Kotak Lensa di 1st EFG Gathering

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh tak habis lagi story tentang gathering baru ni. Kalau boleh semua cerita nak diabdikan dalam blog ini buat kenangan bila dah tua nanti. Ewah ! Paling best masa 1st gathering EFG hari tu ada photobooth Kotak Lensa. Bila ada photobooth ni memang masing - masing sakan lah nak bergambar kan. Kejap kejap kang pergi photobooth. Gambar pulak semua lawa - lawa. Nani dapatlah bawa balik lapan keping gambar yang ambil masa dekat photooth hari tu.
Kotak Lensa
Sekarang ni kan trend bila pergi mana mana event mesti ada photobooth untuk tetamu yang hadir. Memang seronok dapat abdikan kenangan macam ni. Ambil gambar terus dapat lepas tu. Kalau guna smart phone nanti nak kena transfer lah itu lah ini lah. Susah kan! Tapi bila ada photobooth ni semuanya jadi senang.
Kotak Lensa
Nampak tak atas meja tu? Macam macam props yang disediakan olek Kotak Lensa ni, macam mana semua orang tak berebut - rebut nak bergambar. Hahaha !
Kotak Lensa
Sweet aje PCL dengan MamaD ni. Hihi. 
Bukan setakat boleh posing dan bergambar aje tapi gambar kita pun akan dipaparkan nanti. Haaa memang syok lah kan boleh tengok balik gambar kita tu menjadi ke tidak. Kalau tak menjadi boleh ulang bergambar lagi dekat photobooth. Hahaha! 
Kotak Lensa
Tengoklah kak Linda dengan kak Yanie ni kemain lagi posing dengan segala props yang ada. Kak Linda siap terpejam pejam lagi mata tu. Hahaha.
Kotak Lensa
Kemain besar spek mata kami. Hahaha ! Ini pertama kali tau Nani ambil gambar banyak gila dekat photobooth. Selalu pergi photobooth orang kahwin jangan berangan nak ambik gambar banyak banyak. Ada yang tak puas hati kang. Hikhik.
Kotak Lensa
Siapakah di sebalik topeng ini? Jeng Jeng Jeng :P
Kotak Lensa
Semua senyum tayang gigi ni. Maklumalah teruja nak "selfie" dengan kamera besar masing - masing
Kotak Lensa
Amboi mommy Irra dengan rambut afro tak nak kalah. 
Korang kalau nak buat majlis bertunang, majlis nikah, sambut hari jadi dan nak ada photobboth memang Nani sarankan korang guna khidmat Kotak Lensa. Memang dijamin puas hati sebab gambar diorang semua berkualiti sangat. Dua jam Kotak Lensa di majlis kami memang tak puas. Hihi. Rasa nak dan nak lagi haaa. Apa pun terima kasih Kotak Lensa untuk gambar yang cantik dan berkualiti.

Istimewa untuk semua pembaca blog ni, siapa yang nak gunakan khidmat Kotak Lensa korang boleh gunakan kod EFGKBBA dan dapatkan diskaun sebanyak RM 200. Wow ke tidak ni? Kod tersebut boleh digunakan sepanjang tahun ni tau. So jangan lepaskan peluang yang ada ni. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Kotak Lensa korang boleh klik link dekat bawah ni.

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

16 comments:

  1. mcm2 gaya ambik gambar. best kalau siap print gbr kita kan

    ReplyDelete
  2. memang puas hati lah bergambar di photobooth haritu kan..gambar cantik gile..nanti boleh suggest kat adik2 yang nak kawen kan hehe

    ReplyDelete
  3. Macam-macam aksi korang bergambar ye hehehhe kalau akak pun entah2 takmau berganjak dari kotak lensa, akak konker sorang2 hahahhaa

    ReplyDelete
  4. mula-mula semua malu-malu.. tapi bila dah lama sikit amvoiiii bukan main lagi..! tak sempat 'kosong' photobook KotakLensa ni.. ada je yang teruja nak bergambar.. hehehehehe.. :)

    ada diskaun RM200 tu.. peluang yang tak patut di lepaskan..!! :)

    ReplyDelete
  5. bestnya.... mcm2 aksi ada... spoting2 semua

    ReplyDelete
  6. mmg skrg ni trend photobook mcm ni kan...anak2 aku pun dah pandai amek gambar kat photobooth mcm ni...mama dia pulak yg segan nak bergambar...hahaa..

    ReplyDelete
  7. Wahh meriah... kenangan tu... menarik... :)

    ReplyDelete
  8. Insya Allah tggu kalau ada rezeki nk booking photobooth kotak lensa ni utk majlis anak pcl nt..haa

    ReplyDelete
  9. Dan ini adalah first time PapaG bergambar di photobooth... Jakun kan... huhuhu

    ReplyDelete
  10. Suka dengan gambar2 yang diambil..cantik2 kot..hee

    ReplyDelete
  11. terbaik 1stEFGGathering....semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  12. kotak lensa femes skrg ni, org saluu guna time kenduri. since gmbr je org memang akan simpan, kalau goodies lain, org simpan tp jrg tgk. gmbr salu tgk hehe

    ReplyDelete
  13. bestnya korg gathering!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page