Kurang 24 Jam !

Assalamualaikum & Hello.
Dah malam baru dapat update blog. Siang tadi habis kelas pukul 10, terus balik tido. Mata memang nampak katil, katil dan katil. Sangatlah tidak produktif. Eh. Baru dapat berehat ok hari ni. Mana tak nya, minggu lepas jadual pack sangat sampai tidur pun tak berapa nak cukup. Ingatkan ahad lepas habis program nak berehat terpaksa cancel sebab malam tu ada discussion. Itu yang hari ni rasa nikmat sangat dapat berehat. Panjang pulak dah membebel, rasa macam tersasar jauh dari tajuk ni. Hahaha!
Jumaat hari tu balik Pahang sekejap, gerak dari sini pun dah petang sampai rumah dalam pukul tujuh. Kalau ikutkan malam tu nak mandi terus tidur je tapi abah ajak makan KFC pulak. Gigihkan lah jugak diri ni keluar makan, bornding time dengan family bila sesekali balik. Esok pagi awal awal dah keluar rumah selesaikan urusan sampai pukul satu tengah hari. Lepas tu pukul tiga dah gerak balik Selangor semula. Pehh, kurang 24 jam haa ada dekat Pahang. Penat gila ulang alik Selangor - Pahang. Tak pernah pernah buat kerja macam ni haa. 
Get well soon Ibu :")
Masa nak balik tu, ibu demam sampai tak larat nak bangun. Pening pening kepala lagi. Kesian sangat, berat hati nak balik. Tapi sebab ada program yang wajib pergi ahad tu terpaksa jugak balik. Hari ni pun ibu tak berapa sihat lagi. Susah hati Nani ni hah. Mungkin faktor cuaca panas sangat sekarang ni. Dekat kawasan rumah Nani, abah cakap dah tiga minggu tak hujan. Nani balik baru ni pun memang dapat rasa haba dalam rumah. Harap harap tak lama lagi sejuk lah balik bumi ni.

19 comments:

  1. laaa..ingatkan kakak nani...semoga cepat sembuh ye auntie..aminn

    ReplyDelete
  2. nani..emailkan alamat ke sis JM boleh..aa small gift for u

    ReplyDelete
  3. cabaran seorang student... takpe nani moga semuanya yg terbaik bt nani...
    moga mak nani cpt sihat... yelah skrg ngn cuaca yg panas membahang mmg boleh bt org kurang sihat...

    ReplyDelete
  4. Bila nak tinggalkan ibu yg belum betul-betul sembuh memang hati tak senang
    Moga ibu dah beransur sembuh hari ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Inani,

    Kadang-kala bila ada urusan memang terpaksa balik hari camtu.. Penat jangan kata.. Bila settled semua tentu rasa lega yang amat sangat kann..

    ReplyDelete
  6. Semoga ibu nani segera sembuh...wah abah belanja KFC syok yer

    ReplyDelete
  7. Nak pula yang tersayang nun jauh di Pahang.

    ReplyDelete
  8. semoga ibu Nani cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. Musim sekarang memang ramai yg tak sihat. Faktor cuaca. Semoga ibu nani cepat sembuh.

    ReplyDelete
  10. Smoga cepat sembuh Ibu Nani. Muda ibu awak dik. hehe

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh utk ibu nani...kita doa sama2...kalau mak sakit kita susah hati kan...

    ReplyDelete
  12. Semoga ibu nani cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya... aamiin...

    ReplyDelete
  13. semoga mak kak nani cepat sembuh. sedih bila mak tak sihat tapi kita ni tgh busy dgn program, keje pulak :(

    ReplyDelete
  14. faktor cuaca ni..semoga mak cepat sembuh

    ReplyDelete
  15. di doakan ibunya cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  16. get well soon ibu hm :( panas kan.... the heat... mashallah T_T bykkan minum air ok!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page