Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap aje masa berlalu dah nak berhujung minggu pun ha. Tuan blog ni pun hari Isnin tu aje yang dia sempat update cerita Raya lepas tu menyepi, hari ni baru muncul balik. Biasalah lepas balik dari cuti Raya kan, haruslah banyak kerja yang nak kena siapkan. Ada yang tanya masih dalam mood beraya ke sampai tak sempat update blog? Hahaha. Mood beraya tu ada tapi tak ada lah sampai terbawa bawa tak nak update blog sendiri. Memang sibuk sangat minggu baru ni, siang dengan kelas nya, ,malam pulak ada meeting dan banyak lagi lah benda benda nak kena buat. Ulang rutin yang sama setiap hari, dah nak dekat hujung minggu ni baru lah rasa lega sikit. Tambah pulak Internet yang sendu sangat dua tiga hari ni lagi lah menjejaskan Nani nak membebel dekat sini. EH !
Sorry sangat sangat untuk yang singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak sempat nak balas lagi. Hujung minggu ni Insha Allah pelan pelan kita kayuh untuk sampai jugak dekat rumah korang tinggalkan jejak kasih. Gitu. Entry pasal Raya pun banyak lagi ni yang tak sempat baca. Iya lah, nak jugak kan tengok baju Raya korang yang cantik cantik tu semua. Nani tahun ni warna Kelabu jadi pilihan ibu dengan abah, ikutkan aje sementara masih berpeluang beraya dengan ibu dan abah ni ha. Mana tahu tahun depan beraya dengan orang lain pulak. Hahaha ! Kemain angan angan dia tu. 
Gambar yang tak ada motif pun, saje letak nak bagi meriah sikit entry ni. Hahaha !
Nak tahu jugaklah, korang masih dalam mood beraya lagi ke? Bila Nani scroll Instagram ramai betul yang kongsikan gambar pergi ke rumah terbuka lah, sambutan hari Raya dekat sekolah lah. Meriah sangat ha masing masing. Nani? Usahkan rumah terbuka, nak makan dekat kafe pun kadang kadang tak sempat jadi nan hadonya nak pergi rumah terbuka bagai kan. Hujung minggu ni aje ingat nak terjah mana mana restoran yang terbuka. Hahaha. Korang mesti lah banyak rumah terbuka yang nak kena pergi kan. Hehe. Apa apa pun, selamat berhujung minggu korang !

12 comments:

  1. mood raya terpaksa simpan dah.. mood sukan pula yang muncul, sukan makin menghampiri.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. mood dah tak beraya sejak tak sihat ni...huhu

    ReplyDelete
  3. Mood raya masih ada dan ditambah mood nak makan nasi minyak kengkawan. Tapi puasa 6 tetap tak dilupakan ;)

    ReplyDelete
  4. masih mood raya tp malas nak beraya
    ada gak ternpk open house nti nak p terjah
    kwn2 pun paksa p beraya hahaha
    kena rajinlah nak kutip duit raya lagi haha

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni musim open house pulak.
    Baraan pun belum habis lagi.

    ReplyDelete
  6. hahaha tak berapa raya sgt hihi.
    Tp weekend ye kut sbb nk kena gi openhouse #terpaksakurelakan gituw

    ReplyDelete
  7. lps balik kampung terus x sambung beraya dah :( xtau bila nk sambung beraya dkt rumah sedara2 kat KL ni

    ReplyDelete
  8. mood raya dh beransur hilang skrg ni..
    mood mls nk pegi keje ade la.. haha

    ReplyDelete
  9. Pehh... klu baru kluar fridge tu sedap makan sejuk2... saya masih mood raya nie... :D

    ReplyDelete
  10. Dah tak raya lah kak Inani hahaha dah dah cukup!

    ReplyDelete
  11. Akak dah tamatkan mood raya hujung minggu sudah. Kasi balik mood menaip entri tu semula. Lama sungguh bertapa rasanya.

    Betul tu, Nani. Lepas balik raya, banyak pulak kerja nak dibuat. Itu, ini semuanya menadah minta diselesaikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page