Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah tahun ini berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS. Gigih ke sana naik ktm semata mata nak jadi personal shopper untuk mak cik. Nani dah banyak beli buku masa ke MPH jadi masa ke PBAKL ni sekadar cuci cuci mata sahaja sambil belikan novel kiriman mak cik. Fuh ! Memang untung lah pergi PBAKL ni kan sebab banyak gila diskaun. Kalau biasa RM 50 boleh beli dua buah buku sahaja, tetapi masa pesta buku ni boleh dapat tiga buah buku haa. 
Habis seratus ringgit belikan novel novel mak cik Nani ni haa. Sampai sampai aje terus pergi cari semua novel yang dia nak. Nasib baik malam tu dah cari sesiap setiap publisher ni buka booth dekat hall mana, tak ada lah sesat seketul Inani dekat situ kan. Eheh !
Zizan Razak untuk promosi filem Angin Cinta
 


Kebetulan masa hari yang Nani pergi tu ada ramai pulak artisnya. Ada Zizan Razak, Ammar Baharin, Zara Zya, Idris Khan fuh memang berkerumun lah orang nak bergambar dengan artis artis ini kan. Apa pun pada Nani PBAKL kali ini tak semeriah macam dulu dulu. Rasanya ramai yang cakap benda ini. Harap harap tahun depan akan ada perubahan yang lebih baik kalau tidak, mungkin pencinta buku sudah tidak mahu ke pbakl lagi. 



13 comments:

  1. wah wah wah jpa lelaki malaya ye hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat tandatangan penulis..
    Lagi semangat nak baca novel tu nani :)

    ReplyDelete
  3. dh lamanye akak xbaca novel...rindu nak baca..tp kalau dh start baca mmg anak2 terbiau ler sudahnye..hehehe

    ReplyDelete
  4. waaa banyak gak tu dapat buku. :)

    ReplyDelete
  5. waaa best dpt jumpa retis2...

    ReplyDelete
  6. tak selfie ke dengan artis tu??ehehe..depa dok promot filem apa tu?

    ReplyDelete
  7. amboi retiss. taun ni akak tak pegi, taun lpas pon tak pg. Last pegi PBAKL taun 2013 jeww hahaha

    ReplyDelete
  8. saya tak sempat lak jumpa artis2 ni. rasanya diorang dh balik kot. tapi tulah, berbaloi guna voucher buku dtg sini. mmng boleh dpt banyak buku!

    ReplyDelete
  9. wah wahhh..bestnyee..lama dah tak pegi pesta buku..sob sob sob

    ReplyDelete
  10. Perghh retiss tuuuu. Best best

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi mana-mana pesta buku ni, Nani. Dah bertahun jugalah. Oh, setakat pelakon drama pukul 7 malam tu akak ni takdalah berapa nak hairan sangat. Lalu sebelah pun akak tak pandang. Inikan pulak nak suruh pergi pesta buku sebab mereka ada sana :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page