Tetamu & Rezeki.

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah dapat banyak udangan open house ke tu? Heheh. Nani setakat ni dah ada dua undangan tapi macam satu tu tak dapat nak attend aje. Masih lagi dalam mood beraya dan jugak cerita Raya. Mungkin seminggu ni korang akan baca semua cerita Raya aku je kot. Hahah! 😆 Tahun ni memandangkan cuti yang agak panjang, ramai lah tetamu dan jugak kawan kawan sekolah yang datang beraya. Serius seronok bila orang sudi datang beraya rumah kita ni kan tambah pulak kalau dah lama tak jumpa. Macam ,acam versi cerita yang keluar. Ada sekali tu, 20 orang sekali gus kawan Nani datang beraya. Fuhh! Penuh lah rumah ni dari hall depan sampai ke ruang kita orang tengok tv. Hahah! Abah denga ibu Nani jenis tak kisah bila ada kawan kawan datang beraya macam ni sebab dah faham sangat yang Nani ni memang ramai gila kawan. Even kawan sekolah rendah pun, still contact to each other sampai hari ni. 
Baru ni ada kawan tanya soalan dekat atas ni. Hahah! Tak tahu nak jawab macam mana. Memang betul pun hari hari terima kawan kawan datang beraya ke rumah. Bayangkan Raya kelima biskut Raya semua dah nak habis. Lepas tu abah beli kacang sebab nak cover bekas yang dah kosong tu. Hahah! Abah dengan ibu Nani jenis kalau tetamu datang mesti nak jamu biskut Raya dengan makanan berat. Paling simple pun mee goreng. Kadang kadang aku yang letih tengok abah dengan ibu sebab macam macam benda nak buat sebagai raikan tetamu. Iya lah kan, bila orang dah datang rumah kita mesti lah nak layan sehabis baik. Kalau boleh buat dia rasa seronok dan selesa. Lagi pun tetamu ni datang bawa rezeki. Benda ni lah yang Nani selalu pegang dari dulu sampai sekarang. 
Ini lah antara tetamu yang datang beraya tahun ni. Semuanya kawan kawan sekolah dulu. Maklumlah Nani dah habis form 5 baru berhijah ke negeri orang sebab tu ramai kawan dekat Pahang ni. Ada jugak yang Nani tak sempat nak bergambar pun sebab terlupa. Hahah! Thank you korang sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. Ada yang datang dari jauh tu paling terharu okay! Minta maaf kalau ada terkurang dan terlebih layanan selama korang datang beraya tu. Tahu sangat mesti ada yang diam diam baca blog ni kan. Eh eh? 😆 Harap tak serik datang beraya lagi tahun tahun depan. Heheh. Apa apa pun, jadikan lebaran ini sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Yang jauh didekatkan, yang dekat kita eratkan lagi 💙

13 comments:

  1. Betul dik...tetamu membawa rezeki ke rumah kita...bagus ibu ayah nani layan sebaik habis utk kwn2 nani bertandang...meriah sungguh akak tgk!...ramai sayang nani tau

    ReplyDelete
  2. wahhh, kawan2 datang beraya rumah mesti seronok. IQ da berhijrah ke KL, kawan2 ramai dekat Terengganu, so...tak ada la orang nak datang beraya...huhu

    ReplyDelete
  3. Seronok kan orang datang beraya. Tetamu kan rezeki 😊 kalau rumah Nani dekat, nak jugak datang beraya ni. Hhe

    ReplyDelete
  4. Best tu ramai tetamu datang beraya ☺

    ReplyDelete
  5. seronok kan bila dapat berjumpa kawan2

    ReplyDelete
  6. seronoknya kawan2 datang beraya di rumah. Tetamu datang memberi rezeki dan membawa keluar penyakit.

    ReplyDelete
  7. Seronokan nani kekawan sekolah dtg beraya..
    Teringat pulak akak zaman sekolah dulu2 hihi

    Selamat hari raya nani..

    ReplyDelete
  8. wah sampai 20 orang kawan Nani datang beraya dalam sehari ya. memang ramai kawan tu.

    ReplyDelete
  9. penat mmg penat layan tetamu tp seronk...

    akak kalu kt kampung, dh biasa kene serang ngn ramai2 sekaligus...
    adik badik sebelah abah akak ada 14 org, kadang sekali serbu sampai 10 family mmg penuh dr rumah tamu bwk ke dapur... pnt toksah ckp lah... kami mmg duk dpur baju tshirt ngn kain batik je tukang bt air ngn sedia mkn

    ReplyDelete
  10. betul sangat, tetamu bawa rezeki.

    ReplyDelete
  11. meriah nyer dik ..tapi bagus masa ni la kita nak mesra lagi dgn kawan

    ReplyDelete
  12. ehehehe Nani bukak pintuuuuu akak da depan rumah ni =P

    ReplyDelete
  13. setuju.. nabi pun pesan macam tu.. tetamu datang bawa rahmat.. kita sambut tetamu pun dapat pahala..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page