Texas Chicken di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempat lah jalan jalan cuci mata sekejap dekat Sunway Putra Mall. Iyee bab window shopping ni memang sentiasa ada masa okay, tak kira lah apa jadi sekali pun. Hahah! Sebenarnya plan asalnya nak singgah sekejap aje, sebab nak beli set Burger King yang tengah promo sekarang. Nani bila dengar ada promo memang laju aje kaki tu nak pergi. Eh? Hahah! Tapi serious berbaloi, ada empat set burger dekat Burger King ni yang kita boleh dapatkan dengan harga RM20. Iiye memang RM20 tepat tak ada extra charge ke apa kecuali kalau add on menu lain. Heheh. Hari tu Nani beli set C (ada empat burger & dua cheesy fries). Cumanyaa tak sempat nak ambil gamabr, sebab yang tu Nani tapau bawa balik Pahang. Sampai aje Pahang, terus masing masing ambil burger tu, hilang kisah nak ambil gambar dulu. Hahah! Tak silap Nani promo tu last hari ni, sempat lagi kalau korang nak pergi terjah Burger King. Settle aje tapau burger dekat Burger King, terus pergi  Texas Chicken (bebetul sebelah Burger King tu okay) sebab tekak teringin nau nak makan bubur dekat sini. Oh ye, Texas Chicken ni dekat Level Ground Floor tau! 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
   Pada Nani bubur dekat Texas ni lagi sedap daripada yang dekat Mcd. Makan pulak dengan ayam goreng Texas phew memang ngam sangat lah. Hahah! Hari tu Nani ambil set Mega Crunch Box kalau tak silap; ada air, ayam goreng dengan bubur - total RM 9.40. Honey butter biscuit tu Nani add on - RM 1.50 per pieces. Itu antara yang wajib order bila makan dekat Texas. Heheh. Sekarang ni Texas Chicken dah jadi salah satu fav Nani jugak. Ayam goreng dekat sini pun rasanya lagi besar berbanding dengan fast food lain. Berbaloi sangat kalau beli. 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
Rasanya baru lagi outlet Texas Chicken ni dekat Sunway Putra Mall. Sebelum ni sebelah Burger King tu kedai lain. Hari tu check directory mall, KFC pun dah buka juga dalam ni. Dulu Nani selalu pergi outlet Texas Chicken yang dekat Pasar Seni, betul betul dekat tepi Stesen LRT. Ada satu hari tu Nani pergi, tengok tengok dah jadi office travel apa benda entah. Hahah! Rupanya dah setahun lebih outlet dekat situ tutup, tapi Nani yang tak tahu. Lol! Masa tu gigih okay patah balik ke KLCC semata mata nak beli Texas Chicken. Maybe dia orang tutup outlet yang dekat Pasar Seni & buka dekat Sunway Putra Mall ni hah. Kalau pergi Sunway Putra Mall selalu macam blur nak cari tempat makan sebab banyak sangat pilihan yang ada. Hahah! Iye banyak sangat choice pun susah jugak. Korang pulak pernah tak makan dekat Texas Chicken ni? Set mana yang korang selalu order? Jom share dekat bawah! Next time boleh Nani try pulak. 

6 comments:

  1. texas chicken ni baru wujud kat terengganu..
    sy xsempat lg nk merasa.. haha..

    terliur plak rsnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajibb pergi lepas ni. Hahah! Nani dulu macam tak berapa minat jugak Texas ni, lama lama eh sedap pulak rasa.

      Delete
  2. yang special kt texas ni sebab ada biskut tu, layan jugak makan biskut tu.... dah lama tak makna kat texas lah nani... akak suka ayam goreng dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa lah kita kak Dana. Nani suka biscuit dengan ayam goreng dekat Texas ni. Ayamnyaa besar besar, puas hati lah makan.

      Delete
  3. penah makan skali di KLIA2.. boleh tahan juga sedapnya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani dulu first time makan terus sukaaa. Ayam dekat sini besar, lagi puas hati beli compared to KFC yang ayam makin kecik tu hah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page