Assalamualaikum & Hello.
Selalunya waktu Raya macam ni lah dapat berkumpul dengan the whole family besar. Tahun ni sebab cuti lama, dapatlah jumpa semua saudara mara (sambil sambil tu dapatlah kumpul duit Raya sekali. Eh) 😆 Baru ni berpeluang balik Raub so malam tu kita orang buat bbq. Bila dah masuk Raya kelima memang dah tak pandangdah lemang, rendang semua tu. Hahah! Masing - masing nak makan menu yang selain daripada juadah Raya tu kan. Even fast food pun fuhh gila ramai orang kau! Rumah Nani berdepan dengan McDonald's, tiap kali lalu memang full house! Ada sekali tu kawan Nani pergi beli, tinggal bubur aje. Hahah! Rasanya memang macam tu lah bila musim Raya. Mana mana fast food pun ramai orang. Dah kenapa entah bercerita pasal fast food ni? 😆 Since ramai saudara mara ada malam tu, memang meriah lah rumah mak cik Nani. Laman pulak luas memang syok lah buat bbq.
Malam tu bakar lima ekor ayam, daging batang pinang dengan kambing. Fuhh tersandar kekenyagan semua lepas makan. Hahah! Kenyang sangat walaupun tak makan dengan nasi. Malam tu celebrate birthday my cousin jugak. Seronok sangat bila dapat gathering dengan family macam ni. Adik beradik abah Nani ada sembilan orang & semua dah kahwin so memang meriah dia tu lain macam. Hahah! Itu pun malam tu baru ada empat family. Keluarga besar macam ni bila kenduri senang sebab banyak tenaga kerja. Hahah!
Mula mula bakar dekat luar rumah tiba tiba hujan. Gelabah semua angkat tempat pembakar tu & sambung dekat bawah atap. Nasib baik lah pembakar tu jenis yang mudah angkat ke mana mana. Kali ni makcik Nani ajar buat perapan ayam bakar guna sos lada hitam dengan sos cili tu aje. Serius sedap jugak. Nani sebelum ni perap guna halia, bawang semua tu rupanya ada yang lagi sedap. Korang pun boleh lah try jugak buat. Memang menggunakan dua bahan tu aje. Mudah dan sedap!
Coleslow sedap, sos lada hitam tu pun sedap! Dah dapat resepi macam mana nak sediakan sos lada hitam yang lagi power! Nanti ada masa Nani kongsikan dengan korang okay! Lepas Raya ni kena cari mood blogging yang tenggelam dekat mana entah. Hahah! Apa apa pun, memang Raya kali ni paling syok dan meriah sebab semua saudara mara dapat jumpa. Pada Nani sendiri, seramai mana pun kawan yang kita ada, family jugak yang paling jadi keutamaan. Bila susah ke senang ke, family jugak yang kita cari dulu. Bila ada masa, kena lah luangkan masa dengan dia orang. Hargai selagi masih ada sebab tak tahu sampai bila boleh menumpang kasih dengan keluarga ni kan 💙
Masa paling seronok
ReplyDeletemcdonald ni kalau puasa dan raya mmg penuh laa.. meriah raya ye bestnya
ReplyDeletemenariknya bbq ramai2 satu family besar. betul sangat. dah raya kelima tak pandang dah ketupat rendang semua.hihihi
ReplyDeleteMeriah habis ni! Bestnya buat bbq, slalunya kalau buat aktiviti bbq ni mcm tengah ada hari keluarga kat tepi pantai pulak xD
ReplyDeletefehhh, best2!
ReplyDeleteBako membako pulak yer. Makan macam2 kalau tade nasi pun boleh kenyang juga. Tapi makan dengan kuantiti yang banyak lah kan? hahahah!
ReplyDeleteYa Allah nani, sos lada hitam tu nampak sedap sangat. tak sabar nak tahu resepi nani.
ReplyDeletewow meriahnya ramai2.. seronokla buat aktiviti cem ni..
ReplyDeleteoke boleh cuba perapan ayam tu ;)
ReplyDeleteBiasa lemang rendang, menu hari raya, setakat sampai raya ketiga je boleh makan. Lepas tu, dah tak berkenan. Hihi.
ReplyDeleteCakap pasal McDonalds. Aduahi, Mcdonalds kat Muar full house memanjang. Tambah lagi bila malam. Sampai ke jalan besar beratur. Agaknya orang luar balik Muar, masih pergi makan MCD ek? hihi.
Kambing <3
best nya..
ReplyDeleteMakanan-makanan kat blog Nani ni semuanya nampak sedap!
ReplyDelete