Tahniah Juniors !

Asaalamualaikum & Hello.

minggu lepas aku sempat turun padang tengok adik adik bertanding dalam Pesta Pantun. bila tengok diorang bertanding tetiba rasa nak masuk balik. Hahaha. rindunyaa nak berpantun semula. masa sekolah aku tersangatlah aktifnya dengan pegang jawatan ketua pelajar lepas tu join pantun lagi. aku masuk pantun sejak form II. masa tu noob gila kot pasal pantun ni sebab bahasa dia pehh puitis jugaklah. Hahaha. masa form 4 wakil sekolah ke peringkat daerah dapat naib johan. masa aku form 5 pulun habis habis daerah dapat johan & peringkat negeri dapat naib johan. Wahaaa ^^
pernah melalui zaman macam ni. betapa berpantun di hadapan ramai orang tu mengajar erti keberanian.* walaupun dulu masa berpantun, pegang kertas tangan terketar ketar * Hahahah !
Tahniah juniors ! Selamat ke negeri ! 

Puteri selasih mengidam madu
Sayunya wajah tak mampu diurai
Teringat kekasih bertambah rindu
Kenangan menerjah hati terbuai 

Hahaha! Awak nanti kawen mohon baca pantun dulu kalau tak reti saya reject. Kah ! 

Wordless Wednesday : Terapi Stress

Assalamualaikum & Hello.

makan coklat sambil buat kerja memang umphhh. Hahaha. terliur jugak? jom laju laju buka instagram order dengan Cushy Candy  tak pun beli direct dekat Tesco IOI City Mall pun ada ^^

Kena Bahan Dalam Group !

Assalamualaikum & Hello.

Hari ahad hari tu banyak sangat group whatssap yang aktif. memang gitu lah selalu nya kalau sabtu ahad mesej masuk macam air yang mengalir. Hahahha. over nau nau perumpamaan Nani bagi. Haipp orang bahasa kan haruslah puitis puitis itu ada yaa. aku nak hantar gambar kawan aku dekat group lain sekali terhantar dekat group exchange feed yang tengah rancak borak kosong. Pehhh. terasa kebas dan membahang muka. Hahahah. *eh kalau gambar kawan je kenapa nak membahang muka. maaf tak dek jawapan untuk soalan tu. Eceh !
Si Anis dengan Kak Cik orang pertama yang perasan. Ehh dua orang ni boleh tahan jugak mengusiknyaa. blushing blushing dah pipi aku sorang sorang dekat bilik. Hahaha ! 
 
habis seniors dalam group keluar bagi respon. hahaha. malunyaa lahai. abang FR siap buat parodi lagi gambar yang aku salah hantar. Pehhh. lain macam betul keluarga EFG ni. Hahahah. kalau nak short screen semua yang diorang cakap memang banyaklah. nak tahu meriah ke tak EFG ni jom lah join. Hiksss :P korang pernah tak tersalah hantar whatssap? 


Tingkap Kereta Kena Pecah !

Assalamualaikum & Hello.

Kisah ni berlaku dekat pak cik aku jumaat minggu lepas. Pak cik aku berhenti solat dekat satu masjid masa dalam perjalanan nak ambil sepupu aku dekat kolej. lepas solat jumaat dia tengok cermin kereta dia pecah. Allahuakbar. bukan setakat kereta pak cik aku je tapi ada lagi tiga empat biji kereta lain yang kena. Hamba Allah mana entah yang buat kerja terkutuk ni. Heh !

Dia pecahkan cermin tingkap sisi. aku tak tahu motif dia buat benda ni. nak kata dia nak merompak, pak cik aku tak tinggal pun barang berharga dalam kereta.
 disebabkan perbuatan orang tu dah tak memasal melayang duit pak cik aku nak baiki cermin tingkap kereta dia. 

Lepas ni semua kena berhati hati lah. Jangan tinggal barang barang berharga dalam kereta sebab memang mengudang orang nak mencuri. Pak cik aku yang tak tinggal barang berharga ni pun kereta kena pecah cermin tingkap. sampai sekarang aku tertanya tanya apa motif dia buat T_T


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

Terima Kasih !

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah murah betul rezeki bulan lepas. Terima kasih bloggers yang kirimkan hadiah buat saya. Jom terjah blog mereka yang ohsem sangat ni ^^

ni ole ole dari thailand kiriman kak Suria Amanda 

medal tu pemberian dari Zumal & tasbih digital tu dari Kak Suhailah Hamid







Asam Pedas

Assalamualaikum & Hello.

dua tiga hari lepas aku baca entri kakak cantik, sis Julia Johari up entri pasal asam pedas dekat melaka. pehhhh air liur aku sikit lagi nak terkeluar. Hahaha. terliur betul tengok tapi jauh sangat nak pegi kan. tak berbaloi nak ke melaka cari asam pedas semata mata. aku bukanlah mak buyung yang mengandung sampai mengidam tahap dewa. semalam pulak Nadia buat entri asam rebus bendi. sekali lagi aku punya keliuran terjejas. so malam tadi berkampung lah aku dekat dapur masak asam pedas ikan pari campur bendi. ikan merah pun sedap buat asam pedas tapi tak dek pulak. 
taraaaaa ! mujur menjadi asam pedas aku malam tadi. Wahaaa ! sekali makan rasa tak nak bangun bangun dah dari kerusi. Ecehh ! sekali sekala buat dapur berasap menjadi lahh asam pedasnyaa.
cukup 100 orang minta nak makan asam pedas boleh buat perniagaan online ni. Hahahah. banyak sangat masa nya tuu kan sampai nak buat bis online. nak makan nasi tengah hari pun kadang kadang berkejar. Eheh ! 





DEEN Burger Bakar !

Assalamualaikum & Hello

petang selasa kelmarin sekali lagi terbang ke Kuantan untuk selesaikan urusan di Tanjung Lumpur. dengan internetnya nan hado memang nak menangis rasa. mujur pagi rabu dah gerak balik semula. sebab dah penat campur pulak malas petang semalam aku pegi melantak dekat DEEN Burger Bakar.
 
mula mula aku dah order air limau ais tetiba aku nampak ABC terus minta tukar dengan adik tu, Heh. tetiba aku rasa macam nak mengiyakan entri yang aku post dekat SINI dulu. Hahahah ! 
ni antara burger yang ada so boleh lah pilih mana yang berkenan dengan tekak korang. Wahaa !
Cheese Burger single jadi pilihan aku petang semalam. untuk yang single RM 7.50 sebiji ni.memang superb sedap dan kenyang sampai ke pagi esok. Ewah. kalau makan burger yang bertingkek tingkek tu kenyang sampai ke lusa agaknya. Hahaha ! cawangan diorang banyak dekat seluruh malaysia ni, boleh lah terjah mana mana yang berdekatan. 




Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


Celebrate Birthday Dia

Assalamualaikum & Hello. 

minggu lepas I is ikut kawan kawan pegi sekolah rendah. Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan 'kanak kanak' tu kan. Hahahah. ada cikgu cekgi yang dah tak kenal kitorang sebab muka dah lain. Erk. aku rasa muka aku yang paling tak berubah. Ehek ! Habis satu sekolah kitorang tawaf mengimbau balik memori memori nan lalu. Gitu. yang paling tak tahan cikgu menuntut makanan yang aku masak. Haru sungguh ! ayaq tangan saya tak sedap mana pun cikgu sebab tu tak sampai hati nak bagi rasa. cikgu cakap tak lama lagi dapatlah kad kawen dari awak awak pulak. Erkkkkk 

dah siap jalan jalan buat jejak kasih tu perut pun berdondang sayang kitorang lunch dekat marrybrown. sambil tu nak celebrate birthday mak cik tudung biru. tua dah awak kakak. Hahahah !

belanjaa satu gambar iklan gigi. Hahahha. kemain tinggi angkat monopod sampai orang sebelah tak sempat nak senyum. tu pasal muka kena tutup. Haahaha. 

p/s : ada tak sesiapa yang berminat nak jadi sponsor ( cash sahaja ) GA saya. kalau berminat boleh pm di facebook @ email nurinani59@gmail.com



Ephyra Skin Bar

lepas aku baca feedback yang bagus bila guna ephyra skin bar ni aku pun nk lah jugak cuba kan. baru ni aku order lah satu sabun ephyra sebab nak try guna. kadang kadang ada jugak produk yang tak sesuai kulit aku, pernah hari tu aku guna satu produk tu kulit jadi kering bila pakai bedak nampak bertompok. T.T lepas pada tu terus tak consume dah produk tu. 
surat chenta dari abang pos laju. Hahaha. masa tu aku pergi Kuantan  padahal adik aku dekat rumah tapi dia malas nak keluar pegi ambil. Memang kuangasam punya adik. dah tak memasal isnin tu aku suruh abah pegi pejabat pos ambil sabun ni. Eheh !
 
sabun ephyra ni wangi bau dia. aku belah empat sabun ni sebab saiz dia besar lah jugak. masa aku beli tu tengah harga promosi dalam 36 ringgit & postage percuma. kalau tak silap aku harga sebenar 39 ringgit. memang best pakai sabun ni sebab boleh tengok perubahan muka kita. muka aku jenis ada jerawat pasir bila pakai ephyra skin bar ni cepat je hilang. ibu pun dah jatuh hati dengan sabun ni lepas tengok aku guna. siap nak beli yang satu set punya. Hahaha !



Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah


Klik banner untuk join

Berat baby amal adalah 3.25 kg

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Jalan Jalan Kuantan

ni cerita minggu lepas lepas lagi tapi baru hari ni nak up entri. Hahaha. tajuk je jalan jalan kuantan tapi jangan berangan nak baca pasal aku berlari lari riang di tepi gigi gigi pantai sambil ditiup semilir sepoi sepoi bahasa sebab memang nan hado.masa aku tersangatlah padat. kalau nak baca pasal jalan jalan pantai semua kena tengok kat blog Nadia.Wahaa ! aku pegi Kuantan sebab ada urusan di Tanjung Lumpur so sambil menyelam kita minum air. Gitu. 
lepas selesai semua urusan terus gerak cari gerai gerai tepi jalan nak beli keropok. Hahaha. masa aku ambik gambar ni ada lah dua tiga orang budak muda dok perli aku. Heh ! dekat sini memang tempat buat keropok lekor. boleh tengok cara diorang proses masak apa semua lah. 
sebab jarang jarang jumpa satar kan haruslahh borong banyak sikit. dekat tanjung lumpur tu bersepah gerai gerai jual keropok, satar ni semuaa. sebab nak balik cepat kitorang pun beli semua dekat situ.
 
sedapnyaa lahai. tetiba rasa nak makan lagi satar.Hahahah !
 
otak otak dekat gerai yang aku beli tu tiga baru seringgit. murahnyaaa. confirm akan datang lagi gerai mak cik tu. Ewahh !





Pernah Tak?


aku pernah buat macam ni. bukan pernah sebenarnya tapi selalu. Hahahaha :P

Wordless Wednesday : Cinta Hati

anak buah I kembar ^^

Comotnyaa Dulu

semalam aku tengok balik album lama lama dekat fb kawan aku. Homaii rasa nak gelak guling guling tengok muka sendiri. boleh pulak keluar dalam kepala "eh aku ke ni dulu". Hahaha ! dulu muka pun macam hape je. masa pegi sekolah tak fikir pun tudung serabai ke bedak tak letak dekat muka pun langsung tak kisah.sekarang kalau tak letak bedak pun cool je tapi kalau tudung serabai tu rasanyaa fikir tiga pat kali nak keluar. Eheh. faktor usiaa gittew ~ 
 
kantoii bawak henpon pegi sekolah. ehhh. nostalgia betul telefon tutup bukak tu.ya ampunn berminyaknyaa muka aku dulu. Hahahah. dulu mana ada nak guna guna produk kecantikan apa semua. sabun mandi je jadi sabun muka aku. dua dalam satu katanyaaa !
 
sejak dari sekolah rendah lagi aku memang dekat betul dengan duit. Ceh ! masa ni kira duit untuk prank birthday kawan tak silap. masa form four aku pernah pegang jawatan bendahari dalam oraganisasi rasmi sekolah.aku pun dulu budak akaun sebenarnya. Ehek ! dekat dengan duit tapi tak kaya kaya pun. Hahahah :P
haruslahh aku yang belah kanan tu. Idok nya berubah muka ni hah. macam tu lahh dulu kini dan akan datang agaknyaa. Rindunya zaman jadi budak budak dulu takyah nak fikir pasal apa apa. Muka comot pun tak kisah. Hahahaha. 









Teaser : Cuti Cuti Malaysia



hari ni busy so kita bagi teaser lah sikit. Eheh !


Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page