Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dah genap 30 Syawal, kejap aje masa berlalu dah habis sebulan kita beraya. Semalam masih menerima kunjungan tetamu yang merupakan kawan baik sendiri masa zaman sekolah menengah dulu. Tahun ni alhamdulillah ramai sangat yang sudi berkunjung ke rumah saya. Seronok sangat sangat sebab dapat jumpa balik kawan zaman sekolah dulu. Walaupun dah penghujung Syawal, sanggup jugak dia orang datang ke rumah, siap request nak bawa balik sambal hitam ibu Nani lagi. Yang ni antara muka yang dah selalu sangat datang rumah. Dulu zaman semua tengah bujang, selalu main masak masak, berborak sampai lewat malam, buat potluck apa semua memang best! Rindunya nak kumpul macam tu lagi. Bila jarang jarang berjumpa, memang macam macam cerita nak dikongsikan. Sehari pun tak cukup kalau dah jumpa dengan dia orang bertiga ni.
Seorang dah jadi isteri dan emak orang, lagi tiga masih single lagi. Eh? Alhamdulillah dapat jugak jumpa semalam setelah berkali kali plan dan tak menjadi. Hahah! Biasalah kan, bila masing masing ada komitmen tersendiri, bukan senang nak kumpul balik semula. Bila ada masa, laju aje semua nak jumpa. Last jumpa bulan empat hari tu kot. Lama sangat dah.
Sebelum datang dia orang awal awal lagi dah bagitahu jangan masak sebab nak ajak pergi makan dekat Pizza Hut. Makanya semalam ke Pizza Hut lah lagi kita. Hahah! Ambil set yang untuk empat orang terus tu senang dan banyak. Heheh. Cuma sekarang dah tak ada ice cream, dia orang gantikan dengan Rose Puding yang manis gila. Nani tak boleh nak makan langsung. Huhu.
Creamy fondue paling fav. Makan sambil berborak memang syok betul. Macam macam cerita keluar, punya lah lama tak jumpa kan. Lepas ni pun tak tahu lagi bila semua orang free. First time Raya dapat jumpa dia orang ni. Selalunya time Raya tak pernah sempat nak jumpa dia orang ni. Punya lah busy kan. Hahah! Nak jumpa pun payah masing - masing.
Pipi tu kemain lagi menaik dengan jayanya. Hahaha! Musim Raya ni lagi lah, hari hari ada aje undangan open house. Nani pulak selagi berkelapangan, wajib pergi. Eh? 😆
Memenuhi hajat mama orang yang nak makan Pizza Hut. Hahah! Kemain lagi bahagia dapat spent time dengan dia orang ni.
Terima kasih sudi datang jumpa walaupun sekejap. Next time kita plan buat potluck pulak okay! Dah mula rindu semua orang. Kalau semua bujang lagi, dah lama ajak bermalam aje dekat rumah hari Sabtu hari tu. Heheh. Walau jauh pada jarak, inshaAllah sentiasa dekat dalam doa. Memandangkan hari ni last dah Raya, dekat sini ada lagi yang buat open house. Tengah hari ni nak memenuhi undangan open house lagi. Hahaha! Gigih kan nak pergi. Lagi satu, jimat sebab tak payah memasak dan tak payah membeli. Moga murah selalu rezeki tuan rumah yang selalu ajak pergi open house ni. Korang ada dapat undangan open house lagi tak hari ni?
Wah bestnya dapat lepak-lepak ngn member. makan pizza pulak tu jelly miza
ReplyDeleteSeronok sangat kak! Lagi lagi bila dah lama tak jumpa.
DeleteSelamat pagi isnin sis inani
ReplyDeleteBila dah lama tak jumpa kawan kawan lama masa baru nak belajar kenal hidup dulu
Baru sedar masa dah banyak berlalu
Ada yang dah kahwin. Ada yang masih single mingle
Hehe. Kenangan je yang tinggal sama
Betul sangat ni. Heheh. Rinduu zaman dulu dulu, macam macam benda boleh buat sama sama.
DeleteTerliur pulak tenguk Pizza. Dah lama tak makan.. Hehe.
ReplyDeleteBoleh lah pergi Pizza Hut pulak lepas ni.
Deletepizza hut lagi, nyum nyum...hujung syawal ramai orang masih buat jamuan raya. rezeki hujung minggu tak payah masak.
ReplyDeleteHahaha! Tu lah, Pizza Hut lagi. Rezeki kan, seronok dapat makan free sambil tu eratkan lagi hubungan satu sama lain.
Deletetak penah jumpa creamy fondue tu sblm2 nih... jakun jap nmpak sgt lama tak pg pizzahut
ReplyDeletebila dh jumpa kwn lama nih, mmg mcm2 nk di borakkan, masa pun rasa mcm kejap je... cpt sgt berlalu
Sedaaap sangat kak! Lagi sedap dari garlic bread tu. Heheh. Palingg syok jumpa kawan lama ni bila dia orang buat part throwback. Ha memang berdekah dekah gelak.
Deletepizza hut lagi ye kak nani xD
ReplyDeletejelesnya tengok org yg beraya sampai sebulan ni... kita ni kesian je raya ketiga tu kira last day raya, haha
Hahahah! Kaya Pizza Hut asyik pergi makan situ je. Alo siannya dia. Takpe lah beraya jugak tu kan!
Deletebestnya lepak2 dengan makanan yang over tempting tu...ralit jeee kan berbual sambil mengunyah
ReplyDeleteAhahah! Memang syok sangat! Sambil makan, mulut pun sibuk nak bercerita macam macam.
DeleteBeraya dipizza hut ye. Sedapnya
ReplyDeleteSekali sekala beraya di Pizza Hut! Hahah!
DeletePizza Hut lagi ya Nani? Hehehe. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan kan, lagi lagi bila semua dah ada komitmen sendiri-sendiri.
ReplyDeletemengancam betul pizza tu.. dah la tengok malam2 pulak ni haha
ReplyDeleteSedapnya la hai!!!!
ReplyDeleteFeel free to grab this chocolate giveaway segment at https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html