Untungnya Kalau Dapat

pernah tengok rak buku yang unik macam ni???? hehehe. cik manis jumpa dekat facebook tadi.. untung betul kalau ada rak buku macam ni dekat rumah aku. sebijik pun jadilah kannn :)


sambil baring baring boleh baca buku.. wuuuuu. seronok kot :P



rak yang ni macam ni pun boleh tahan jugak lawaaa :D

sekarang ni mood membeli buku dengan novel bukan main lagi tinggi. tapi nak membacanya etah bila. adoii lahh. tak lama lagi ada pesta buku dekat PWTC. macam nak pergi je.. lalalalalala :D





Wordless



jom buat dhuha ^__^ in sha allah pintu rezeki terbuka luas untuk kita :)




Review : Arabian Bay Suites Gambang Resort


baru hari ni aku nak update tentang family day yang aku pergi hari tu :) actually ni kali ketiga aku sampai sana. tapi sebelum sebelum ni tak bermalam pun dekat situ. memang lawa lah resort dekat sini. kalau nak bercuti ke nak release tension ke boleh laa datang sini. 

#ENTRI ini penuh dengan gambar :) harap mak long. 


dekat sini ada dua resort. yang aku duduk Arabian Bay Suite. satu lagi kalau tak silap aku Carribean Bay Suite. yang Arabian ni baru sikit daripada yang Carribean tu :)


dah siap landing landing baru teringat nak ambik gambar. Ahaaa :P
bilik aku menghadap ke jalan utama so tak berapa best sangat. kalau dapat bilik yang mengadap ke kolam renang tu baru awesomeee :D


dekat situ ada jugak aktiviti luar. sesiapa yang berminat nak naik kuda, main flying fox boleh la datang sini. naik kuda RM 10 seorang ( dua kali pusing ). syratnya berat paling MAKSIMUM 85 kilogram. cuma yang aku tak berapa suka tempat nak beli tiket untuk naik kuda ni jauh sikit dari tempat nak naik kuda. kena jalan kaki pulak tu. maka aku pun tak naiklah kuda ni T__T




suasana dalam Grand Ballroom Arabian Resort. aku suka dekorasi dia . Cantik. Ada sorang staff ni cakap dekat aku "nanti kahwin buatlah dekat sini, barulah grand sikit." Eh memang nak pun aku buat dekat situ, siapa yang nak datang. jauh oiiii . 


makanan dekat situ ada yang boleh diterima oleh tekak tapi aku ada jugak yang aku tak boleh terima. ehhhh jujur gila aku ni. HAHAH.. haruslahh. jujur itu perlu. 


aku paling suka dessert dia yang ni. sebab dia masam masam manis gituu.  :D



ni tiket nak masuk Waterpark dekat situ. sebab tidur dekat resort diorang so dapatlah top up RM 12  untuk beli apa apa dekat dalam tu. Nasi Kukus RM 10 sebungkus. Air tin satu RM 3.40  burger dalam RM 4.80 sebijik . Peh. So, kalau datang sini bawak pulak family topup lah dalam RM 50 ke atas. 


ni antara tempat mandi dekat itu. sebiji pelampung untuk disewa RM 20. sebab tu aku cakap tadi kena top up RM 50 ke atas. 



dekat dalam ni jugak ada disediakan tempat untuk main bola tampar. dapatlah feeling feeling tepi pantai gitu. gazebo yang dekat tepi tu kalau nak duduk kena tambah RM 50 untuk sebijik gazebo. :D


Erkkk. tuan tanah memikirkan masa depan. hahahah :P


inilah pintu gerbang utama resort ni. ambik gambar dari bilik aku :D

cuma aku nasihatkan kalau nak pergi sini musim musim cuti sekolah, bila turun nak sarapan jangan pergi waktu puncak. maksud aku turun awal ke kafe diorang. kalau tak nanti kena beratur panjang dekat luar macam aku kena. hahaha :P sebab bila ruang kafe dah penuh dia akan tunggu ada meja kosong dulu baru dia bagi masuk. memang stress jugak  lah menunggu. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page