Jalan Jalan Malam Bola

malam tadi lepas solat maghrib terus aku keluar. memang awal awal dah surrender tak nak tengok bola #HarimauMalaya.. nak cari pencuci muka + jalan jalan cari makan kekononnya. lenggang je aku jalan jalan.. ni mesti kes ramai yang serang stadium tengok bola. bertabahlah awak semua sebab kita tak menang. 


beli dua benda ni hah je. Hahahaha :P habis jugak lah dekat dua puloh hengget. sobsssss :(
lepas aku nak siap bayar tu tetiba aku nampak ada orang dok senyum senyum dekat aku dari jauh.aku ni dah lah rabun spek mata pulak tak bawak. jauh sekali nak pakai contact lens.erghhh =,= rupanyaa kawan sekolah dulu. Hahahaha.


sempat lagi selpie selpot dekat tengah tengah orang ramai tu.ada auntie pandang kitorang semacam. Hahahah. kenapa auntie???? lepas ni nak jadi orang Perak dah dia ikut abang. wehuuu. semoga berbahagia lah kamu Sarah (kanan) menjadi warga Perak :D

lepas tuu aku ingat nak pergi serbu KFC sebab tekak aku ni dah banyak hari gedik gedik nak makan KFC macam yang aku cerita dekat SINI. . fuhhhhhh. panjang pulak beraturnya. dah kenapa KFC ramai orang ni?? hehh. saje tau tak nak kasi aku pergi makan dekat situ. aku tak kesah sangat ak beratur tapi aku tengok ada orang buat event dalam tu. sah sah lah bisingkan. so tak dak privacy. malas masuk. wehuuu :P


so inilah makan malan kitaaa semalam. Hahahahah :P eskrem magnum pun bolehhh ^__^



sekarang magnum yang atas ni tengah femes tapiii aku nan hado duit nak makan yang macam atas ni hah. Hahahah :P takpee lain kali baru boleh makan yang macam ni. KFC tak dapat makan lagi jangan nak tambah list baru pulak Nani oiiii :P


selamat berhujung minggu. ^___^







Alahaii Cek Mek Molek

baru ni aku aku try buat kuih cek mek molek. Hahahaha. rasa macam mimpi pulak buat kuih tu. selama ni tahu makan je. sebenarnya perut lapar masa tu. musim hujan ni kan, aku dan dapur tak dapat dipisahkan. memang lapar aje kerjanya. buat kerja sikit makan. erghhhhh. Hahahaha :p mohon JANGAN gelakkan cek mek molek aku ni. Hahahahah :P


ampunkannlah kuih cek mek molek aku yang tak berapa nak molek bentuknya ni. aku ni bukan nya berseni sangat. bhahahahah :P

memula aku buat yang bentuk bujur tu. lepas tu aku rasa macam leceh dan lambat so aku buat bentuk bulat bulat. ambik kau dah rupa cekodok pisang aku tengok. Hahahah. mahu kena gelak kalau nenek aku tengok ni. tujuh hari tujuh malam nanti dia bercerita pasal aku buat cek mek molek macam cekodok..

biasa orang buat pakai ubi kayu  keledek kann? tapi versi aku ni guna ubi kentang. wohaaaaa. hujan hujan ni perasaan malas aku memang berganda. tak kuasa aku nak keluar semata mata nak cari ubi kayu. udah ler hujan pastu karang nak cari parking macam hape. heh. buang masa dalam kereta aje nanti. jadi guna lah ubi kentang. sedap jugak rasanyaa oi. *puji kuih sendiri. Hahahahha :P








Oiiiii KFC Oiiiii

tengah tengah duit berkepuk   ni lah KFC keluarkan macam macam makanan baru dia. adioshhhh.. stresss mak tengok tau. bhahahahha :P selama ni tengok iklan je so tak dek ah terliur sangat. tapi semalam kawan aku letak dekat instagram siap gedik gedik seru nama aku akhirnya aku kecundang. cehhh. poyo Nani ni. terliur habesss oihhh..


awak belanjaa saya yang atas ni pun jadilahh. hahahaha :P 
saya punya napsu nak makan tahap keronik doh ni.amboi kemahen lagi kan.hihihihi =,=


KFC sengaja keluarkan dekat timeline facebook aku gambor ni. erghhh mentang mentang duit tak berapa nak ada sekarang. nampak gayanya kena jugak melabur dekat KFC malam ni. lalalalala. ada dak yang dah makan KFC baru ni? sedap ke idok hah? please cakap tak sedap jimat duit aku malam ni tak payah pergi KFC. bhahahha :P kawan aku beria cakap sedap lah rugi lah aku tak pergi. heh. bab nak menjeleskan aku nombor satu.. mohon lah kau baca entri ni mak cik oii. Hahahaha :P

lepas ni kalau ada iklan KFC ke Domino's ke dan adik adik makanan segera dekat tv aku nak alih. tak nak dah tengok. bhahahha :p bajet remote tv dua puluh empat jam dekat tangan. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page