Air Tebu RM8?

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa. Setakat ni Nani memang tak pergi lagi ke bazaar ramadhan memandangkan cuaca dekat Pahang ni panas sungguh. Tak sanggup nak keluar membeli di sana. Puasa pertama baru ni abah aje yang ke bazaar (bazar ramadhan dekat sini depan office abah, senang dia keluar office terus bazaar cari kuih untuk berbuka sikit) Lagi pun hari pertama berpuasa tu Nani berbuka di kampung. Sekali abah balik dari bazar dia bercerita yang air tebu sekarang harga 8 ringgit satu jag kaca tu. Mahal sungguh lah kalau lapan ringgit satu jag kaca. Sebelum sebelum ni dalam empat ringgit macam tu aje kalau tak silap Nani. 

Abah cakap baiklah tak payah minum air tebu kalau harga lapan ringgit satu jag. Aku tertanya tanya jugak memang harga bila bulan puasa kadang kadang mahal dari hari biasa eh? Tak paham aku kekadang. Kelmarin pun Nani ada baca entri Kak Idzwa beli kuih sagu sepotong seringgit. Perghh ! Setakat ni harga kuih dekat sini sama macam sebelum sebelum ni, lima ketul dua ringgit. Tapi ada jugak yang dah jual tiga dua ringgit abah cakap.
kredit SINI 
Logik ke satu jag kaca macam dekat atas ni lapan ringgit? Kalau memang air tebu sepenuhnya Nani tak kisah pun harga dia lapan ringgit (tapi still dalam kategori mahal gila). Tapi kalau dah campur air atau pun ais harga lambat ringgit memang tak boleh diterima. Jual air mahal - mahal boleh untung cepat kot. Tahun ni dekat bazar kawasan rumah Nani ni dekat berapa puluh gerai entah yang jual air saja. 

Pendapat Nani lah kan, tak perlu naikkan harga sampai mendadak sangat bila bulan puasa ni. Kalau hari biasa boleh jual harga empat atau lima ringgit kenapa bulan Ramadhan naik sampai lapan ringgit? Huhu. Kita sebagai pembeli pun memang fikir sampai tiga empat kali nak beli ke tidak. Betul tak? 

44 comments:

  1. Stok tebu Susah nak dapat kot..sebab tu Mahal...kebanyakkan makanan kat Bazar ramadhan memang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah kan kak SA. Itu lah Nani dekat Pahang ni tak pergi lagi bazar. Nanti dah balik PJ hari hari memang beli makanan dekt bazar atau kafe

      Delete
  2. mahalnya.
    Kat sini sebungkus tanpa ais baru RM5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal sangat Nani rasa. Huhu. Sebelum sebelum ni harga lebih kurang gitu jugak

      Delete
  3. RM8? Mahalnya! Akak dah lama tak minum air tebu so tak tahulah rate sekarang berapa,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak Farrah, sebelum ni tak mahal mana pun.

      Delete
  4. Mahalnya rm8?? Kt tempat saya ok je harga. Cekik darah sungguh :-:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah tempat Mazni. Ini pun bukanlah kawasan bandar sangat tapi harga haih T_T

      Delete
  5. akak dh lama sgt tak minum air tebu... lagi2 sejak akak nmpak tokey2 air tebu nih cuma letak tebu depa tepi pagar je tanpa ada apa2 tutup or tempat yg proper... ltk tebu tepi longkang sampai berhari2... tak sangup akak nk minum kalu kene kencing tikus saja je...

    bln puasa nih nani... kuih yg selalu rm1 sekeping pun org blh jual rm5 sekeping...
    sbb tu akak mls pg bazar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada jugak yang macam tu kak jenis letak tak bertutup pun tebu tu. Sebab tu Nani kalau beli pun beli dengan orang yang dah kenal aje. Risau jugak kalau beli dengan yang tak kenal kan.

      Haih mahal sangatkan kak Dana.

      Delete
  6. Setakat ini belum lagi 'bernafsu' hendak ke PARAM... tak tahulah esok lusa.

    Makan yang ringkas2 seadanya saja. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Nani pun tak pernah ke sana lagi. Abah aje dengan ibu yang pergi beli kuih sikit untuk berbuka :) Berserdahana lebih baik kan. Alhamdulillah

      Delete
  7. k.el pun mmg x pi pun param ni
    masak je kat rumah..sekali harung ngan lauk sahur bagai
    pi kat param ni ni mmg fobia..nak beli 1..terbeli mcm2..haihhhh
    pulak tu mahal2..jenuh famili besar mcm k.el ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Nani pun tak pergi lagi. Abah je yang selalu singgah beli kuih sikit2. Lauk memang ibu yang masak. Hahaha ! Itu lah nanti kalau pergi macam macam rasa nak beli

      Delete
  8. Mahal tu Nani ..
    Macam takut pulak nak membeli hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, Nani setakat puasa ni tak beli pun lagi air dekat bazar. Kalau dah lapan ringgit memang mahal.

      Delete
  9. Alak pun x singgah bazar ramadhan pun. Air tebu rm8 mahal. Baik minum air manis yg dibuat sendiri je. Jimat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Su. Kadang kadang harag diorang jual melampau sangat.

      Delete
  10. Ya Allah, yeke, mahal sgt tu, kalau akk pun x beli kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sangat berbeza sangat dengan hari hari biasa ni. Memang tak fikir dua tiga kali lah nak beli kalau sampai lapan ringgit Kak Rara :(

      Delete
  11. Mahal tu.Jadi gunakan kuasa kita sebagai pengguna. Tanya harga dulu sebelum membeli.
    Kalau rasa mahal, bye-bye aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau mahal baiklah beli dekat tempat lain

      Delete
  12. aku pun setakat ni belum ke bazar lagi...mungkin akan jejakkan kaki weekend nnt...setakat ni pergi bazar pun hubby je cari kuih kuih sikit...aku masak2 simple je kat rumah...
    air tebu rm8 mmg cekik darah...dorang amek kesempatan sangat tau...grrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Nani pun, abah aje yang ke bazaar beli kuih. Lain lain semua masak dekat rumah. Cekik darah sangat ni hah.

      Delete
  13. nasib kite bukan penggemar air tebu..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani ni kekadang tekak mengada nak minum. Hahaha !

      Delete
  14. Betul kata abah kalau RM8/- tak payah belilah..

    ReplyDelete
  15. semalam akak beli air jagung..biase memang setiap hari beli kat org yg sama RM2.50 je sekali bulan puasa jadi RM4 t____________t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan dah cakap. Hari biasa boleh aje murah bulan puasa naik RM 1.50 Sabo je lah Kak Wa.

      Delete
  16. mahal gila 8rm. tebu import ke apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya import dari negara luar. Hahaha ! Mahal sungguh lah, bukan dekat bandar pun ni.

      Delete
  17. Wah, memang gitu ke trend bazar Ramadhan ni? Kawkaw naikkan harga. Atas sebab apa, tak tahulah ya! Nak kata harga minyak naik, tak juga. Mereka fikir tentu ramai orang berpusu nak beli tapi kalau dah mahal macam tu lebih baik kita tanam tebu di tepi bibir aje. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak paham yang pesen suka naikkan harga mahal mahal bulan puasa ni. Kalau ada gerai lain yang jauh lebih murah sah sah lah air tebu dia tak berapa nak terjual kan. Hahahaha ! Tanam tebu di tepi bibir ye kak :p

      Delete
  18. melampau nya rm8!!!!!!!!! haih sabor jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau sangaaaat. Nangis hah kalau nak beli.

      Delete
  19. mahal laa juga pada kak ana ,nani, tadi beli kat bazar sini seplastik harganya rm5 dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biasa RM5 Kak Ana, entah kenapa tetiba jadi RM8 pulak tahun ni.

      Delete
  20. Tak jejak param lagi. Giler mahal air tebu tu. Melampau betul.

    ReplyDelete
  21. Mak aihh 8 hengget... mahai giloss... matiklahh asyik cekik darah org je lagu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut jugak bila dengar abah cerita hari tu mummy Julia. Huhu. Bukan main lagi harga dia T_T

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page