Penjual Aiskrim l Servis Katering Aiskrim

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sebenarnya Nani nak kongsikan tentang salah satu servis katering aiskrim yang pada Nani memang lain daripada yang lain. Hari tu Nani ada kena uruskan satu makan malam dan ada lah menu yang dicadangkan aiskrim sebagai pencuci mulut. Memang sepenuhnya guna khidmat Instagram lah cari servis katering aiskrim sekitar kawasan KL atau Selangor ni. Ada yang Nani tanya cuma menerima tempahan untuk majlis yang besar aje, kalau setakat majlis makan malam Nani dalam 80 orang ni mereka tak nak terima. Runsing dah masa tu, iya lah kita kan yang urus bab makan selagi boleh nak puaskan hati semua orang.
Cari punya cari, servis yang diberi nama Penjual Aiskrim ni sudi terima tempahan Nani. Memang lega sangat masa tu. 100 kon aiskrim cuma berharga RM130. Pada Nani dah murah sangat sebab rata rata yang Nani survey ada yang lagi mahal. Senang aje nak deal dengan Encik Fairuz (owner Servis Penjual Aiskrim) Dah lah tak nak ambil deposit dulu, semua urusan pembayaran selepas habis majlis. Jarang jarang jumpa yang macam ni.
Apa yang Nani tertarik dengan servis katering aiskrim ni, diorang siap sediakan basikal aiskrim bila kita membuat tempahan dengan mereka. Memang teruja gila lah. Masa mula mula deal tu pun Nani memang doa dalam hati harap harap Encik Fairuz ni terima. Dan rezeki lah orang cakap akhirnya dapat jugak guna servis Penjual Aiskrim ni. 
Penjual Aiskrim
Haa macam ni lah yang mereka akan sediakan. Ini gambar Nani ambil dari website mereka sebab malam tu busy sangat tak sempat nak ambil gambar banyak. Kalau dah uruskan bahagian katering memang tak cukup tangan cerita dia. Masa basikal merah ni sampai semua macam teruja habis. Hahaha ! Biasalah, selalunya orang bawa tong aiskrim aje kali ni ada basikal sekali. Nani pun heksaited okayy. 
Penjual Aiskrim
Mulanya Nani ingatkan kon yang kecil tu rupanya yang besar ni hah. Memag puas hati sangat. Dah habis majlis sempatlah Nani berbual dengan Encik Fairuz, iya lah nak gali jugak kan macam mana beliau boleh mulakan perniagaan macam ni. Dia punya teruja sampai buat sesi Q&A. Hahaha ! Encik Fairuz mula membuat servis katering aiskrim ni sejak dari 2009 dari niat suka suka dan sebagai kerja "part time" aje. Tapi sebab sambutan yang mengalakkan sekarang beliau dah sepenuh masa fokus untuk perniagaan ni. Nani memang suka dengar kisah kisah orang yang berjaya macam ni, boleh bagi suntikan semangat sikit untuk diri sendiri.
Penjual Aiskrim
Servis Penjual Aiskrim ni bukan sahaja untuk kawasan KL atau Selangor, tapi negeri lain pun mereka pergi. Macam masa majlis Nani hari tu, mereka baru aje balik dari Kuala Lipis Pahang untuk memenuhi tempahan di sana. Nani difahamkan kalau jadual mereka tak terlalu padat, mereka akan penuhi tempahan di luar kawasan KL dan Selangor. Korang kalau berhajat nak buat majlis kenduri kahwin, makan malam dan nak guna khidmat servis katering memang Nani cadangkan guna khidmat Penjual Aiskrim.
Penjual Aiskrim
Ni info untuk korang yang berminat nak gunakan khidmat Penjual Aiskrim. Ini bukan entry berbayar ye, Nani cuma nak kongsikan dengan korang servis aiskrim yang memang terbaik ni sebab boleh katakan sekarang ramai yang nak gunakan servis katering aiskrim. Bayangkan dari 2009 sampai sekarang masih boleh berdiri teguh, tentu lah sangat mengalakkan sambutan yang mereka terima kan. Moga makin murah rezeki Encik Fairuz dan team beliau selepas ni. Jom sokong buatan bumiputera ^_^


18 comments:

  1. menarik la nani siap dgn basikal merah lagi heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa itu lah kak. Memang teruja habis masa dia datang tu. Hahahah ! First time tengok :D

      Delete
  2. Suka akak kalau baca kisah org kita maju dlm business.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak. Boleh bagi inspirasi dekat diri sendiri :)

      Delete
  3. salam, nice kalau buat time birthday atau majlis kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, memang cool aje siap dengan basikal lagi

      Delete
  4. sdp tu..legend.
    slmt berpuasa nani.

    ReplyDelete
  5. Menarik cara persembahannya. Birthday party atau gathering family boleh jemput ni. Terimakasih hype Katering Aiskrim ni. Selamat menyambut Ramadan Inani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai untuk majlis makan makan. Selamat Menyambut Ramadhan juga :)

      Delete
  6. semoga encik fairuz sentiasa murah rezeki :D dh lama x makan aiskrim cone macamni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan kan Mazni. Hiks, jarang jarang dah nak jumpa. Kalau dulu ada pakcik aiskrim datang jual naik motor

      Delete
  7. skrg dah jd trend majlis kawin ke aqiqah ke apa2 majlis sure ada eskem msia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi meriah bila ada aiskrim macam ni.

      Delete
  8. Bagus juga buat bisnes macam ni. Lama juga bertahan, mestilah untungkan. Kena support usahawan bumiputera macam ni.

    Alahai Nani, tengok aiskrim tu tetiba nak juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah memang salute lah boleh bertahan sampai sekarang. Nanti balik kerja singgah pasaraya beli aiskrim okayy. Hihi :D

      Delete
  9. sedapnya aiskrim...teringat dulu2 salu beli aiskrim dengan orang yg jual naik basikal..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan Zatie. Dulu dulu ada orang jual sekarang paddle pop aje dah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page