pengat duriansss :)


asyik cerita pasal makanan je lepas raya ni kann.. hahaha.. aku pun tak tahu kenapa.. semalam ibu buat pengat durian. katanya sedap kalau dapat makan dengan pulut.. macam2 ibu ni.. rajin pulak tu nak masak itu ini.. kalau aku hmm boleh kira dengan jari bila time rajinnya :p



aku tak minat sangat makan pengat durian ni. aku lebih prefer durian yang fresh tu betul. bukan yang dah dimasak macam ni.. semalam ibu ajar aku buat tempoyak. hahaha.. adalah dalam sepuluh minit aku tengok lepas tu aku lepak dekat bilik tv. ape punya anak daaa.. tahu makan je :P




chocolate cake in the houseeee :)


teeeeheeeeeee :) entri ni dah lama aku nak taip sebenarnya tapi tak tertaip taip jugak. hari ni lah baru naik taipnya.. hahaha :) macam busy sangat kan sampai tak sempat taip. ofcos ler ai kan ada company besau.. hahah. company lah sangat :p engkopening adaler.



aku pakai tepung ajaib buat kek ni. cuma tambah teur je dua biji. senang sangat wehhh.. campak campak je siap :) nampak tak ada garisan khatulistwa dekat kek aku tu? okay abaikan garis tu. haha. masa aku nak keluarkan kek dari loyang tetiba dia terbelah dua pulak.. adoiiii :P tak pandai betul kann.. aku try nak cover garisan tu tapi tak dapet aihhh :P

walaupun ada garisan khatulistiwa bagai dekat situ kek aku totap sodap. pak cik aku cakap nanti buat lagi. hahah.. kembang kempis hidung aku dengar weiii.. aku memang sengaja buat time orang nak datang rumah. kalau tak nanti tak habis pulak :p boleh bukak bakery pasni. eycehhhh.. Manis's Bakery.. aaaaaaa.. berangan tak sudah :p 




Domino's :)


hari ni penat sikit sebab cuaca agaklah panas..dah dua tiga hari area rumah aku ni tak hujan.. kadang kadang panas kadang kadang mendung tapi tak hujan punn. :) dah hari ni sebab kemalasan aku tahap berganda ganda maka dengan tak sengajanya aku melangkah ke Domino's. wohaaaa.. tak senganja konon :p



dua pizza ni dalam rm49.90 gitulahh.tapi sebab ada kupon free dapat lah rm 39.90.. jimat lah sikit. dua pizza ni bukan aku sorang je hokayy. kau gila aku sorang je makan? lemang  ketupat rendang segala jenis makanan raya berkumpul lagi dalam perut ni woihh.. hahaha :p  






Pergi open house rayaaaa :)


rasanya raya ni baru ada dua bijik rumah yang buat open house. sekarang ni orang dekat kampung lagi kebanyakkannya, mana nak buat open housenya nani wehhhh .. hahahaha. betul jugak kan :P
memula semalam pergi open house ghumoh kawan ibu.. act kawan ibu ni cikgu tadika aku jugak masa aku kecik2, comel2 dulu.. hahahaha :p * muntah hijo orang baca. kahkah :p

masa sampai tu, suami cikgu tu tanya ibu " anak awak ni Ina?" Ibu angguk lah.. " Besar dah anak dara orang ni, timang menantu lah tak lama lagi." pfffftttttt.. aku rasa nak lari masuk kereta. dah start dah nak cakap pasal ni. hahahah.. aku macam biasa lah senyum senyum paksa gituuu.. dalam hati * kalau cikgu nak ambik saya jadi menantu pun bolehhhh.. bhahaha. :p




petang semalam pulak sempat lah pergi kejap open house rumah si Nazrul ni hah. tak habis2 dok mesej tanya bila nak datang. serba salah pulak kalau tak pergi. rumah kawan baik pulak tu kannn. aku pun semalam lepas je tetamu habis beraya dekat rumah terus gerak pergi  rumah Nazrul dengan si Haris.

sempat  lah borak2 sikit  banyak. miahahahaha. kalau dah namanya jumpa kawan tu memang ye lah sekejapnya kann. macam2 cerita keluar. hahaha. tapi cerita pasal nak nikah kahwin memang tak keluar. kahkahkah : p






Bantuan diperlukan untuk adik Zharif


adik zharif ni merupakan anak kepada senior aku. mohon sahabat sahabat blogger sama sama membantu adik ini setakat yang mampu :) in sha allah ganjarannya di akhirat kelak :) doakan yang terbaik untuk adik ini :)

asalnya mahu dibedah di Hospital Pantai Besar, Bangsar tetapi kos menelan hampit ridak kurang dari RM 80, 000. Jadi petang ini adk zharif telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM). Kos di sana sebanyak RM20, 000



" Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidupnya di dunia, maka Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat . Barangsiapa yang meringkankan penderitaan orang yang susah nescaya Allah akan meringkankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah akan menolong hambaNya selagi mana hambanya menolong saudaranya yang lain " ~ Hadis riwayat muslim, Arba'in Nawawiyah no.36 ~







Yeayyy balik kampung :)



alhamdulillah dah selamat sampai kampung.. fuhhhh.. ponat aih :p korang dah sampai kampung belum ? ngam ngam aku sampai kampung orang tengah bakar lemang. wahhhh.. berasap asap lah depan umah. pedihh woo mata ni hah. 



tu diaa lemang tengah dibakar :)

ohh aku cuma mampu tengok je lah. nak tolong bakar tak nye gheti wehh. takot karang rentung lomang tu hah. muahahahaha.. dashat betul anak encik nain ni kann. :p

eksaited nak raya esok. tak sabar nak kutip duit raya. * selagi tak kahwin layakkan dapat duit raya. hehehe. maaf esok saya tak nak bagi duit raya dekat sesiapa. nak simpan duit nak beli rumah banglo sebijik ! Ekekekek. :p 



sape yang bujang lagi tu get ready soalan ni.. muahahah.. boleh reka skrip jawapan awal2 ni. get ready ye. hahahha :p



pstttt.. korang bakar lemang tak raya tahun ni ? :)











amalan amalan sunat pagi syawal :)

alhamdulillah .. masih lagi diberi pinjaman nyawa untuk menjalani ibadahan puasa yang ke - 28. sekejap je masa berlalu.. ramadhan pun bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. mudah mudahan amalan kita pada bulan ini diterima olehNya :)


jom amalkan amalan amalan ni :)


> mandi sunat hari raya 
> makan dahulu sebelum pergi solat hari raya
> sunat makan buah tamar kalau ada lagi
> bertakbir
> sunat pegi ke masjid jalan lain dan balik jalan lain
> memakai pakaian yang paling terbaik. tak semestinya yang baru 
> memakai wangi wangian
> mendegar khutbah raya
> bermaaf maafan dan berkunjungan 


esok pagi baru gerak balik kampung. can't wait .. muehehehe :p




Durianssssss :p




"so what did you do today ?" " Oh, I went down to scavenge durians and got bit by 187675 mosquitoes. As usual" :p 











Alhamdulillah ^___^


subhanallallah..allahuakbar.alhamdulillah :) alhamdulillah hari ni masih diberi pinjaman nyawa oleh Allah untuk menyambut ulang tahun yang ke _ _ rahsiaaaa  :P rasa nya tahun ni paling best kot sebab dapat sambut dengan abah ibu semua.sebelum2 ni sambut dengan kawan apa semuaaa.. serius sukaaa sangattt :D




kek spongebob :) yeayyyyy :)

mak cik aku ada bakeri so dia lah yang bersusah payah buat kek spongebob ni.. comel sangat. aku pun macam sayang nak potong apatah lagi makan.. hahahah. parahhh betul kann. comel sangat pun tak boleh jugakk. hihihi :P aku memang fanatik gila dengan spongebob sebenarnya. sikit sikit spongebob.bilik aku pun kalau boleh nak spongebob. amboii melampau. HAHA :p




kawann aku kirim dekat abang pos laju benda ni :)
terima kasih awak ^__^

comel kan bantal spongebob tu.. cantik je  lagi duduk dalam plastik..sayang woo nak bukak.nanti ramai sangat yang nak pegangnya. aku ni sayang kalau barang barang orang bagi.rosak..bukan senanng orang nak bagi hadiah kann.siap pos lagi... terharuuu :) hihi..


apa pun perjalanan aku masih jauh lagi. banyak lagi perkara yang aku kena kejar dekat depan.. & sememangnya jalan yang aku akan lalui bukanlah selurus dalam gambar dekat atas kann.. orang kata makin tinggi tahap kita belajar maka makin banyaklah onak duri bagaii. ewahhh :P pintaku agar Allah mempermudahkan segala urusan dan panjangkan umurku :)


nak kek spongebob jemputlahh datang rumahh .. HAHAHA :p



































sukaaaanyaaaaaaaa :)



kemain lagi suka pasai apa? hikhikhik.. tadi aku tengok entri cik Nuriesya Nadia  pasal durian crepe. mak aihh terliur gilaa tahap dewaa.. hahaha. :P maka aku pun beria lah ajak ibu pergi cari durian crepe tu tapinyaaaa.. ibu cakap ibu bizi.. uwaaaaa T__T sedih kitaaaa .. sobss sobsss :(

ibu cakap tepon abah suruh beli dekat pasar malam.. hari ni kan ada pasar malam dekat dengan office abah tu. maka mata aku yang dah berair ( masuk habuk tadi kan hahahaha ) terus bersinar sinar bergemerlapan gituu.. ewahhh hiperbola betul kan :P aku pun lupaa dekat situ ada jual durian crepe tu jugak :)



taraaaaaaaaaaaa :)

senyum sampai telinga aku nampak abah bawa balik ni.. masa aku makan tadi, abah tanya " cukup tak, kalau tak cukup abah suruh dia hantar satu lori lagi dekat rumah ni." okay finee abah perli aku wooo.. :P tapi sebab masa tu aku tengah feeling sorang sorang makan crepe ni, perlian abah tu aku tolak ke tepi.. ekekeke :P
terima kasih abah belikan durian crepe ni.. mihmihmih :D



sengkuang calit :)


ni abah beli dia punya kuah sebotol. aku pun apa lagii potong potong letak kuah tabur kacang.. mak aihhhh sodapp gilaaaa :P tak mau berhenti den makan sengkuang ni hah.. alhamdulillah kenyang aku malam ni :)







































































belajar perkataan baru :)




ni entri pertama aku bermula dengan gambar untuk tahun ni. hihihi :P

sebenarnya aku belajar perkataan baru dengan sorang kawan aku dari Kelantan ni hah. nampak tak perkataan derak tu?? aku pun mula mula tak tahu jugak apa kebendanya derak ni kann. first time dengar ni weiii.. tu untungnya ada kawan dari macam macam negeri ni..orang kata kalau malu bertanya sesat jalan kann. maka aku tanpa segan silu tanya lah dia derak tu apa maksudnye?=D

rupanya derak tu maksudnya ambil angin, bersiar siar dan seangkatan dengannya lahh . hari ini aku tahu dan anda tahu. lepas ni boleh laa guna. mampus kawan aku tak paham.. ada sape2 dekat sini orang Kelantan? boleh lahh ajar saya loghat Kelantan lagi. ekekeke :P



p/s : walaupun benda yang kita dapat tu sikit tapi ia tetap dianggap sebagai satu pembelajaran :) 
so hargailah ia :)





# Wordless :)






p/s : pahang menang malam tadi. bangga kejap sebab lahir dekat pahang. hahaha :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page