17 Disember 2013

aku ingat lagi 17 disember tahun lepas aku balik rumah nenek aku dekat pahang. punyalah eksaited sangat nak balikkan sebab masa tu musim hujan. bila musim hujan rumah nenek aku memang sejuk gila tahap nak nak kena pakai stokin tido. bhahahaha..ngam ngam aku sampai rumah wan baru aku perasan yang aku tak bawak henpon. ohmaigaddd. henpon aku tertinggal dekat rumah. series aku nak meraung masa tu. sepupu aku nak sedapkan hati  aku dia cakap " tak pe lah lusa kau nak balik dah kan." okaylahhh. tiga di hari dekat kampung tanpa henpon boleh je hidup. hihihi :)

petang tu pulak pakcik aku balik dia cakap dekat jalan utama nak masuk kampung wan aku tu air dah melimpah atas jalan. kalau hujan tak berhenti memang banjirlah esok. aku yang tengah makan cekodok pisang masa tu rasa nak tercekik dengar. hahhaha. aku dah agak memang tak lepas nak balik kalau dah banjir. esoknya tu memang betul pun jalan tu dah tak boleh lalu sebab banjir. huwaaaaa. seminggu aku duduk rumah wan aku tanpa henpon. duduk saje saje padahal kerja aku belambak nak kena buat. sabar je lahh aku masa tu. mujur rumah wan ada astro.astrolah peneman hati aku yang gundah gulana masa aku dok teringat ke henpon aku.. bhahahha :P


sumber : abam google

kawasan banjir tu ada dua tempat sebenarnya. satu dekat jalan utama satu lagi depan sikit dari jalan utama.pak cik aku kata kalau nak balik boleh tapi kena naik perahu bayar RM 2. lepas naik perahu naik pulak motor bayar RM 1. lepas tu naik balik perahu bayar RM 2 semula. aku awal awal dah surrender tak nak. nak naik motor dengan entah sape sape.. perahu tu pulak bukannya yang macam dekat atas ni. hahahh. jangan tertipu pulak. :P kalau naik bot macam dekat The Mines nak lah aku. hahahha :P

masa hari ketujuh aku dekat rumah wan bila pak cik aku kata air dah surut aku terus masuk bilik kemas kemas barang. hahahha. memang jelas terserlah keinginan aku nak balik. sampai makan nasi tiga empat suap je. iyalah even air tu dah surut hujan tu tak berhenti lagi. buatnya air tu naik semula tak ke naya aku?? kerja yang dah bertangguh seminggu tak adonyaaa orang nak nolong. sampai je rumah henpon yang aku cari dulu. belambak missed call dengan mesej. hahahha. semua orang rindu akuu sebab seminggu hilang tanpa berita. sejak tu aku dah serik nak balik kampung bila musim hujan. sebab tu awal awal hari tu aku dah balik. ngeeee :) ni lah pengalaman pertama aku terkandas banjir. huhuhu.. korang pernah jadi mangsa banjir???















[Giveaway] Hello from Canada

jom sama sama join Giveway ni sementara masa masih ada ^__^
klik SINI untuk join 


Apakah URL blog Dooodles of Life?
herlifemanual007.blogspot.com






Rezeki Berjiran


alhamdulillah semalam jiran sebelah ni bagi puding. ya allah sedapnya puding kakak sebelah ni buat. tetiba rasa nak pergi ketuk pintu dia nak tanya resipi. bhahahha :P kakak sebelah ni kerja dekat hotel sebenarnya. dekat situ lah kot dia belajar buat puding ni semuaa :)


#RezekiBerjiran


kalau aku yang buat gamaknya tak jadi puding macam  yang atas. agar agar sirap je yang aku reti setakat ni. hahahha. dashat betul kann. hari tu try buat puding roti. keras oihh. nanti ada masa aku cerita pasal puding roti yang tak menjadi tu. =,=  kau bayangkan aku buat puding roti tapi nya roti tu sebijik sedebuk dalam pinggan aku. dia tak tenggelam pun :(








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page