Assalamualaikum & Hello.
Haaa memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi ini kan, mesti lah ramai yang tercari cari Buffet Ramadhan untuk dinikmati masa berbuka puasa nanti. Nani nak cadangkan bulan puasa nanti korang ke Sunway Putra Hotel untuk menikmati lebih daripada 100 hidangan tradisional, resepi turun temurun daripada ibu chef chef di hotel ini. Masakan tradisonal, ummi lebih arif. Kalau dah resepi tu turun temurun daripada bonda chef chef ini mesti lah sedap dan terbaik kan.
Pertama kali Nani menjejakkan kaki ke Sunway Putra Hotel ini, tentu lah teruja kan. Tambah pulak dapat menikmati masakan daripada chef chef yang berpengalaman ini. Jom tengok antara menu yang sedap sedap untuk dinikmati bulan puasa nanti.
Kebiasaannya Nani makan daging masak masala aje tapi untuk Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini ada Sotong Masala. Sedap ok, sotong ini rasa macam berempah aje. Kalau korang tak pernah cuba macam mana rasa sotong masala bulan Ramadhan nanti jangan lupa terjah ok.
Peha Ayam Kicap Berempah memang marveles. Memang nampak biasa biasa aje kan tapi bila dah makan tu memang confirm tambah lagi lepas tu. Eh Nani lah tu :p Lagi pun nanti bulan puasa, kalau dah penat dengan kerja dekat pejabat nak masak pun mood kelaut kan. Daripada bersesak sesak dekat bazaar Ramadhan nak beli menu berbuka, baik terus ke Sunway Putra Hotel ini.
Ayam Kari Mentega ini memang terbaik, cukup rempah ratusnya yang dimasak sempurna. Tak pedas sangat, sesuai lah kalau nak bagi anak anak kecil makan. Memang ada umphh !

Biasa kalau bulan puasa, kadang kadang mesti teringin nak makan menu yang macam emak kita dekat kampung masakkan. Apa lagi, memang Sunway Putra Hotel ini lah tempatnya. Mula mula Nani tak ambil pun daging masak lemak cili padi ini. Sekali Kak Diya Nadia "hasut" cakap daging masak lemak cili padi ini sedap sangat, laju ambil pinggan meratah gulai lemak daging ini. Tak rugi oi makan, memang sedap daging pun lembut sangat.
Ikan keli masak lemak. Kalau dah bosan asyik makan ikan keli goreng berlada, boleh lah cuba ikan keli masak lemak ini pulak. Sedap !

Tak sah kalau pergi mana mana Buffet Ramadhan tak ada kambing panggang ini kan. Apa yang best dekat Sunway Putra Hotel ini, kambing panggang ini didatangkan dengan pelbagai pilihan sos. Ada sos lada hitam, sos cendawan, sos percik. Macam yang Nani ambik ni sos lada hitam dengan sos percik. Bak kata chef tu, biasa kalau orang kat bandar ni bila rindu dekat kampung mesti ambil sos percik. Haih, macam tahu tahu je chef ni kan.

Bulan puasa kadang kadang masa berbuka tak lalu nak makan nasi, boleh ambil satay dengan nasi impit ni hah. Kuah kacang pekat, satay dibakar garing memang terangkat lah makan. Boleh fefeeling Raya dah nanti dapat makan satay dengan kuah kacang. Hahaha ! Sedap sangat ok. Kalau korang berpeluang berbuka di Sunway Putra Hotel wajib ambil satay ni.

Macam macam jenis salad ada, pilih sahaja nak makan yang mana. Tapi ingat bulan puasa nanti jangan membazir. Biasa lah kan, bulan puasa bila berbuka macam - macam dia nak tapi nanti tak habis pulak.
Kalau tadi dah makan kenyang kenyang dengan menu utama dekat Buffet Ramadhan Sunway puta Hotel, kali ini kita layan pulak pencuci mulut yang sedap sampai nak pengsan ini. Kalau boleh semua nak makan sebab semua sedap dan terbaik ! Dah lah sambil makan didendangkan pulak dengan Lagu Raya, memang feeling habis.
Kek dengan puding aje pun dah macam macam pilihan ada. Fuh puas hati betul lah Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
Website : http://putra.sunwayhotels.com/
Instagram : https://www.instagram.com/sunwayputrahotel
Pinjam gambar Kak Diya Nadia
Terima kasih Sunway Putra Hotel sebab menjemput kami ke Buffet Ramadhan kali ini. Semua muka puas hati dapat makan sedap sedap air tangan chef chef yang berpengalaman ini kan. Untuk yang ingin berbuka puasa di Sunway Putra Hotel boleh membuat tempahan bermula 22 Jun dan ke atas sebab awal awal tu mereka dah fully booked. So korang cecepat tempah ok, kalau tidak nanti melepas nak makan sedap sedap dekat sini.
Harga :
Dewasa : RM 138 seorang
Kanak - Kanak : Dikaun 50% untuk kanak kanak yang berusia 12 tahun ke bawah
Percuma : Kanak - Kanak yang berusia empat tahun ke bawah
Tempat : Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
No telefon : 03- 4040 9888
Kalau ikutkan siapa pun nak Nani
ReplyDeleteBanyak betul pilihan tapi kakak ni jenis bulan ramadhanlah tak pernah makan di luar.
Nani pulak hari hari membeli. Hehe. Kalau balik Pahang aje merasa lah nak makan masakan air tangan ibu. Tahun ni rezeki dua minggu awal puasa di rumah :)
Deletetgk segala makanan nya mmg semuaaaa sedap2... pastu tgk harga seorang mkn mmg sesuai sgt ngn makanan yg pelbagai heheheh...
ReplyDeleteMahal tapi berbaloi sangat sebab banyak sangat pilihan makanan.
DeleteAlahaiiii...pepagi dah tertengok gambar makanan. Kecur ailio.
ReplyDeleteHahaha. Bertabahlah kak :p
DeleteScroll laju2 xnk tgk gambar sbb akak pose..huwaaaaaa..xleh cuci mata tgk makanan..
ReplyDeleteMalam nanti lepas berbuka datang balik tengok. Hahaha !
Deleteadududu...sedapnyaa makanan..lapar ku gini...hihi
ReplyDeleteHahaha ! Tabahlah Zatie. Nani yang menaip ni pun terbayang bayang kesedapannya.
Deleteouchhh sedapnya...
ReplyDeleteSedap sangat. Reccomended !
Deletebest kan...Slaly kalau ada event kat Sunway Putra Hotel, mmg fav gila la makan desserts dia...
ReplyDeleteDesserts dia lagi lah terbaik kan. Terbayang pulak brownies hari tu. Hahaha !
DeleteAkak kalau buke pose kat hotel ke mana2 la mesti nak tgok dessert dia haha. Kalau bebruka mesti nak pekena yg manih punya
ReplyDeleteKaaaan. Sepp sikit ! Bahagian dessert wajib serbu
Deletebila nak jumpa ni bila nak jumpa ni
ReplyDeletesiyess jeles dpt jpa kak diya korg tu hahaha
mkn best..kwn best..ehh bestlahhh haha
Kak el datang lah KL shopping baju raya. Hahahah. Lepas tu kita buka pose sama sama. Hehehe ;p
Deleteya Allah....semua menu sedap2...harga per pack pun boleh tahan gak lah..huhu...harap ada lah rezeki ramadhan nanti..boleh pegi makan kat situ..
ReplyDeleteMemang sedap dan terbaik. Nanti ada rezeki pergi ok. Hehe :)
Deletehuiishhh sedap nyerrrrrr...!
ReplyDeleteSedap sangat sangat. Ahaaaks :D
Deleteaduss..kalau makanan sedap mcm ni mmg gumuklahhh
ReplyDeletewaaaa bestnya akak dijemput pegi event2 macamni! ikan keli masak lemakk.... dapnyee
ReplyDeleteFav pcl kalau ada sotong.. terbaik buffet di Sunway Putra.
ReplyDeletebestnya..macam-macam pilihan
ReplyDeleteOh, dah mula promosi untuk berbuka puasa ya ^_^
ReplyDeleteAkak baru aje pasang azam tak nak makan buffet di luar tahun ni tau. Entahlah berjaya ke tidak!
alaahai bestnya nani dpt buat food review...
ReplyDeletesemua best kecuali ikan keli sbb ciksu x mkn ikan keli. hiks.
Semua pun nampak sedap tapi kita tersedak sikit tengok harga dia. Tak tahu pula buffet Ramadhan harga dia macam tu.
ReplyDelete