BATERIKU.COM Membantu Ketika Bateri Kong

Assalamualaikum korang. Bila tengah memandu tiba tiba kereta "mati" tepi jalan memang boleh gelabah lah kan tambah pulak kalau disebabkan bateri kong. Masa itu lah baru terkial kial nak dapatkan pertolongan daripada ahli keluarga atau kawan yang terdekat. Itu pun kalau dia orang boleh tolong, buatnya masa tu dia orang ada hal lain habislah kita kan. Kalau yang perempuan macam Nani ni, memang tak tahu lah nak buat apa bila bateri kong. Boleh katakan berapa peratus aje pengetahuan bab bab kereta ni yang ada dalam kepala. Kalau hantar servis kereta pun, angguk angguk faham aje dengar orang tu terangkan apa apa.
Servis Bateriku.com
Memang adatlah kan, kita ni suka aje bawa kereta. Tapi bila sekali dah kena kereta tiba tiba tak boleh bergerak memang masa tu lah kalau boleh nak belajar semua benda yang berkaitan dengan kerosakan kereta. Nani pun sekarang dah sedar penting juga pengetahuan kita bab bab kereta ini. Bukan boleh harap dan bergantung sepenuhnya dengan orang lain kan. Kalau tiba tiba bateri kereta kong tengah lebuh raya, boleh katakan senang lagi untuk dapatkan bantuan. Tapi kalau kereta rosak dekat jalan kampung macam mana? Susah bukan nak dapatkan bantuan?
Servis Bateriku.com
Kita memang tak boleh nak jangka kan bila masa akan berlakunya bateri kong ni. Kadang kadang sebelum berjalan dah cek dah kereta dalam keadaan ok, tiba tiba tengah perjalanan rosak pula. Kalau kita ramai dalam kereta masa itu mungkin ada lah juga yang tahu macam mana nak selesaikan masalah bateri kong ni kan. Cuba bayangkan kalau seorang diri, memang kelam kabut lah jawabnya. Sebab itu lah, kita kena sediakan payung sebelum hujan supaya bila kereta "mati" nanti dah tahu apa puncanya dan tahu macam mana nak selesaikan masalah itu. 
Servis Bateriku.com
Pernah dulu Nani dengan sepupu ke rumah mak cik kami di Cyberjaya. Memang biasanya hujung minggu kita orang ke sana sebab mak cik selalu ajak makan makan di rumahnya. Sekali masa Nani sampai tak ada sesiapa dekat rumah. Mesti lah pelik kan, dah mak cik ajak ke rumah tiba tiba dia pulak tak ada. Bila Nani call, baru lah tahu yang kereta mak cik rosak dan kita orang pun bergegas lah ke sana. Sampai sampai aje terus mak cik Nani cakap mungkin bateri kereta dia kong dan tengah tunggu BATERIKU.COM tiba. Bila pihak BATRIKU.COM tiba lepas mereka periksa bukan sebab bateri pun tapi sebab benda lain dan mak cik Nani kena panggil mekanik.
Servis Bateriku.com
Apa yang buat Nani terkejut, BATERIKU.COM ni tak kenakan langsung caj untuk pemeriksaan bateri walaupun mereka dah datang periksa dan masalah itu bukan disebabkan bateri kong. Senang cakap memang servis yang mereka sediakan adalah percuma ! Habis tu apa je yang nak kena bayar Nani? Haaa, kita cuma kena bayar bila kereta kita kena tukar bateri dan bayar pun cuma harga bateri, lain lain tak perlu. Memang bagus sangat servis yang disediakan oleh BATERIKU.COM ni. Memang kita boleh jimat berganda ganda lah kan, kalau nak hantar mekanik untuk cek kereta mungkin lebih mahal. Nak bayar kereta towing lagi. 
Servis Bateriku.com
Mak cik Nani kongsikan juga yang BATERIKU.COM ni servis untuk penghantaran dan pemeriksaan bateri. Memang berguna sangat lah kalau tiba tiba mengalami masalah bateri kereta kong. Cuma telefon atau whatsapp sahaja mereka dan mereka akan datang membantu sepantas kilat.

Sejak pada tu Nani dengan sepupu ambiklah nombor telefon BATERIKU.COM ni daripada mak cik Nani sebagai langkah berjaga - jaga. Risau juga kalau nanti masa Nani memandu bateri kereta kong kan. Tambahan pula, BATERIKU.COM ini memang cover banyak tempat termasuk lah kawasan yang Nani duduk. Bukan sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur tapi ada juga di Negeri Sembilan, Melaka dan lain - lain.

Kenapa Pilih BATERIKU.COM ?

  • Melakukan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan percuma
  • Hanya perlu bayar harga bateri yang baru dipasang
  • Kawasan liputan yang besar - Lembah Klang & Shah Alam
  • Waktu beroperasi bermual 8:00 pagi sehingga 11:00 malam
  • Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
  • Lebih 4000 pelanggan yang berpuas hati
  • Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau rumah dan lain lain tempat
  • Menawarkan banyak bateri berkualiti dengan harga berpatutan
  • Menyediakan bateri apung ketikan memeriksa bateri lama
Haa tudia memang tip top lah kan servis BATERIKU.COM. Banyak testimoni yang positif daripada pengguna yang pernah mendapatkan servis daripada mereka. Korang pun terus lah simpan nombor telefon BATERIKU.COM ini dalam telefon, 012- 2458027 atau di talian 1-800-22-2324. Nak emailkan pun boleh hantarkan sahaja ke customersupport@bateriku.com Memang BATERIKU.COM ini penyelamat lah di kala kesusahan.
Servis Bateriku.com
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang BATERIKU.COM korang boleh klik sahaja link di bawah ini untuk ke website BATERIKU.COM dan follow media sosial mereka. Andai kata nanti kalau nombor telefon hilang, paling tidak dah tahu nak cari dekat mana. 

Website : www.bateriku.com
Facebook : bateriku.com
Twitter : baterikudotcom
Instagram : baterikudotcom
Pinterest : Bateri Ku
Youtube : Bateriku


20 comments:

  1. pernah juga terjadi masalah bateri habis tepi jalan. tapi dalam kawasan highway...jadi call polis bantuan plus.

    tapi kalau jalanraya biasa..pening juga nak cari no. malam-malam mana ada kedai buka...bagus perkongsian ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan abang aRz, Nani pun tak risau sangat kalau kena dekat highway. Sekurang kurangnya ada polis bantuan tapi kalau kena dekat luar kawasan highway takut jugak.

      Delete
  2. ni penting nie ! nk kene save dalam hp.

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa macam belum sampai JB lagilah servisnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun tak perasan hari tu ada ke tak dekat Johor. Bayak sangat list tempat nya. Nanti Kakzakie cuba lah tengok dekat website diorang.

      Delete
  4. Bagus servis Bateriku.com ni. Ada free pemeriksaan kalau bateri tak rosak. Kena simpan dalam phone terus in case ada emergency esok-esok hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Sha. Bukan senang nak jumpa servis yang macam ni

      Delete
  5. Aha, Nani! Jangan tak tahu, owner bateriku.com ni kakaknya blogger dari Perak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak? Baru tahu ni, siapakah blogger itu? Heheh :D

      Delete
    2. Ya ^_^ Ini blog si kakaknya ...

      http://ikhlas-atilia.blogspot.my/2016/05/baterikucom-dalam-surat-khabar.html

      Delete
  6. Bateriku.com memang terbaik dari yang lain..Tak ragu2 laaa nak gunakan servis
    bateriku.com

    ReplyDelete
  7. Wah dekat cyber pn dah ada. Senang la lps ni

    ReplyDelete
  8. wow...penghantaran boleh dilakukan di mana2 sahaja dalam kawasan liputan...memang servis yang cepat dan pantas...

    ReplyDelete
  9. tak takut dah kalau bateri kong kat mana-mana

    ReplyDelete
  10. bagus servis bateriku.com ni..memang tak diragukan lagi..terbaik lahh..

    ReplyDelete
  11. bab kereta rosak ke ape ke hal2 pasal kereta mmg seriauuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  12. memang memerlukan sangat ni
    kereta ciksu pnh gak jd gini. perghhh nebes giler.dh la mati tgh tgh jln ..
    nice sharingnani. tenkiu

    ReplyDelete
  13. Bagus ada servis mcm ni terutama klu bermasalah balik kerja lewat dan bateri kong pulak... sgt2 bagus!

    ReplyDelete
  14. malang bateri kong tak berbau... bateriku.com sangat bagus time kecemasan... amat berguna...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page