Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat nak update sebarang entry dekat sini sebab busy betul seharian duduk dekat dapur memasak untuk tetamu. Ewah ! Bukan setakat nasi ayam aje tapi macam macam lagi menu lain yang ada. Dari pukul lapan pagi duduk dekat dapur buat macaroni & cheese, nasi ayam dengan mango lassi. Power ke tak power ni? Sebenarnya tetamu yang datang rumah ni kawan kawan Nani, insan insan sama masa Mini Potluck 1.0 dulu. Bukanlah bakal suami dengan mak mentua pun yang datang rumah tu *bagi jelingan manja sikit dekat MummyDearie* Hahaha !
Rupa macaroni yang belum ditabur dengan cheese dan dibakar. Makan yang macam ni pun dah sedap haa. Macaroni & cheese ni Nani bekalkan untuk dia orang bawa balik rumah sebab masing masing dah kenyang makan nasi ayam.
Kali ni Nani buat cheese yang tak garing sangat. Elok je cheese tu cair Nani keluarkan daripada microwave. Gambar tak berapa nak cantik sebab lighting kelaut dalam. Hahaha ! Makan macaroni & cheese ni panas panas memang tak pandang lain dah. Nak resepi nanti Nani share lain kali.
Nasi ayam versi seketul Inani Hazwani. Nasi tak berapa nak kuning sangat sebab Nani terlupa nak letak kunyit sikit. Lain lain tu boleh lah, menjadi jugak sebab tetamu pun tolong masak sama. Eheh! Mungkin lepas ni dah makin pro siapa tahu. Mango lassi memang terlupa nak ambil gambar sebab masa tu dah lapar sangat. Mango lassi sedap sangat, lain kali nak buat lagi. Nani ikut resepi chef dalam Rancangan Dapur Dua Pintu dekat tv tu. Hiks :)
Terima kasih sudi datang & bermalam di rumah saya. Drive dari jauh pulak tu, mujurlah ada dua driver kan. Memang setiap kali jumpa aktiviti utama main masak - masak, buat bedtime stories. Hahaha ! Jarang - jarang jumpa haruslah macam macam cerita yang keluar. Jumpa lagi nanti.
Pandai inani masak :) Tetamu bagaikan rezeki bila datang rumah kan. Sesekali jumpa banyak gosip nak cerita tu. Hii
ReplyDeleteBetul tu, tetamu datang bawa rezeki :) Tahu takpe, bila diorang balik rindu pulak nak buat gossip mak jemah ni. Hahaha !
DeleteWah sedapnye tengok macaroni cheese nani, nani memang dah pandai masak sekarang. thumbs up untuk nani :)
ReplyDeleteNanti Kak Su buat lah pulak macaroni cheese. Alah sikit sikit boleh lah, kayuh pelan2 belajar memasak :)
Deletebest kan kalau datang ramai-ramai, makan sesama..hurmm rindu dengan kengkawan dayah la pula..hee
ReplyDeleteApa lagi Dayah ajak diorang buat potluck. Heee :)
DeleteBerjaya buat nasi ayam yer. Akak dok print resipi nasi ayam tapi tak terbuat2 lagi.
ReplyDeleteItu lah mujur menjadi. Lepas ni selalu lah buat nasi ayam sebab dah pandai :)
Deletebestnya nanie.... beruntung kwn2 dtg dpt lak mkn sedap2 nih
ReplyDeleteAkak mesti lagi power ni bab bab memasak. Nani sikit2 je baru nak belajar :p
Deletepandainya memasak. teringin nk merasa air tangan kak nani. ewahh :p
ReplyDeleteMeh datang rumah. Hiks :)
Deleterajinnya..pandai la nani masak ;)
ReplyDeleteKak Linda lagi power bab masak ni :)
Deletekenangan potluck sy pulak, satu ofiz sakit perut..hahaha kelakar betul
ReplyDeleteYeke? Hahaha, macam mana boleh jadi sampai macam tu?
DeleteOh, terjawab sudah siapa gerangan tetamunya ya, Nani ^_^
ReplyDeleteKalau tengokkan beria-ia nak masak tu, nak tunaikan permintaan tu macam tersangatlah penting tetamu tersebut. Hehehe!
Lain kali kalau akak datang pun main masak-masak cam gini jugalah ya ~_^
Hahahaha. Penting sebab tetamu dari jauh :P Boleh aje kak, jemputlah datang rumah kat Pahang ni :)
DeleteSeronok kan masak ramai2.. 😍😍😍
ReplyDeleteSalam kenal dik..
Wahhh bestnya... tak tahan tengok... nak sikit hehee.. :) :)
ReplyDelete