru. nanti dah tua bangka boleh tengok balik. hahahhaha. nostalgia sangat gambor gambor ni sebenarnya. gambar je lah dapat tengok kan kalau nak ingat guna kepala otak sendiri macam mana aku waktu kecik dulu memang harem lahh. mana den ingat oihhh. hahahha :P bila orang cerita pasal aku masal kecik kecik dulu aku mesti akan cakap " eh yeke nani macam tu dulu? macam tipu je." hahahhaha. nampak tak dekat situ permainan aku. menafikan benda yang orang cakap. pfttttttt :P 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page