Rezeki dari Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari lepas kawan Nani hantar gambar tengah menikmati aiskrim dengan scones dekat Cameron Highlands. Kemain dia pergi tak bagi tahu pun tup tup dah sampai dekat 'atas' sana. Nani memang dah lama sangat tak jejak tanah tinggi Cameron Highlands, rasanya kali terakhir pergi tahun 2012 kalau tak silap. Malam tu tiba tiba dia datang rumah hantar buah tangan dari Cameron, dapat lah makan buah strawberry dengan buah apa entah satu lagi.
Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi. Eh, hahaha! Rezeki yang tak disangka sangka. Dia tanya Nani nak pokok bunga ke tidak dari sana and I was like "eh eh banyak pulak kerja nak  jaga pokok segala bagai." Dah lah sekarang musim panas berbahang tak sesuai nak menjaga pokok bunga.
Merah menyala hah buah strawberry ni. Nani beli coklat cardburry cairkan lepas tu celup dengan buah ni. Peh memang fefeeling dah ada dekat Cameron Highlands lah cerita dia. Hahaha !
Nani tak pasti apa nama buah ni. Ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen dekat bawah. Rasa dia masam masam manis gitu dan ada biji dekat dalam. Sedap ! Nani pertama kali makan buah ni tapi tak tahu apa nama dia. Haih, kurang pengetahuan betul bab bab buah ni. Apa pun terima kasih bagi buah tangan ini. 
Rezeki dari Allah itu luas kan, datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya dalam bentuk duit kadang kadang Allah kurniakan kesihatan yang baik dan ahli keluarga yang sentiasa ada di sekeliling kita itu juga dikira rezeki. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Hiks :p



10 comments:

  1. Emmmmm terliur dah tengok strawberry ni nani..
    InshaAllah esok akak ke Cameroon Highland...
    Ada retreat ofis..
    Dua hari akak disana..
    Anak2 dah pesan macam2 ni :)

    ReplyDelete
  2. Akak pun nak tau buah bende yang kaler itam2 tu hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyer stoberi..akak xtau plok ape nama buah tu..buoh kekuk kot..hahaha

    ReplyDelete
  4. seronok kalau kwn2 yg selalu ingat kt kwn nih...
    ada je buah tgn bt kwn2...

    stoberi tuh menggoda betul lah nani... pastu buang bulat2 tuh...
    mcm anggur brazil...bulat2 gitu

    ReplyDelete
  5. npk segar n molek je buat stoberi tu dik nani
    eh sapa kwn yg baik sgt tu hantar depan rumah hehe

    ReplyDelete
  6. dapnya cicah dgn coklat. cadbury pulak tu haihh >< kita takpernah g cameron highland hehehe

    ReplyDelete
  7. Siapakah gerangan yang beri buah tangan dari Cameron ni, Nani? ^_^

    Untunglah tak pergi pun ada juga kawan yang teringat nak beri rezeki kat Nani. Janji kita sedaplah membantai strawberi dengan coklatkan!

    ReplyDelete
  8. yg buah hitam tu blackcurrant rasanya :D
    awat merah sangat strawberry tuuu! rindunya... dh lama x makan strawberry TAT

    ReplyDelete
  9. Wahhh segar2 semuanya... best2... :) :)

    ReplyDelete
  10. wahwahwah syoknya tetiba dpt buah tangan gitu hehehe. mantop pulok tgok buah stroberi tu hehehe.. errrr kategori 'berry' jugak rsnya buah kaler hitam tu.. bkn blueberry ke nani? kikiki =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page